Bismillah Walhamdulillah..
28 Mac 2011 yang lepas.
Hari Isnini yang cerah,tapi masih lagi sejuk.
Anak2 ke sekolah seperti biasa.Ummi tak berapa sihat badan 2,3 hari ini.
Pagi2 lagi sudah memasak lauk untuk tengahari,supaya masa untuk rehat banyak sikit.
Anak2 balik sekolah,panaskan sahaja lauk yang ada.
Ya Allah..berilah kekuatan dan ketabahan dalam mengandungkan anak ini..
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan ibunya dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".
Tengahari..
Kak Jannah balik dengan membawa pelbagai barang2 yang dibeli di bazar di sekolahnya.Untuk adik2 dibelinya sticker.Untuk ummi ..dia belikan lilin warna merah..sempena hari ibu katanya..
Malam..
Acik Merdeyah dan acik Widad datang.Abi ada urusan berkaitan tesisnya.Acik2 bawa kek untuk anak2.Alhamdulillah..rezeki mereka semua.Ummi pula hidangkan goreng pisang untuk mereka berdua.
Apap2 pun..terimakasih banyak2 yer Mardeyah dan Widad.
Semoga Allah memudahkan urusan kalian berdua,amin!
Terimakasih acik Mar dan acik Widad yer.. |
Kak Jannah suka faraulahnya.. |
Faqeh yang suka sangat kek ni.. |
khusyuk betul acik mar dan acik widad nih.. |
apalah yang diboraknya.. |
p/s: dah 2 hari tak update blog..hari ni baru sihat sikit,alhamdulillah.
Alhamdulillah..dah upload..
No comments:
Post a Comment