Saturday, March 26, 2011

Kerinduan...

Bismillah Walhamdulillah..

25 Mac 2011.
Hari Jumaat yang agak sejuk.Bangun solat subuh , terus jer pasang sobah.Tak tahan sejuk sangat.Anak2 masih lena tidur,sesekali terkejut,terus ditarik selimut sampai menutup kepala.Terutama Faqeh yang memang tak tahan sejuk.Malam2 mesti bersin dan batuk2.Kesian pulak tengok.Tapi siang,aktif semacam jer.

Pagi ni bersarapan dengan laksa kuah lemak.
Alhamdulillah,ada sahabat yang pulang ke Malaysia kirimkan laksa made in Malaysia.Anak2 suka sangat.

alhamdulillah..sedap!

Petang.
Hari agak terang,tapi masih sejuk...

Ada tetamu datang.Abi temuramah akhowat untuk tesisnya.
Ummi buat apam pelangi.
Resepinya kek..tapi abi kata jadi macam apam.Ikutlah..yang pasti habis licin anak2 makan...
dan diberi kepada jiran depan rumah dan juga tuan rumah.
Alhamdulillah.


sebelum dilorek


dilorek oleh ummi yang tidak pakar,pertama kali mencuba..

alhamdulillah,sedap!nak pulang pinggan jiran depan rumah yang beri karipap minggu lepas.


Malam.
Anak2 tidur agak lewat.Mereka menonton tv di luar,sampai tertidur.Sejuk di ruang tamu sebenarnya..jadi kami ambik keputusan angkat mereka ke dalam bilik.Kesian pulak pagi nanti kesejukan.
Mesti mereka pelik bangun pagi esok.
Semalam tidur kat luar,pagi ni bangun dah ada kat dalam bilik.^____^.
Itulah naluri ibubapa....
inginkan keselesaan untuk anak2..risau anak2nya sejuk..

rindu itu adalah anugerah dari Ilahi..

Teringat ma abah kat Malaysia....
Rindunya..
kadang2..tidak tersedar ada manik2 putih mengalir di pipi apabila kerinduan mencengkam diri..
Inilah keperitan menanggung sebuah kerinduan yang perlu ditanggung oleh perantau..

Perantau ...
musafir perjuangan..
tabahkanlah hatimu..
berjuang di rantau orang..
sedih pilu hanya engkau yang tahu..


Namun,ummi seharusnya bersyukur...

Ummi ada seorang suami yang penyayang
Ada puteri yang manja dan comel..
Ada 2 putera yang nakal dan menghhiburkan hati..
dan bakal lahir seorang mujahid lagi bulan 5 nanti..

Alhamdulillah..syukur padaMU Ya Allah ..

Apa yang ada jarang disyukuri,
apa yang tiada sering dirisaukam...
Nikmat yang dikecap barukan terasa..
bila sudah tiada di genggaman!


Ya Allah..
golongkan kami dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMU..amin!

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com