Thursday, May 19, 2016

Naik bas

Bismillah walhamdulillah. .

Jam 12.41 pg.Lokasi dalam bas sekarang.Dalam perjalanan  balik ke Terengganu . alhamdulillah. .lama dah tak merasa naik  bas . Last naik bas..masa zaman belajar ...huish..mmg nostalgialah naik bas ni.

Alhamdulillah  ummi naik bas duk seat sorang. Amirah..sepupu umi yang belikan..

Oklah nnt umi ceritakan  lagi. . Nak tidur sekarang.orang lain pun tidur nyenyak. .karang mengganggu mereka  tidur


Ok..semoga perjalanan umi selamat sampai. .tak sabar nak jumpa anak2 dan suami..

Tuesday, May 17, 2016

MAWAR 2016

Bismillah Walhamdulillah..

Jam 11.54 malam..masih belum tidur malam ini.

Ummi ingin bercerita sedikit tentang satu konvensyen yang ummi pernah hadiri...

Ummi tepek dulu gambarnya..nanti ummi akan ceritakan lebih lanjut.

Ummi sudah mengantuk.

Banyak manfaat yang dapat diambil dari konvensyen ini ..sebagai bekalan pedoman buat menghadapi kehidupan ini.


Alhamdulillah,walaupun konvensyen ini berbayar,namun memang berbaloi dapat menyertai konvensyen ini.Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah lorongkan dan mudahkan untuk menyertai konvensyen ini.

MAWAR 2016---Memartabatkan Aspirasi Wanita Anggun & Rasional.

Antara tetamu jemputan..

24.4.2016-10.30 pg ~ Ustzh Fatimah Syarha & Dr Farhan
~ Antara soalan yang perlu diingati selalu.."Adakah aku terlalu SIBUK untuk Allah?"
                                                                      " Apakah tujuan Allah jadikan diri kita?"
~ Selepas kawen-sepatutnya semakin dekat dengan Allah
~Fokus kpd USAHA & Doa..selebihnya adalah KERJA Allah.
~Kekurangan suami/isteri - saling melengkapi
~Kelebihan suami/isteri- saling mensyukuri
~Everyday is upgrading day.

24.4.16, jam 2.30 ptg
Ust Ebit Lew
~ Wanita Inspirasi Keluarga Raudhah.
~ Tanda dekat dengan Allah, bertambah kasih sayang kpd keluarga dan orang lain
~ Bahagia bermula dari hati
~ Orang jaga SOLAT, Allah akan jaga dia.
~Tanya soalan pada diri : Siapa yang kamu DAKWAH hari ini?
"Apa ilmu yang dipelajari ?
Allahu Akbar...sambil ummi menulis entri ini..mendengar doa yang ummi download dari youtube
Allah..Alllah..istiqomahnya Ust Ebit Leew ini..
Buku Tangisan Umat juga ummi bawa ke kursus ini.
Allah..Allah..


25.4.16- Heliza Helmi & PU Azman
~Wanita Pencetus Ummah
~Fesyen datang dari dalam diri kita
~ikut selera manusia-xkemana
~Ikut selera Allah-selamat dunia akhirat
~Nak jaga hati ,sentiasa doa.." Ya Allah,sentiasa perhatikan aku"

26.4.2016 - Dr Robiah
~Bring Your Heart Home

Demi Cinta

Bismillah Walhamdulillah...

Allah..Allah...
Baru ada kesempatan untuk mengupdate di blog ini.

17 Mei 2016,jam 10.33 malam, lokasi sekarang ummi berada keseorangan di bilik asrama penginapan di Pusat Latihan di Kedah Darul Aman.Ini merupakan malam ketiga ummi berada di sini.

Rindu menebal kepada anak dan juga suami tersayang..Takpe esok ummi akan balik.

Di sini ummi nak tepek satu lirik nasyid


Kumpulan Brothers
Demi Cinta


Daku lelaki dikau wanita
Bertemu di atas pentas dunia

Fitrah manusia berkasih bercinta

Tak terpisah bagaikan nafas dan nyawa



Andai itu hajat hatimu

Dengarlah lafaz ikhlasku

Dikaulah anugerah terbaik buatku
Kan ku menyayangimu ke hujung waktu



Impianku (itu impianku... itu impianku...)



