Tuesday, April 26, 2011

Suka Duka di Perantauan...

Bismillah Walhamdulillah..

24 April 2011.

Hari Ahad yang cerah .Alhamdulillah..hari ni Faqeh bangun dengan mood yang baik.Sarapan dengan satay semalam.Gembira sangat anak2 ummi nih.

Abi ke Jamiah seperti biasa.Abi ada imtihan hari ini.

Petang.

Faseh bermain dengan lidi satay.Mahu dijadikan penunjuk ketika membaca katanya.Ummi dah pesan awal2 jangan main dengan lidi tersebut, bahaya.

Tengah seronok2 dia bermain,tiba2 dia terjatuh..dan lidi di tangannya tercucuk ke pipinya. Subhanallah..sakitnya ummi tengok.Kesian pulak.Menangis dia.Terus ummi buang semua lidi2 tersebut.

Berdarah di pipi dan tangannya tercucuk selumbar lidi.Lidi di sini diperbuat daripada buluh.Adalah selumbarnya.Balik abi,terus dicerita semuanya...

sikit jer pun..tapi sakit katanya..

Malam.
 Tidur awal semuanya pada malam ini.Letiih yang amat sangat.


25April 2011.

Hari Isnin yang panas.Alhamdulillah...Hari ni Faqeh buat hal.Tak mahu ke sekolah.
Sudahlah abi tak ada pagi ni.Abi ada kelas di balad.Ya Allah..menguji kesabaran sungguh dengan anak teruna sorang nih.

HAmpir setengah jam ummi memujuk.Ummi usap2 kepalanya.Berdoa sambil membaca Surah Asy-Syarh ( Alam Nasyrah).Berdoa agar lembut hatinya.Akhirnya..dengan bersusah payah dia bangun.Semua pakaiannya ummi pakaikan.

Begnya juga ummi kemaskan.Duit pun diberi lebih sedikit,dengan pesanan belanja jangan sampai habis.Denagn berat hati dia memakai kasut dan keluar dari pintu rumah.
Ummi menjenguk di beranda dan bertanya Jannah..mana Faqeh?Jannah kata tak ada.
Sudahnya ummi buka semula pintu dan menjerit nama Faqeh..rupanya dia menyorok di tingkat atas.Tidak mahu ke sekolah katanya sambil berlinangan air matanya.

Setelah dipujuk sekalilagi,akhirnya dia turun dengan berlinangan air mata.Bas datang, dan dia terus masuk ke perut bas dengan muka masam.Aduh..anak teruna ummi nih..

Tengahari.

Faqeh balik ke rumah dengan muka yang ceria.Bila ditanya kenapa dia buat hal pagi tadi, katanya sajer jer.Geram jer ummi dibuatnya.Dia jawab sambil tersengih2...
Abi beli banyak barang2 dapur hari ini.

Petang.

Ke rumah Ummu..mengambil barang2 yang ingin dilelongnya.Lusa dia dan suaminya akan pulang ke Malaysia.Suami isteri ini telah menamatkan pengajian mereka di sini.Selamat meneruskan perjuangan di tanah air pula ya Ummu.Terimakasih atas semua barang2nya.Moga Allah memberkati hidup kalian di dunia dan akhirat,amin!

"Banyaknya acik beri barang kat kita"

"Hm..nanti kalau kita balik Malaysia,kitapun akan beri barang pada orang lain juga".

Inilah kemanisan berada di perantauan..Alhamdulillah..setiap kali ada adik2 yang balik ke Malaysia,pastinya ada barang2 percuma  yang akan disedekahkan.Alhamdulillah.
Sungguh indah percaturan Allah.Barang2 yang diberi ada yang dibeli sendiri dan ada yang diberi percuma turun temurun..Alhamdulillah...


terimakasih acik Ummu...

tak tahu bunga apa..tp cantik..

subhanallah!

Malam.

Alhamdulillah.Ummi ke Bayt Naila..berjumpa adik2 dan mak naqibah.Sedikit pengisian melalui cerita dan makan2 mee kari yang sedap.Sambil berborak mengeratkan ukhuwah dan berkongsi pengalaman.Terimakasih mak naqibah sayang!Moga ukhuwah ini akan berkekalan selamanya.

mee kari yang sedap.
Ukhuwah itu indah!

Ummi balik ke rumah,Jannah dan Faqeh dah tidur.Dan sekarang sudah 1.30 pagi.Ummi nak tolong buatkan ass abi sekejap.Kesian tengok abi ..sekarang merupakan masa2 kritikal..ass yang banyak perlu disiapkan segera sebelum final menjelma.Ummi membantu sekdar yang termampu.

"Ya Allah..permudahkan urusan suamiku.."


 p/s:Gambar dalam laptop ummi.Sekarang ummi guna laptop abi.
Nanti ummi upload yer.
Alhamdulillah..



No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com