Bismillah Walhamdulillah..
11 April 2011.
Hari Isnin yang ceria dan sudah agak panas.Anak2 bangun awal hari ini.Alhamdulillah. Ke sekolah dengan membawa bekal corn flakes.Minat sangat mereka nih.
Ummi masak tomyam hari ini.Alhamdulillah suka sangat anak2 makan.
Anak2 ummi sungguh teruja dengan suasana bilik mereka sekarang.Yerlah meja dan drawer barang2 mereka semuanya berada di dalam bilik.Siap kemas sokmo bilik mereka.Dan Kak Jannah siap buat notis kat depan pintu..
Notis tidak benarkan Faseh masuk sekiranya badan dia kotor.Dan sememangnya tabiat Faseh lepas makan mesti payah nak basuh mulut dan tangan.Itu yang menyebabkan Kak Jannah tak bagi masuk..sabar jerlah kakak dan abang ni membuli adik dia.
Tapi dalam masa yang sama bagus juga..bila Faseh nak masuk bilik Kak Jannah. mesti cepat2 pastikan mulut dan tangannya bersih..bagus juga 'didikan' Kak Jannah nih.
notis amaran dari kak jannah..tak pandai nak letak noktah lagi. |
bilik yang sentiasa kemas,buat masa sekarang..harap2nya berkekalan..amin! |
selamat malam! |
Malam.
Pada mulanya Faseh sudah baring dalam bilik tidur Kak Jannah...tapi akhirnya datang juga bilik ummi dengan alasan Kak Jannah dah tidur,dia sorang jer lagi yang tidak tidur.Dan akhirnya..sekarang sedang tidur dalam bilik ummi..sabar jerlah Muhammad Fasehuddin nih..
Oklah ummi nak tidur dah sekarang,Abi dalam perjalanan balik ..abi ada kuliah di rumah kawannya.Mencari ilmu sebanyak mungkin sebagai bekal balik ke Malaysia nanti..
Teruskan mencari dan menggali mtiara2 ilmu di sini.
Ya Allah..mudahkan urusan dan lorongkan hati kami untuk mencari ilmuMu di bumi Mu yang penuh keberkatan ini..amin!
No comments:
Post a Comment