Daku suami dikau isteri

Bersama tempuh panas terik mentari

Kasih sayangku kasih sayangmu
Tak terlukis di hampar sekadar waktu



Andai waktu tak lagi milikku

Berjanjilah permaisuriku

Dua azimat kau genggam pasti selamat
Penyuluh dikala lewat di jalan gelap



Aku kan menantimu di dalam waktu

Yang terhenti hingga kau kembali padaku

Kau milikku demi cinta
Kau milikku demi cinta
Kau milikku demi cinta
Kau milikku demi cinta



Moga nanti kembali bercinta

Di taman syurga yang indah

Di situlah bermula cinta pertama
Fitrah kan menjadi satu anugerah



Kurniaan dari Yang Maha Kuasa

Kekallah semuanya di dalam redha 

Selamanya demi cinta
Demi cinta
Demi cinta
Demi cinta



Sungguh mendalam lirik nasyid di atas. Sebelum ini ummi dah banyak kali dengar lirik nasyid ini, namun belum memahami sungguh bait2 liriknya.

Allahu Akbar..nasyid ini menceritakan kasih sayang suami dan isteri.Saling meyayangi..saling memberi dan menerima.Memberi kasuh sayang tanpa syarat..Mengharungi badai kehidupan terik mentari dengan penuh kesabaran.

Seandainya kematian yang memisahkan suami dan isteri di dunia...


" Moga nanti kembali bercinta


Di taman syurga yang indah "



Allah..Allah..bait2 yang sungguh indah...
Ya Allah bahagiakan kehidupan kami sekeluarga.
Redhai dan berkati kehidupan kami dunia dan akhirat..amin.


..10.51 pm...
..hari mcam nak hujan..ada guruh sikit2..

Sunday, February 7, 2016

Jazwah dan Aqil

Bismillah Walhamdulillah...

Biarlah gambar menceritakan sesuatu..
Apa yang berlaku di antara Jazwah dan Aqil
Hanya mereka berdua dan pencipta mereka yang mengetahui

Pelbagai tafsiran yang boleh berlaku dalam kehidupan ini

Zahir dan batinnya berbeza
Luaran dan dalaman berbeza

Namun dalam kehidupan ini..
Apa yang berada di dalam hati..
Pastinya dizahirkan pada luarannya

Bersih hatinya
Bersih perbuatannya
Bersih perkataannya
Bersih pemikirannya

Allah..Allah..Allah..
KIta tidak mampu menilai manusia
Allah yang akan menilai manusia
Siapalah diri kita yag ingin menilai orang lain

Semoga hati kita semua bersih 
zahir dan batinnya..amin

7 Feb 2016
10 mlm
UniSZA
Angin kuat, hujan renyai2...

Friday, November 13, 2015

Pasca ERPOC

13.11.2015....

Bismillah Walhamdulillah.
10.00 pagi...
Lokasi..teratak bahagia kami di Seberang Takir.
Semua tenaga anak-anak dikerah untuk mengemas rumah.
Kak Jannah- kemas dan mop ruang tamu
Abang Faqeh- kemas dan mop dapur.
Abang Faseh- jemur baju
Abang Faheem - main sambil kacau adik Jazwah.
Abi ke Merang untuk menguruskan kem di sana.


Minyak & buah zaitun jeruk yang dikirim ummuqusoi,juga maramiyya.Semuanya dari Jordan

Alhamdulillah sudah 5 hari berlalu.Terasa badan agak segar sikit.Berpantang seperti orang bersalin.Kerja-kerja berat masih tidak boleh dilakukan.Itu yang kerahan tenaga dari askar-askar ummi diperlukan.Beruntung ada anak yang ramai..alhamdulillah.

Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan...
Petikan nasyid nada murni..apa ayang tiada dan sudah berlalu tidak perlu dirisaukan..apa yang ada kita syukukri.

Iya..Allah tarik seorang baby ummi,namun ummi sebenarnya masih ada 5 orang anak yang perlu disyukuri..perlu didik..diasuh menjadi anak yang dapat membahagiakan kami dunia akhirat,amin!

Allah..Allah...


Semakin besar dan agung Allah di hatimu..semakin kecil semua perkara lain.


