Bismillah Walhamdulillah...
Alhamdulillah..jam menunjukkan 12.00 thari,lokasi d Ulek Beach Resort Dungun, Terengganu.
Alhamdulillah...diizinkan dan diberi peluang untuk bersama keluarga,bersama anak2..syukur alhamdulillah...
Diingatkan setiap hari hampir 9 jam anak2 telah ditinggalkan ketika ibubapanya keluar bekerja.Apabila balik dari kerja, pelbagai urusan hendak disetelkan.Sampaikan satu tahap, kerja yang tidak sempat disiapkan di rumah, akan dibawa balik ke rumah pula.
Anak2 apabila melihat kelibat ibubapanya, mulalah menagih perhatian dengan cara masing2.Yang besar dengan caranya, yang kecil dengan caranya.
Namun, alhmdulillah sebagai ibubapa kenalah kita menghargai kehadiran mereka,mereka merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pikul.Anak aset dunia akhirat yang tak ternilai sebenarnya.
Allah..Allah..Allah..ummi merupakan ibu yang bekerjaya.Memang perlu pandai bahagi masa antara keluarga dan kerjaya.
Di tempat kerja kita dikelilingi dengan kerja pejabat yang tak berkesudahan,balik ke rumah pula,pelbagai tugasan menunggu.
Namun, sebaik sampai di rumah, hilang semua bebanan kerja melihat anak2 yang tulus mulus.Dicium dan dipeluk mereka dengan penuh kasih sayang."Maafkan ummi kerana meninggalkan kamu semua untuk ummi bekerja,dan sekarang..ummi luangkan sepenuhnya masa untuk bersama kamu semua"..
Alhamdulillah...
29.4.2015- 30.4.2015-
kami bercuti di Dungun.
1 comment:
trimmaksih infonya...
sangat menarik dan bermanfaat...
mantap...
Post a Comment