Bismillah Walhamdulillah
Sobahul Kheir..
Semalam syahid awal
Pagi ni Faheem dan Faseh bangun awal, 5.30 dah ketuk bilik umi.
Tengah2 kami solat subuh, si kecik Jumaanah keluar.
Haish lah budak ni... Sekarang tengah bergumbira dengan kakaknya Jazlah.
Awal pula bangun pagi ni. Nanti tidur semula tuh.
Umi ambil masa taip sikit pagi ni sebelum pergi keje.
Ptg ni ada meeting, ptg ni juga cucuk 2nd dose Faseh. Nantilah umi fikirkan caranya cmana.
editted- tepek gmbr dgn Faseh. Alhamdulillah boleh pergi sebelah pagi utk cucuk 2nd dose.
Ok..
CHEMO KITARAN KE 5
Nota discaj abi ni ..abi masuk wad 1 Julai 2020. Discaj pada 11 Julai 2020. Next chemo akan start jika CCRT abi xstart lagi. Radioterapi akan stat nanti. Topeng bagai semuanya telah diukur. Chemo ni mematikan semua sel2 jahat danbaik dalam badan. Manakala radioterapi akan tembak tepat2 pada bengkak sel kanser tersebut. ( nanti nak tulis ebook nnt, umi nak kena cari istilah2 kedoktoran ini ).
Kali ini chemo abi, umi drive lagi sekali sendirian bersama abi. kali ini agak yakin berbanding sebelum2 ni. Di wad, umi masih lagi menjalankan kerja2 ofis. Laporan still nak kena hantar. Work from hospital. WFH juga.hehe
Kali ini dah ke5 kali chemo. Amat2 payah hendak mencari urat untuk membuat line masukkan ubat chemo. Hampir 10 kali percubaan oleh dr. Kedua2 belah tangan telah dicuba, namun masih tidak berjumpa kerana urat2 kebanyakkannya sudah keras. ( apalah istilahnya hentah..ini ikut kefahaman umilah ). setelah percubaan oleh dr xboleh, akhirnya diminta bantuan kepada misi lelaki yang biasa uruskan hal ini, alhamdulillah dengan izin Allah, dapat juga akhirnya boelh juga dibuat line tersebut.
Alhamdulillah, abi sudah bersedia untuk buat rawatan radioterapi. Tunggu masa je. sekarang abi selesaikan dulu chemo yang terakhir mungkin, sebelum radioterapi bermula.
Kali ini bercerita tentang seorang sahabat abi yang sama2 belajar di UPM. Kagum sungguh umi lihat kesungguhan dan kudrat yang Allah berikan kepada dia. Masha Allah tabarakallah. Dia pergi ke tandas bersendirian dan solat sokmo tepat pada masanya. Hanya pada malam hari baru anak lelakinya datang untuk temani dia.
Allah2..rezeki dia sihat sokmo, dapat tunaikan solat tepat pada waktunya. Makan juga amat berselera. Time kami masuk wad, memang dia dah ada, maka dia akan balik awal sedikit berbanding kami. Kebiasaannya isteri dia akan datang ambil dia. Umi tak ingat dah nama dia.( nanti umi cari balik apa nama dia )
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Itu umi tanam sungguh2 dalam kepala. Kawan abi itu mungkin isterinya punya kekangan dan ada komitmen lain, lagipun suaminya juga boleh menguruskan dirinya sendiri, sebab itu Allah takdirkan dia sebegitu. Berbanding dengan umi, umi ada kelonggaran untuk cuti separuh gaji bagai, ada ma dan abah yang boleh jagakan anak2, lagipun kondisi abi memerlukan penjagaan rapi dari umi, sebab itu Allah takdirkan umi sebegini. Yang penting bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada kita. Jangan dibanding2kan dengan orang lain.
Namun, segagah2 manusia, sekuat manapun manusia, tidakkan akan mampu melawan takdir Allah. Begitu juga kehidupan kita ini. Kena belajar kuat melepaskan sesuatu, sebab xsemua hal dapat kita genggam. Kena belajar tabah menerima kenyataan, kerana tak semua keinginan kita menjadi kenyataan. Belajar ikhlas...belajar sabar!
Mendapat perkhabaran seminggu lepas abi dijemput Ilahi, sahabat abi ini juga dijemput Ilahi. Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Kun Fayakun..Allah2 luluh hati umi mendengar perkhabaran ini. Umi beri mesej kepada isterinya..Allah2.. meruntun kalbu hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Alhamdulillah abi discaj setelah 11 hari berkampung di HUSM. Memacam planning dalam kepala. Nak balik Kuantan, raya haji dah dekat.
BALIK KUANTAN.
Alhamdulillah umi drive kereta balik ke Kuantan bersama anak2 semua. Tok Abah dan Tok Ma balik awal berbanding kami. Sampai je di Chendering, mok abi memang akan peluk sambil berjujuran air mata memandang fizikal abi. Allah2.. semua adik beradik abi juga sayu memandang keadaan fizikal abi. Kawan2 abi ada juga yang datang menziarahi abi. Alhamdulillah abi layan sebaik mungkin. Abi banyak berbaring di dalam bilik sahaja kali ini.
FITTING
Apalah makna istilah ni. Beberapa kali terjadi episod fitting ini. Dan masanya adalah sama sahaja, area tengahari. Abi akan datang kejang2 satu badan. Allah2 keadaan tersebut amat2lah menggerunkan kami semua. Pernah je abi ke tandas, dan terjatuh ketika keluar dari tandas. Allah2 meruntun kalbu menghadapi sistuasi tersebut. Abi juga dah minta tukang dengan bantuan Kak Nor untuk buatkan tandas duduk di bilik air yang kami duduk sekarang. Alhamdulillah abi sempat gunakan tandas tersebut.
MASUK WAD HTAA, KUANTAN.
Akhirnya abi dimasukkan ke wad setelah berlaku episod fitting yang berulang kali. Mak ayu yang bawa kali ini ke wad. Tengok tarikd discaj note, admit 26.7.2020. Discaj esoknya. 2pagi rasanya baru naik ke wad biasa. Sampai je di hospital memang banyak pertanyaan oleh dr2 di sana.Menceritakan keseluruhan proses rawatan abi. Mujurlah Mak Ayu staff nurse di sini ( kena ingat semula detik2 ni mak ayu, recall semula..nnt umi edit semula )
RAYA HAJI
31 Julai 2020 raya haji. Kami beraya sekadarnya di Chendering. Abi teringin makan sup tulang yang dimasak oleh Kak Lah. Alhamdulillah abi hirup sup tersebut. Juga teringin makan lempeng nyior. Ditunaikan oleh adik beradik abi. Alhamdulillah.
Abi kekeurangan air dalam badan, mak ayu masukkan air. Urat di lengan abi memang payah dah nak di cari. Akhirnya ambil urat di kaki abi. Alhamdulillah.
oklah, umi undur dri dulu.
Malam kang masukkan gambar.
keje, bai!
No comments:
Post a Comment