Abi...
Terimakasih banyak untuk segala pengorbanan yang dilakukan.Semoga dengan kesakitan yang sikit ini memberi 1001 motivasi untuk kita lebih dekat kepadaNya.

Abi....
Ummi bersyukur kerana abi cukup memahami ummi.Terasa amat beruntung kerana dikurniakan suami sehebat dan setabah abang.

Baby syurga ummi...
Bersyukur ummi kerana Allah benarkan sayang berada di dalam rahim ummi selama 5 bulan.Satu kenangan terindah sebenarnya.Ummi sanggup menahan sakit ini demimu sayang.Insya Allah ..walau kita tidak dapat bersama di dunia ini..harapan ummi kita akan bersama di akhirat kelak.

Baby syurga ummi..
Maafkan ummi sayang,mungkin disebabkan kecuaian ummi kamu tidak dapat melihat dunia ini.Namun, ummi yakin dan percaya bahawa ini adalah yang terbaik untuk kamu dan juga ummi. Ummi amat sayangkan kamu.Abang dan kakak yang lain amat menunggu kehadiran adiknya ini,namun Allah lebih sayangkan kamu dik.


Anak-anak ummi yang amat disayangi...
Terimakasih kerana memahami ummi.Kamu telah memberi penawar kepada kesedihan ummi.Memandang wajah mulus kalian..menghilangkan segala kesakitan yang ummi tanggung.


Di Cherating Suria Resort.


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah di atas segala apa yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga...

Ini kata-kata penguat semangat ummi untuk meneruskan kehidupan...

" Ombak itu tidak besar..
Hanya perahumu yang kecil...

Jangan hanya diminta diringankan ujian,
Tapi pintalah dikuatkan IMAN".

Allah..Allah..Allah...

Ya Allah kuatkan iman kami dengan segala apa yang berlaku ini.
Bahagiakan kami dunia akhirat..amin.





Kesusahan Akhirya Kesenangan

Bismillah walhamdulillah.

16.10- sekali lagi ummi diadmit kali ke4. Insya Allah batuk ummi semakin hilang. Dr O&G akan melakukan ERPOC dalam masa terdekat.

Dr anasthesia-bius berjumpa ummi.Namun setelah diperiksa, kemerahan dalam tengkok ummi masih ada.Dr tidak berani melakukan bius ke atas ummi memandangkan risiko sekiranya dibius penuh akan menyebabkan saluran pernafasan ummi tersekat,boleh menyebabkan kematian.Allahu Akbar.

Ummi sanggup tunggu lagi untuk tidak melakukan prosedur ini.Akhirnya sekali lagi ummi didiscaj.

22.10 ummi ke klinik O&G untuk TCA.Berjumpa dr pakar di sana. Akhirnya ditetapkan untuk ummi dilakukan prosedur erpoc pada 8.11.2015


6.11.15- ummi admit wad kali ke5.alhamdulillah ummi diminta berpuasa.
8.11.15- abi berpagi-pagi lagi sampai di hospital.Ummi akan memasuki dewan bedah pagi ini.Pelbagai perkara bermain di fikiran ummi.Allah..Allah..

Ummi mengisi masa lapang dengan membuat quilling,setelah 2tahun yang lepas.Ketika berada di Jordan ummi aktif membuat quilling.Allah..terasa bahagia melihat hasil daripada quilling yang kita buat. Menangkan fikiran sebelum ummi masuk ke dewan bedah nanti.



Ummi ditolak masuk ke dewan bedah yang amat sejuk!!!!Alhamdulillah dr yang akan melakukan prosedur erpoc Dr Syahaniza.Dr bius melakukan spinal-bius separuh di belakang ummi. Menitis ummi saat dicucuk ubat.Allah..tidak tertanggung rasa sakit tersakit.



Tiada apa yang bermain difikiran ummi ketika itu,terbayang kematian.Saat dr menekan rahim ummi ,Allahu Akbar, amat2lah sakitnya,hanya Allah Maha Mengetahui. Ketika prosedur berjalan 2 kali ummi ditambah ubat bius memandangkan ummi tumpah darah. Juga 2kali ummi muntah kepeningan.Allah..Allah..

Darah daripada rahim tidak berhenti, dr terpaksa menekan rahim untuk memberhentikan pembedahan. Namun, masih tidak berhenti juga.Setelah 45 minit berlalu, dr bercakap dengan ummi, bahawa ummi bleeding dan akan dipantau..sekiranya masih berlaku pendarahan yang banyak ummi akan diikat rahim atau rahim terpaksa dibuang.Allah..Allah..gelap sebentar dunia...namun ummi yakin Allah akan beri yang terbaik.Ummi dipasang saluran untuk kencing dan juga pendarahan dari rahim, bermaksud ummi ada 2beg yang perlu dipakai.Allah...

Setelah keluar dari dewan bedah, ummi dipantau selama sejam. Pelbagai perkara ummi fikirkan.Namun ummi juga fikirkan perkara yang baik,doa yang baik, insya Allah yang datang akan baik-baik sahaja.

Alhamdulillah akhirnya pendarahan ummi berkurangan dan dibenarkan balik ke wad biasa.

Apabila terpandang sahaja wajah abang sayang..hilang segala sakit..Ummi diletakkan diwad paling berhampiran dengan misi memandangkan ummi tumpah darah.Selama 6 jam terpaksa berbaring tanpa bantal.Allahu Akbar,seksa sungguh..

Sakit pinggang dan lenguh kaki hanya Allah Yang Tahu...perlu diambil darah sekali lagi,branula dipasang dikedua belah tangan.Untuk emergency case jika perlu ditambah darah.Memandangkan ummi banyak kehilangan darah. Sepanjang seharian itu, ummi menangis tidak henti.Abi menenangkan setakat yang termampu.

Malam ummi tidur dalam kesakitan.Suhu badan meningkat,ummi demam.Air sudah masuk botol ke 6 dimasukkan ke dalam badan ummi.

Namun apabila melihat sekeliling kita, ada yang lebih teruk sakit berbanding ummi.Perlu memakai oksigen, batuk tidak berhenti, memakai pampers.Allah..ummi bersyukur dengan sakit yang sedikit ini.Memandangkan sakit yang lain menginsafkan diri ummi.

Keesokan harinya, ummi disorong menggunakan wheel chair oleh misi untuk mandi.Alhamdulillah ..segar badan ummi terasa.Alhamdulillah syukur ada yang membantu.Ummi mandi dalam kepayahan sikit,namun badan terasa segar berbanding semalam.

Dr datang untuk memantau sekali lagi perkembangan ummi.Alhamdulillah kedua beg dibenarkan buang..terasa lega tanpa beg tersebut!

Ummi belum dibenarkan pulang.Dr masih perlu lihat banyak mana darah yang keluar.
Alhamdulillah..keesokan harinya ummi dibenarkan pulang.alhamdulillah..alahamdulillah.





Tiada apa yang boleh kuatkan dan tenangkan hati ummi melainkan dengan yakini sungguh-sungguh firman Allah..

" Setiap kesusahan akan ada bersamanya KESENANGAN"

juga...

"Allah tidak akan uji hambaNya kecuali sesuai dengan kemampuannya"


Akal yang sihat.

Bismillah Walhamdulillah..

5.10.2015..jam 6.27 p.m..lokasi di katil 20E,
wad 1EF Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Ummi sampai di sini, azan asar berkumandang.
Misi minta ummi menyalin pakaian hospital.

Perasaan berdebar memang ada.Batuk ummi jg masih kuat.
Ini merupakan kali kedua ummi admit wad.

Ummi dikejutkan pada jam 11.30 malam untuk dimasukkan branula di tangan dan juga diambil sampel darah.
Allahu Akbar..ketika itu ummi terdengar suara raungan halus menusuk kalbu,rupanya seorang muallaf telah diambil nyawa oleh Allah pada saat ini..

Keranda besi hospital lulu betul-betul di sebelah ummi.Innalillah..DaripadaNya kita datang,kepadaNya kita akan kembali.

Esoknya kawan-kawan pejabat ummi datang menziarahi ummi.Alhamdulillah,semoga ukhuwah antara kami berkekalan hingga syurgawi.Terimakasih atas makanan sunnahnya.

Ummi dimasukkan ubat cervegem untuk memaksa kandungan ummi keluar secara normal,namun setelah 4 biji masih belum ada tanda-tanda "kandungan" ummi untuk keluar.Akhirnya ummi didiscaj sekali lagi.

Apabila di hospital, pelbagai cerita penyakit manusia boleh kita dengar sambil mengambil iktibar daripada cerita tersebut.

Allah sudah berfirman bahawa hanya manusia yang mempunyai akal akan mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Ummi mengambil peluang mengisi masa lapang di hospital dengan menambah ilmu dan pengetahuan.

Semoga Allah mudahkan urusan ummi..amin!





Wednesday, September 30, 2015

Pengalaman keguguran

Bismillah Walhamdulillah.

30 September 2015, jam 2.00 pagi, lokasi teratak bahagia kami di Terengganu.

Allah..apa yang ingin ummi nukilkan di sini ya...

Ceritakan tentang keguguran ummi lagi ya.

Ok, setelah dr bg mc 5 hari..hari pertama ummi dipenuhi dengan airmata..sentiasa mengalir ..ummi seolahnya tidak dapat menerima hakikat. Sudahlan ummi keseorangan di rumah.Allah..

Namun, ummi kuatkan semangat..membaca catatan dari dua buah buku ini,memberi 1001 semangat yang jitu untuk ummi meneruskan kehidupan.

Minggu yang lepas ummi berpeluang mendengar motivasi dari ayah dan ibu Allahyarham Ammar sendiri, aalhamdulillah.

Alhamdulillah..ummi miliki kedua buku ini.Beri 1001 semangat baru setelah membaca buku ini.

Ummi dapatkan tandatangan ibu dan ayah Ammar dan juga bonda Nur


Allahu Akbar ..
menasihati orang lain untuk bersabar memang mudah, namun apabila diri kita sendiri pula yang dilanda ujian, ketika itulah iman kita teruji.

Setelah 2 minggu , ummi ke HSNZ mendaftarkan diri aka menyerah diri untuk di cuci rahim. Namun, lagi sekali ummi di beri mc selama 8 hari untuk berehat dan tunggu sehingga betul2 pulih dari batuk.

Dan hingga ke saat entri ini ditulis, sememangnya batuk memang melanda ummi sekeluarga.Mungkin  juga disebabkan jerebu yang melanda Malaysia sekarang.

Ummi akan dilakukan operasi ERPOC lagi seminggu memandangkan tiada darah yang keluar. Namun pesanan dr jika ada demam dan juga sakit badan, segera pergi ke hospital.

Seronok juga berada berehat di rumah.Sambil membuat kerja2 rumah.Allahu Akbar,rupanya penat sungguh menjadi surirumah tangga ni.Ummi ada berfikir untuk berhenti kerja...tapi.... persoalan yang tidak ada jawapannya.

Oklah, ummi sudah mengantuk.nanti next entry nak cerita tentang kenduri adik bongsu ummi.Juga next entry lagi,setelah ummi selamat dicuci rahimnya. Doakan yang terbaik.

" Fikir yang baik2
Cakap yang baik2
MINTA YANG BAIK2
Sangka yang baik2..
INSYA ALLAH..
Yang datang nanti
SEMUA YANG BAIK2..."




Monday, September 14, 2015

Ujian Allah

Bismillah walhamdulillah..

14.9.2015, hari Isnin, jam 11.00 pg, lokasi di teratak bahagia kami di Terengganu.

Last entry ummi bertarikh bln 4, maksudnya sudah hampir 5 bulan tidak diupdate.

Allahu Akbar..terlalu banyak perkara yang terjadi sejak akhir2 ini.

Ummi tak tahu hendak mulakan dari mana.

Hari ini ummi berada di rumah, dapat mc selama 5 hari dari hospital.

Kenapa dr bg mc kat ummi?

Hm..setiap kesakitan ada hikmahnya..Allah sahaja Yang Maha Mengetahui ..

Mari sini ummi ceritakan kronologi yang berlaku.

Ketika Hari Raya Puasa..ummi disengat tebuan..Allah..sakitnya hanya Allah Yang Tahu. Ummi pergi HSNZ, Kuantan, bahagian kecemasan.Dr tanya ummi..mengandung tak?sebab nak bagi ubat kena ada spesifikasinya. Urin dicek ..dan akhirnya ummi positif mengandung.

