Bismillah Walhamdulillah..
Hari ini merupakan hari ke 8 umat islam berpuasa di seluruh dunia.
Ketika catatan ini dibuat,ummi berada di Syajarah.Sebuah perkampungan di pedalaman di Jordan ini.Hampir 45 minit perjalanan dari Irbid.Ummi di rumah bersama baby Faheem yang sedang nyenyak tidur.Yang lain seronok bermain marajih(buaian) di rumah jiran sebelah.Banyak permainan di sini.Alhamdulillah anak2pun tak adalah boring sangat.
Abi ke masjid bersolat asar dan terus menadah ilmu di masjid.Dan sebenarnya itulah tujuan kami berpindah ke sini.Selain abi menuntut mencari ilmu di luar jamiah,anak2 boleh bermain dan berkomunikasi dengan budak2 di kampung ini.
Suasana di sini amatlah nyaman dan tenang.Suasana perkampungan di negara arab amat berbeza dengan suasana di tanah air,Malaysia.Di sini rumah2 mereka bertingkat2 dan pastinya di bahagian atas sekali dibiarkan besi2 bercecarak,bertujuan supaya nanti apabila ada duit lebih,mereka akan menambah tingkat lagi di atasnya.Begitulah positifnya mereka.
Sebenarnya ini merupakan kali kedua kami berpindah sementar di sini.Tahun lepas ketika ramadhan juga kami ke sini.Sebelum ini rumah yang kami duduki agak tidak selesa,dan sekarang,alhamdulillah agak selesa.Namun jika dibandingkan hidup di Irbid,memanglah di sini agak daif.Sekali sekala merasa keperitan hidup susah ,perlu untuk mengajar kita supaya mensyukuri apa yang kita miliki.
Di sini juga tiada kemudahan internet.Sekarang ummi taip dulu dalam laptop dan balik ke Irbid nanti barulah ummi C&P ke dalam blog.Semalam ketika mengemas barang ke sini juga agak kelam kabut.Namun,alhmadulillah segala2nya berjalan dengan lancar.
Sesampainya kami di Syajarah, kami disambut oleh Zoubi, kawan abi yang belajar bersama abi di Jamiah Yarmouk.Beliau merupakan seorang guru di sini ,dan dalam maasa yang sama mengambil PhD.Setelah langsir dipasang dan barang2 di masukkan ke dalam rumah,anak2 pun mmemulakan aktivitinya.Di sini ada 2 bilik.Satu kami buat buat bilik tidur dan satu lagi bilik untuk anak2 bermain.
Tahun lepas,ketika kami berada di sini,keadaan juga serupa,anak2 bermain dengan seronoknya.Selepas isyak,pastinya ada kumpulan kaum perempuan untuk duduk melepak2 sambil ber borak2.Pernah tahun lepas ummi menyertai kumpulan tersebut,namun ummi tak dapat tahan mengantuk,ummipun balik ke rumah.Lagipun abi ada di rumah.
Memang budaya arab,mereka tidak tidur malam.Mereka akan buat apa saja untuk tidak tidur pada waktu malam.Jika dilihat di sekitar jalan2 pada jam 2 pagi,seolah2 jam 2 petang.Masih meriah dengan orang ramai.Mungkin siangnya terlalu panas,menyebabkan mereka lebih suka untuk berjaga pada waktu malam.Mereka hanya akan tiur selepas solat subuh sehinggalah waktu zuhu r baru mereka bangun tidur.
Bagus sebenarnya budaya mereka ini sekiranya diisi dengan perkara yang berfaedah seperti mngaji dan bersolat malam.Memang ada segelintir yang berbuat demikian,dan ada juga yang hany berborak2 kosong sepanjang malam.Amat rugilah mereka yang tudak mengambil peluang sebaik2 nya di bulan ramadhan ini.
Ummi masih ingat tahun lepas, setiap hari pastinya ada juadah berbuka puasa yang akan sampai di rumah kami.Mereka amat2 menghormati dan memuliakan tetamu.Alhamdulillah.Malah selang 3 hari ada jemputan berbuka puasa di mana2 rumah kenalan abi. Kami pernah berbuka puasa di rumah sebuah kepuarga yang memiliki binatang2 ternakan.Dan rumah mereka memang berada di tengah2 kawasan binatang peliharaan mereka!Subhanallah..teruja melihat , khoruf,
Ummi sudah siap memasak sebelum asar tadi.Abi tolong jagakan baby Faheem.Dan sekarang menunggu saat untuk berbuka puasa.Anak2 seronok bermain di luar sana.Jannah dan Faqeh berpuasa.Faseh sahaja yang masih belum diajar berpuasa.Asyik minum susu botol kerjanya.
Oklah ...sudah hampi waktu berbuka puasa..ummi berhenti dulu..salamzz...
Bismillah Walhamdulillah...
Jam sekarang menunjukkan 10.40 malam.Hari ini sudah masuk malam ke15 umat islam berterawih.Bermakna..sudah seminggu kami berada di Syajarah ini.Abi masih di masjid.Anak2 seperti biasa,aktiviti malamnya..bermain bersama rakan2 arab di sini. ummi sebelah tangan menaip,sebelah lagi menghayun buaian adik.
Aktiviti2 anak di sini,sentiasa penuh.Pukul 10 malm pergi bermain.Pukul 12 nanti baru pulang ke rumah,balik dalam keadaan lapar,makan dan terus bersahur.Pukul 2pg barulah mereka tidur.Esok pukul 1 tenghari baru bangun tidur.Bangun, main game dan tengok video dalam laptop ummi.Pukul 5.30 keluar bermain sekejap.Balik untuk berbuka puasa ...Melamnya keluar bermain semula..begitulah rutin kehidupan mereka di sini.
“Jannah suka duduk syajarah sebab ramai kawan2..boleh bermain banyak2..dan lagi satu puasa sekejap jer..sebab pagi jannah bangun lambat”
“Faqehpun suka jugak di syajarah ni,boleh main bila2 masa jer.Nak main dalm rumahpun boleh,abi dah tak marrah2...”
Dan sememangnya benar kata faqeh.Kat sini nak main dan lompat kuat2 takper,sebab runah kami di sini tingkat bawah,atas tanah.Kalau di Irbid,nak bermain pagi2 tak boleh,bising tuan rumah.Rumah di Irbid kami di tingkat 2,di bawah kami tuan rumah.Anak2 memang selalu diberi amaran jangan berbuat bising kerana dibimbangi tuan rumah marah.Kesian budak2 nih..
Hm..ummi nak bercerita sepanjang seminggu kami berada di sini...
Hari pertama....
Kami berbuka puasa sekadarnya..Sesudah berbuka,abi ke masjid untu berterawikh.ummi bersolat di rumah sahaja.Baru jer ummi selesai bersolat isyak,Bushro,jiran kami datang menjemput ummi ke rumahnya.Memang tahun lepas ketika kami di sini,memang ummi rapat dengan Bushro nih.
Umur Bushro 23 tahun,sedang mengambil Ijazah TESL di Jamiah Yarmuk.Sudah bertunang dengan sepupunya..jiran dia sendiri.Sememangnya di sekeliling rumah ini,jiran2 mereka merupakan saudara mara sendiri.Dia yang menterjemah apa yang ummi tidak faham ke dalam bahasa arab.Dia boleh berbahasa inggeris.Alhamdulillah..seronok dapat berkenalan dengan mereka semua.
p/s: hari ni dah 25 Syawal.Baru ada masa mengedit blog nih..maaf banyak2.Terlalu banyak perkara terjadi.Nanti akan ummi ceritakan satu persatu semua pengalaman kami ini..Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment