Bismillah Walhamdulillah..
14 Mac 2011.
Alhamdulillah..hari Isnin yang cerah dan ceria.Anak2 ummi bangun awal hari nih.Hari ni bersarapan jemput udang kering.Biasanya ummi buat ikan bilis.Tapi stoknya dah tinggal sikit.Kena berjimat cermat sekarang.Nanti ada orang balik Malaysia,ummi nak kirim ikan bilis.Stok yang kami bawa selama setahun setengah sudah hampir habis.Kat Jordan tak jual ikan bilis.Arab kata Malizi ni zalim sebab ikan tak besar lagi dah makan!^___^..Dah memang ikan tuh tak besar2…
9.00 pagi
Abi seperti biasa ke maktabah.Study untuk imtihan petang ini.Ummi pula setelah mengemas2 rumah,mengupdate blog ummi nih.Alhamdulillah..suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan..kegembiraan dapat menulis diari catatan kehidupan dalam blog ummi ini.Warna warni kehidupan..nukilan hati ummi..Perkongsian..sekiranya ada yang membaca..Namun ummi amat berharap nukilan ini..menjadi satu kenangan terindah untuk ditatap suatu hari nanti.
Yang akan ditatap oleh ummi dan abi..insya Allah,sekiranya masih panjang umur.Dan yang penting..untuk2 anak2 permata hati ummi yang disayangi…Setiap perkembangan dan telatah karenah anak2 ummi dicatatkan di sini.Sudah dewasa nanti..kalian lihatlah dan bacalah..renungilah segala harapan dan pengorbanan yang ummi abi lakukan untuk kalian.Andainya ummi dan abi tiada lagi…inilah kenangan terindah yang boleh ummi nukilkan untuk kalian.Yang penting kalian perlu jadi anak soleh dan solehah yang dapat membahagiakan ummi dan abi di dunia dan akhirat..amin!
Mungkin bagi orang lain nukilan ummi ini tidak bernilai..namun bagi ummi amat bernilai harganya…catatan..kesusahan ..kesenangan..hitam putih..warna warni kehidupan ummi sekeluarga..Andai ada manfaat..ambillah..namun jika ada kekurangan..jangan diambil..Semoga ganjarannya ada di sisi Allah…
Tiba2 terasa jiwang pulak menulis kali ini…dan ini merupakan alasan kukuh kenapa blog ini diwujudkan.Insya Allah..jika diizinkan Allah..ummi akan catatkan setiap hari apa yang terjadi dalam kehidupan ummi.Dengan disertai gambar2 yang diphotoshopkan..Untuk mak adahnya..ini bukan kamera dslr yer..hanya sekadar kamera biasa..olympus yang dibeli dengan harga yang murah sahaja.Namun,Alhamdulillah..amat berjasa pada kami sekeluarga.Yang penting,teknik mengambil gambar dan kemahiran mengedit dalam photoshop.Insya Allah hasilnya amat cantik dan sedap mata memandang.Nanti ..gambar kawen mak adah..biar ummi yang editkan yer..ker nak upah jurugambar professional…^____^.
Tengahari.
“Ummi..Faqeh dapat jaaizah(hadiah) sebab faqeh bagus.Semua orang dapat’
Dengan wajah yang ceria Faqeh memberitahu sambil mengeluarkan set Sesame Street.
Tapi ini dalam Arabic version.’Hikayat sesame’.Macam2 ada dalam set ini.Alhamdulillah..seronok sangat anak2 ummi main.
Tapi ini dalam Arabic version.’Hikayat sesame’.Macam2 ada dalam set ini.Alhamdulillah..seronok sangat anak2 ummi main.
‘Ummi,Jannah dapat jaaizah ..buku warna dan sticker’
Di sini..memang cikgu2nya amat gemar memberi hadiah sticker.Tak kira hadiah apa pun,kanak2 mesti amat gembira menerima hadiah.Sticker memang tak dapat dipisahkan di sini.Dari sekecil2 sampai ke dewasa memang gemarkan sticker.Tak mustahillah..pelbagai bentuk dan warna sticker dijual di Jordan nih.Yang kanak2 menampal sticker di buku2nya.Yang dewasa menampal di handset.Cikgu2 menampal sticker di buku anak2 murid dan juga dahi mereka.Jannah dan Faqeh selalu juga balik ke rumah dengan sticker melekat di dahi.macam2..Hatta..doktor juga menggunakan sticker ditampal di kad mengandung ummi.Begitu hebat penangan sticker ini di Jordan.Sekian cerita Jordanian and sticker..^___^.
Kak Jannah dan koleksi sticker.Ada yang cikgu beri hadiah dan abi beli. |
sticker ditampal dalam buku hadith Kak Jannah.Beri motivasi... |
Kak Jannah dan buku2 warnanya.. |
gembira mendapat makanan dari abi..Sticker2 ditampal di laci masing2. |
Faseh dan gula2 kegemarannya.. |
Faqeh dengan jaaizah( hadiah) dari cikgunya.. |
Ana nazhif,ana saied-saya bersih saya gembira..Tabiat baru Faqeh..suka hisap jari.. |
bersama tuntun,juljul dan elmo.. |
Petang.
Jannah menghafaz hadith.Yang heronya bermain sendiri.Macam2 permainan direkanya.Naik pening ummi melihatnya.Kadang2 menangis yang kecik,kadang yang besar menangis.Kejap baik,kejap gaduh.2 orang hero..bagaikan 10 orang!!!Geram jer ummi tengok.Tapi yerlah..kecik2 memang nakal hero nih.Harapnya besar nanti dapat jadi anak yang berguna yer..amin!
Kalu diikutkan abi dia dulu lagilah nakal.Duduk di kampung..segala macam permainan dimainnya.Sudahlah abinya anak laki sorang.Yang lain semua perempuan.Memang diajar dengan kekerasan dan ketegasan oleh ayah abi.Kalu dengar cerita abi,gerun!Satu kampung akan dikejar kalu salah buat nakal.Yerlah..budak laki mana boleh duduk diam.Kejap main basikal,kejap tangkap ikan,kejap main guli.Yang paling seronok abi kata..dapat adjust basikal.Jadi pomenlah abi nih..
Hm..anak2 abi ni juga tak kurang nakalnya.Cuma nakal sekarang berbeza dengan nakal di zaman abi dulu.Dan yang pastinya berbeza sungguh perangai anak perempuan dan anak lelaki.Dari segi belajar,berjalan,perangai,peribadi,pertuturan kata..semuanya berbeza.Dan Alhamdulillah..ummi bersyukur dikurniakan anak2 yang comel2 ini.
Abi balik membawa gula2 permintaan mereka.Sebenarnya abi memang dah berjanji dengan kak Jannah..sekiranya menghafal hadith..abi akan beli makanan setiap hari.Sudahnya..2orang hero menumpang sekakilah apa yang abi beli…Sebagai motivasi kepada kak Jannah untuk menghafaz hadith.Sekarang dalam proses untuk mengulang semua hadith yang dihafaz.Moga dipermudahkan Allah..dikuatkan ingatan kak Jannah..amin!
Malam..
Agak sejuk malam ini.Kak Jannah terbatuk2.Ummi sapu minyak panas di dadanya untuk mengurangkan sakit dadanya kesejukan.
‘Ummi.Faseh tak nak tidur malam ni boleh tak?’
Beberapa minit berbaring di sebelah ummi yang sedang menaip kerja abi,dia sudah terlena.Rupanya masa dia bercakap tuh,sudah dalam keadaan mamai(mengantuk).Macam2 hal Faseh nih.Nak tidur memang payah.Memandangkan dia sorang jer yang tidak ke sekolah..Faseh sorang yang dibenarkan tidur lewat.Kak Jannah dan Abang Faqeh seawal 8.00 malam sudah dipaksa tidur.Senang nak bangun awal esok pagi.Kalu tak,memang payah nak bangun!
Oklah..jampun sudah menunjukkan 12.00 malam..ummipun dah nak tidur.Graf abi ummi dah siapkan.Abi dah selamat melayari bahtera..tadi terbangun sekejap menukar posisi..
‘Ummi.abi mimpi kita balik Malaysia!!!’..
Adooooi…rindunya Malaysia..rindukan kampung halaman dan juga sanak saudara…
Sabarlah wahai hati..sudah tidak lama lagi,masanya akan tiba juga…Tabahkan hati kami Ya Allah..
Ok..nak tidur dah..Selamat malam..Mimpi2 yang indah yer..
No comments:
Post a Comment