Maka...start daripada situlah bermulalah episod alahan yang teruk pada kandungan kali ini.Allah..
Tiada berselera makan, tiada semangat untuk bekerja, tiada semangat untuk  membersihkan rumah dan terlalu sensitif dengan bau2an, hatta bau abi!

Pada kandungan ummi berusia 12 minggu, ummi terjatuh di hadapan tangga..licin.Allah..pergi cek di klinik,namun alhamdulillah tiada apa2.

Pada kandungan ummi 13 minggu,iaitu hari semalam..ummi pergi ke klinik kesihatan untuk cek kandungan seperti biasa.Apabila dr scan..."Allahu Akbar,puan banyak bersabar. Kami tidak dapat melihat apa2 dalam kandungan puan ini.Saya akan refer kes puan kepada hospital"

Maka bermulalah episod air mata mencurah2 ketika ini.Bermacam2 perkara bermain di dalam fikiran ummi. Abi memberi sokongan yang sewajarnya kepada ummi.

Setelah berjumpa dr pakar sakit puan,ummi disahkan keguguran.Tiada degupan jantung pada janin. Ketika ditunjukkan janin yang telah tiada nyawa itu,menitis air mata ummi. Segalanya telah lengkap. kepala...tangan..kaki..semuanya telah ada....hanya degupan jantung sahaja yang tiada.Allah telah tarik nyawamu anakku di dalam kandungan lagi. Bersemadilah dengan aman wahai anak ummi.

Engkau dipinjamkan hanya 13 minggu berada di dalam rahim ummi.Sungguh indah sebenanrnya ketika ummi mengandungkanmu..walaupun alahan yang amat teruk..sehingga mc dan el sentiasa ummi lakukan.

Allah lebih menyayangi dirimu sayang.Moga Allah berikan kekuatan kepada ummi untuk menghadapi situasi ini.Moga kita berjumpa disyurga Allah nanti ye anak ummi.

Namun setelah berjumpa dr pakar, ummi dinasihatkan pulang berehat di rumah memandangkan ummi batuk dan proses mencuci rahim tidak dapat dilakukan. 2 minggu lg dr suruh datang semula,iaitu selepas raya haji.

So, ummi dinasihatkan berehat. Fikirkan perkara yang positif, insya Allah segalanya akan baik sahaja. Ok, nanti ummi sambung lagi di entry yang lain.

ini kegemaran ummi ketika ummi tidak berselera makan


Thursday, April 30, 2015

DI ULEK BEACH RESORT,DUNGUN

Bismillah Walhamdulillah...
 
Alhamdulillah..jam menunjukkan 12.00 thari,lokasi d Ulek Beach Resort Dungun, Terengganu.
 
Alhamdulillah...diizinkan dan diberi peluang untuk bersama keluarga,bersama anak2..syukur alhamdulillah...
 
Diingatkan setiap hari hampir 9 jam anak2 telah ditinggalkan ketika ibubapanya keluar bekerja.Apabila balik dari kerja, pelbagai urusan hendak disetelkan.Sampaikan satu tahap, kerja yang tidak sempat disiapkan di rumah, akan dibawa balik ke rumah pula.
 
Anak2 apabila melihat kelibat ibubapanya, mulalah menagih perhatian dengan cara masing2.Yang besar dengan caranya, yang kecil dengan caranya.
 
Namun, alhmdulillah sebagai ibubapa kenalah kita menghargai kehadiran mereka,mereka merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pikul.Anak aset dunia akhirat yang tak ternilai sebenarnya.
 
Allah..Allah..Allah..ummi merupakan ibu yang bekerjaya.Memang perlu pandai bahagi masa antara keluarga dan kerjaya. Di tempat kerja kita dikelilingi dengan kerja pejabat yang tak berkesudahan,balik ke rumah pula,pelbagai tugasan menunggu.
 
Namun, sebaik sampai di rumah, hilang semua bebanan kerja melihat anak2 yang tulus mulus.Dicium dan dipeluk mereka dengan penuh kasih sayang."Maafkan ummi kerana meninggalkan kamu semua untuk ummi bekerja,dan sekarang..ummi luangkan sepenuhnya masa untuk bersama kamu semua"..
 
Alhamdulillah...
29.4.2015- 30.4.2015-
kami bercuti di Dungun.
Syukur padaMU Allah.


