BismilillahWalhamdulillah..
3 April 2011.
Hari Ahad yang sudah semakin panas di awal paginya.Anak2 ummi bangun agak lewat..Mungkin perubahan jam.Bangun pada jam 7.00 pagi,sepatutnya sebelum ini jam adalah pukul 6.00 pagi.
Di musim sejuk,memang malam agak panjang berbanding musim panas.Anak2 ummi dalam proses perubahan cuaca lagi sekarang.
Alhamdulillah..segala2nya selesai dengan mudah.PAda awalnya Faqeh agak payah bangun dan buat hal tidak mahu ke sekolah.Namun setelah dipujuk,pergi ke sekolah seperti biasa.
Petang.
Ummi mengemas rumah,menjahit dan meng'vacum' rumah.Alhamdulillah anak2 ummi turut membantu.Satu rumah dibersihkan.Faseh pun turut sama mengemas rumah.
Hujan renyai2 turun di kala kepanasan melanda.Hujannya hanya sekejap sahaja.Kak Aizah ada hantar bubur kacang hijau.Alhamdulillah..sedap!
Ummu Qusoi datang ke rumah.Menghantar seluarnya untuk diperbaiki.Ummi membayar bil air kepada beliau.Alhamdulillah..kami bayar kurang sedinar berbanding orang lain.Atas alasan kami ramai anak.Rezeki anak2 katakan,alhamdulillah.
Malam.
"Ummi,cantik tak tooiroh(kapal terbang) yang Faqeh buat nih?"
"Nanti balik Malaysia..boleh naik nih.."
Adoi..rindukan Malaysia sebenarnya..Segala2nya dirindui!!!
Abi keletihan dan kepenatan otak hari nih.Habis imtihan jam 3.30 ptg,jam 5 ptg kelas pula.Jam 7.00 ballik ke rumah.Makan2..dan mencari bahan di internet.Ya Allah,mudahkan urusan beliau...
Sekarang..jam 1 pagi..
Ummi dah mengantuk,mahu lelapkan mata.Beberapa hari ini..termimpi2 balik ke Malaysia!!!
Sungguh....rindu datang bertamu ...
Selamat Malam!
Faqeh dan kapal terbangnya. |
Terjumpa plastik ini di dalam kiriman dari Malaysia. Sungguh mengimbau kenangan,menggamit kerinduan.. "Harga Muroh Sokmo'! Tabahlah dan Kuatkanlah wahai diri!!! |
No comments:
Post a Comment