Bismillah Walhamdulillah..
7 April 2011.
Hari Khamis yang sudah kurang sikit sejuknya.Tapi masih lagisejuk.Pagi ni ummi buat nasi goreng.Faqeh minta bersuap kerana katanya gigi dia masih sakit.Ummi layan jerlah karenah anak teruna ummi nih.Harapnya sakit giginya akan hilang 2, 3 hari lagi..amin!
Ummi agak letih hari ini.Tertidur setengah jam sebelum abi kejut untuk bersiap2 ke Mustasyfa Irbid Islami.Kami ke sana untuk cek bulanan ummi.
Sebelum ini cek bulanan di klinik swasta Lina Haloubuni.Namun,minggu lepas kami dapat maklumat..beliau sudah kembali ke rahmatullah kerana breast cancer.
Agak terkejut juga pada mulanya menerima berita tersebut.Bulan lepas ummi jumpa dr lina.Dia amat sihat dan peramah orangnya.Tidak menunjukkan tanda2 langsung bahawa dia sedang menghidap penyakit berbahaya tersebut.Ya Allah..kagumnya ummi dengan semangat yang dia ada.Ya Allah tempat dia di tempat orang2 yang bertakwa amin!
Sesungguhnya kematian itu adalah pasti.Kita tidak tahu bila dan di manakah kita akan mati.Hanya persediaan perlu dilakukan ....Ya Allah..matikan kami dalam husnul khotimah..amin!
Kami ke Irbid Islami Hospital dahulu, bertanyakan anggaran kos dan prosedur untuk bersalin di sana.Alhamdulillah..dapat maklumat.Dan sekarang perlu sediakan duit 300 JD.Ya Allah,mudahkan urusan kami.
Seterusnya ke klinik arwah dr lina haloubuni.Ada doktor baru yang menggantikan arwah.Ketika ummi di sana,,masih lagi pekerja mereka mendapat panggilan telefon menyatakan ucapan takziah atas permergian arwah.Pastinya ramai yang terasa kehilangan seorang doktor yang baik hati.
Memang arwah amat dikenali di sini.Malah dari ceruk kampung pun akan datang ke Irbid untuk cek bulanan mengandung di sini.Allahu Akbar..banyak sungguh pahala dan kebajikan yang diberikan oleh arwah.Terasa sebak dan sayu juga melihat bilik rawatan yang dulunya akan disambut dengan senyuman dan sapaan yang mesra dari dr lina.Sungguh terasa kehilangan seorang doktor yang berwibawa.Al Fatihah!
Ya Allah..mudahkan urusan melahirkan permata hatiku ini..amin! |
Insya Allah,jika diizinkan di sinilah hospital untuk ummi bersalin nanti.. |
Al Fatihah untuk Allayarhamah Dr Lina Haloubuni.. |
Bunga di tepi2 jalan..subhanallah..cantik! |
Hanya bunga lalang,namun cantik dipandang, Allahu Akbar! |
close up sikit bunga nih.. |
tak tahu nama apa bunga nih..tapi cantik, masya Allah! |
Petang.
Ummi menyiapkan seluar UmmuQusai dan juga barut untuk baby ummi.Alhamdulillah,seluar ummuQusoi telah dipulangkan.Barut baru satu yang siap,ada beberapa helai lagi perlu dibuat.Insya Allah,esok lusa akan disambung semula.
Anak2 bermain di rumah ummuQusoi.Faqeh seperti tiada mood untuk bermain.Makanpun kurang hari ini.Selalunya dialah yang lapar.Selera tiada agaknya.Dan mungkin masih trauma dengan 'gigi besi'nya itu.Namun,setelah dipujuk, dan diapun terasa lapar,akhirnya makan juga nasi..alhamdulillah.
Malam.
Anak2 tidur awal semuanya.Jannah dan Faqeh tidur di luar.Keletihan penat bermain di siang hari.Abi tidur dulu. Sekejap lagi ummi nak tidur, kejutkan abi ..sambung buat ass.
12.00 mlm..ummi nak tidur dulu...
selamat malam semuanya..
Jap lagi nak upload gambar.
No comments:
Post a Comment