Thursday, December 29, 2011

Diari Usang Part 2.

Layan gambar dulu yer..tak sempat nak karang banyak2 lg..

Bismillah Walhamdulillah.

Alhamdulillah kembali menyambung diari usang ini.Jam menunjukkan 10 mlm.Adik Faheem berada atas riba ummi.Abi sedang adakan kelas nahu untuk pelajar.Yang lain tengah seronok tengok tv.Tadipun ummi layan cerita MAdgascar,ada subtitle bahasa arab.Ummi salin,dan nanti akan tanya abi apa makna perkataan tersebut.Banyak perkataan baru yang ummi dapat,alhamdulillah.

Ok,kita sambung semula diari yang sudah berhabuk ini..



10 November 2011- Kami sekeluarga pergi beraya sambil menziarahi Kak Pah yang baru dikurniakan anak ke4nya baru2 ini.Kami pergi 5 keluarga dengan menaiki sebuah coaster.Alhamdulillah..murah rezeki kami.Setelah bershooping di Carefour,kami mendapat jemputan makan malam di rumah En.Anuar-Kakitangan Kedutaan Malaysia di Jordan.Dapat makan fisha ( limpa ).Sedap!

11 November 2011- Kami ke majlis hari raya Aidil Adha di Universiti Yarmouk.Alhamdulillah terdapat pengisian jasmani dan rohani.Suasana agak sejuk sekarang.Anak2 ummi sudah pakai baju yang berlapis2 sekarang.


18 November 2011-Jumaat.Kami mengadakan sedikit kenduri tahlil di rumah kami selepas sembahyang Jumaat.Adik2 akhowat ada yang datang menolong.Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan kami.Ummi masak nasi berlaukkan ayam goreng rempah dan sayur lemak kobis.Alhamdulillah semuanya cukup.Ummi juga buat lompat tikam.Nanti ummi kongsikan resepinya ya.


25 November 2011- Kami ke rumah Rokhaizat yang mendapat cahaya mata kedua pula.Alhamdulillah Allah mudahkan urusan mereka di sini.baru sampai dari Malaysia lebih kurang 3 bulan yang lepas,dan akhirnya dapat bersalin dengan mudah di sini.Allahu Akbar!Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.

2 Disember 2011-Kami ke sebuah perkampungan yang bernama Ghamim.Lebih kurang 30 minit dari Irbid.Kami pergi pada hari Jumaat,pengangkutan tiada,maka kami dijemput dan dihantar dengan van yang ditempah khas oleh keluarga mereka

Seorang kawan arab kami mengajak pergi ke rumahnya.Allahu Akbar,kami dilayan dengan penuh mesranya.Alhamdulillah dihidangkan dengan nasi maqlubah dan rouz billaban.Nanti ummi akan kongsikan juga resepinya.Biiznillah,insya Allah.

Adik beradiknya ramai.Pelbagai hadiah permainan diberikan kepada anak2 ummi.Bahkam emaknya telah menjahit sepasang baju untuk Jannah..


Nanti ummi sambung lagi yer..Mengantuklah pulak.Esok hari Jumaat.Selamat hari Jumaat!












1 comment:

Sri KaNdi^soLehah ツ said...

lagi...lagi gambo...nk tengok gmbo lg.........^^

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com