Monday, May 9, 2011

Diari - 4 - 9 Mei 2011.

Bismillah Walhamdulillah..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menaip dan mengupdate blog harian ummi ni.Last entri bertarikh 3 Mei..dan hari ini sudah 9 Mei..bermakna sudah hampir seminggu ummi tidak mengupdate di blog ini.Sebenarnya ..ummi tidak berapa sihat sekarang..Tengah menunggu masa untuk baby dalam perut  nak keluar.Ya Allah mudahkan urusan kami semua,amin!


4 Mei 2011.

Hari Rabu yang cerah,Sudah masuk musim panas sekarang.Namun pada waktu pagi masih terasa angin bertiup dingin.Anak2 juga agak payah bangun di waktu pagi kerana waktu malam sudah pendek dan kembali seperti normal.Mungkin memakan masa sedikit untuk menyesesuaikan dengan perubahan cuaca.

Anak2 ummi ke sekolah seperti biasa.Abi ke kelas seperti biasa.Faseh bermain2 sambil menonton tv.Macam2 siri kartun arab dia tengok.Adalah beberapa perkataan arab yang dia dapat.


5 Mei 2011.

Hari Khamis yang cerah.Anak2 ke sekolah seperti biasa.Amat gembira kerana hari ini merupakan hari terakhir sekolah.Jumaat dan Sabtu boleh tidur lewat.

Petang.
Anak2 bermain di rumah Ummu Qusai di tingkat bawah.Selepas asar mesti nak turun main roller blade kat bawah.Alhamdulillah..ada juga kegiatan mereka di waktu petang2.Musim panas bolehlah turun bermain,musim sejuk berkurung dalam rumah ajerlah.

Namun,Allah aturkan semua itu pasti ada hikmahnya.Di musim sejuk,malamnya awal,pukul 5 sudah gelap.Maksudnya siang pendek...anak2 pun tak bosan sangat di waktu siang.Apabila malam menjelma..masa untuk membaca Quran dan tidur.

Berlainan di musim panas..siangnya panjang.Anak2 boleh bermain sepuas2nya..kerana malam bermula pada pukul 7.Kembali normal seperti di Malaysia.Allhu Akbar..sungguh teratur dan teliti setiap kejadian yang Allah aturkan..



6 Mei 2011.

Hari Jumaat yang sudah panas!Ummi buat nasi lemak hari ini.Alhmadulillah,suka sangat anak2 ummi makan.Sampai ke petang mereka makan.Abi pulak,malam baru dia makan.

Petang.
Tidak ke mana2 hari ini.Abi ada kerja yang perlu diselesaikan..Anak2 bermain di bawah.Main roller blade di rumah Ummu Qusoi.Jannah mengajar Ummu Qusoi bahasa Melayu.

Malam.
Seperti biasa anak2 tidur di ruang tamu pada hari cuti.Tidur sambil menonton televisyen.

7 Mei 2011.

Hari Sabtu.Abi ke pasar membeli barang2 dapur.

Petang.
Ke Jamiah Yarmouk,anak2 main roller blade di sana.Gembira sangat mereka semuanya.
Ummi pun ambik peluang berjalan2 di sekitar jamiah,sambil menikmati saat2 akhir musim bunga.Semua bunga sudah berkembang dengan mekar semekar2nya.Ya Allah sungguh indah musim bunga kali ini.

Sesudah musim bunga berlalu,musim panas pula akan menjelma...Begitulah pergantian  musim2 di sini.Sungguh ajaib sekali pertukaran musim ini.Setiap musim pasti ada pakaiannya tersendiri.BUah2an dan pokok2nya tersendiri serta suasananya amat berbeza.Kadang2 tidak percaya..berada di tempat yang sama,namun perubahan musim..membawa emosi dan perasaan yang berbeza2..Subhanallah!!!!

Malam.
Ummu Qusoi datang ke rumah sekejap.Dia beritahu dia sungguh gembira apabila Jannah mengajarnya bahasa Melayu.Siap dia hafal lagi.Jannah beritahu hari jadi ummi bulan lepas.Jadi,dia bawakan hadiah untuk ummi.Syukran Jazilan...


seronok sangat main getah..teringat masa kecik2 dulu..abipun suka main getah nih!

kami bertiga..ummi yg dah gemuk, faqeh dan jannah.

subhanallah..

Inilah wajbah arabiy(hidangan arab) dan asir faraulah + mauz (strawberi + pisang) sedaaap!

hadiah dari Ummu Qusoi..syukran!

Faqeh ketika tidur..macam2 dia nih.terjumpa penutup mata ni masa ummi kemas2 barang bb.    
Dapat masa dalam kapal terbang emirates nih

Ini pulak permainan Faseh..setiap hari ada jer 'bangunan' baru yang dibina.
Kali ni rumah utk robot dia dicampur barang2 memasak ummi.

Alhamdulillah..barang2 bb semua sudah diletak setempat.
Memudahkan urusan sekiranya berlaku emergency.
Ya Allah mudahkan urusan kami,amin!

8 Mei 2011.

Hari Ahad ..Alhamdulillah..anak2 ke sekolah dengan ceria.Suasana sudah panas sekarang.Siangpun semakin cepat cerah.Pukul 6 pg sudah cerah.4.30 sudah subuh.Namun,di waktu pagi masih lagi sejuk.Malam sebelum tidur,anak2 tidak berselimut,namun waktu pagi,akan menarik selimut tebal kerana sejuk.

Hari ini merupakan hari ibu.Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 di Malaysia.
Hari ibu di Jordan bulan 3 yang lepas.

Petang.
Anak2 bermain roller blade seperti biasa.Ummi menyiapkan baju Ummu Qusoi.Dia ingin letakkan kocek dan besarkan lengan abaya (jubah)nya.

Malam.
Anak2 tidur awal malam ini.Sesudah membaca Quran masing2,mereka terlena.Begitu juga Faseh..tertidur sendirinya.Agak letih hari ini agaknya. Selamat Malam!

9 Mei 2011.

Pagi Isnin yang cerah.Kami ke balad hari ini.Muroja'ah (cek bulanan ) ummi sebenarnya.Alhamdulillah ke klinik Dr Ahlam.Tiada pesakit pada masa kami sampai.Terus jer ummi diperiksa dan discan baby ummi.Berat ummi dan baby juga bertambah,alhamdulillah!

Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.Syukur padaMu Ya Allah...Selepas ini ummi kena pergi seminggu sekali dah.Sudah masuk 9 bulan.Ya Allah mudahkan dan selamatkan semuanya.Barang2 baby juga sudah ummi siapkan.Bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Moga Allah mudahkan segalanya..amin!

Khoruf(biri2) makan bunga2..Habis bunga2 yang comel itu.Tapi sekarang dah hidup semula.
Teringin sangat nak close-up bunga2 yang comel nih.Padahalnya sebelah rumah jer.
Tapi kena panjat tembok tuh yang tak tahan tuh..




No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com