 
 
 

A photo posted by ummu faqeh (@ummu_faqeh) on

A photo posted by ummu faqeh (@ummu_faqeh) on

A photo posted by ummu faqeh (@ummu_faqeh) on


Saturday, April 18, 2015

Berbahagialah di alam sana

Bismillah Walhamdulillah...

Allah..Allah..

Menerima perkhabaran anak kepada kawan kami yang dulu bersama tinggal di Jordan telah kembali ke rahmatullah..Usia anak tersebut sebaya dengan anak sulung ummi.

Allah..terasa dekatnya kematian melanda diri kita semua.Tidak kira usia ,jika ajalnya sudah Allah tetapkan..maka tidak akan bergnjak walau sedikit.

Allah..sungguh tabah si ibu dan bapa yang diuji dengan kehilangan nyawa anak mereka.Sungguh mereka akan berbahagia di akhirat kelak.

Tabahkan hati keluarga mereka Ya Allah.Moga kekuatan dan ketabahan yang ada pada ibubapa ini akan mengalir dan memberi 1001 inspirasi kepada kami yang hidup ini untuk mengambil iktibar di atas suratan yang Allah takdirkan.


Semoga kami juga akan tabah untuk menghadapi ujian di dalam kehidupan ini.

Di sini ummi C&P kata2 motivasi dari sang ibu yang bertarikh 16 April 2015 untuk tatapan bersama..

Assalamualaikum kawan2. 
Ikut doktor anak saya makin tenat skrg. 
Paling tenat kat icu skrg jika diikutkan. Dia x sedar skrg sbb intubate (oksigen masuk ikut mulut). 

Smlm bibirnya masih merah. Hari ni bibir dah biru. 

Ikut doktor dia masih bertahan dgn bantuan ubat & mesin. 

Saya masih cuba positif pujuk hati pandang masa depan. Jika Allah lebih sayangkannya saya redha. Sekurang2nya saya sudah tidak perlu memikirkan nasibnya di akhirat. Dah terlepas dari azab kubur, azab api neraka. W'pun x dpt makanan dan harapan yg diidamkan di dunia, insya-Allah Allah akan gantikan dengan nikmat yg lebih2 enak di sana nnt. 

Saya x mau langsung teringatkan mmori bersama dgnnya. Buat masa skrg x mau langsung fikirkan masa blkg. Sbb saya rasa lemah. 

Saya hanya fikir kenikmatan yg akan dia dapat jika Allah menjemputnya ke sana. Itulah kekuatan utk saya skrg nak hadapi ujian ini. 

Saya mohon kesempatan pada mlm jumaat ini utk kawan2 hadiahkan bacaan yasin utknya. Muhammad Atif b. Mohamad Marzuqi.


Allah..Allah..Allah..


Dan ummi membalasnya dengan nukilan ini..

🌸Ujian itu rahmat🌸


Ujian di hati umpama hujan di bumi.Melembutkan Dan menyuburkan.


🌸Melembutkan...Dari ujian ianya menyedarkan kita ini adalah hamba ALLAH. Yang perlu berlapang dada dan hati terbuka serta serahkan sepenuhnya kepada ALLAH Yang Maha Mengetahui menentukan yang terbaik buat kita. Berlemah lembutlah dengan ALLAH Yang Maha Lembut & hamba ALLAH yang lemah.


🌸Menyuburkan...Dari ujian ianya membuka hijab dosa kita dan membebaskan hati dan diri kita dari berharap pada makhluk. Dan membuka hati kita berharap hanya pada ALLAH. 

🍥Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. 
Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. 
Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa ALLAH mentakdirkan semua ini menimpa kita. 
Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin ALLAH mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya. 

Wallahualam.
https://flic.kr/p/dAVfmn


Urdun

* Di sini ada gambar arwah ketika berada di Jordan.Ketika kami ke Muzium Kanak2 di sana

Friday, February 27, 2015

NIKMAT

Bismillah Walhamdulillah.
Jam 9.00 mlm,lokasi di pejabat abi.
Faheem dan Jazwah sedang bermain.
Abi ada kuliah.
Jannah Faqeh Faseh ada kelas mengaji.

Alhamdulillah..banyak sungguh nikmat yang telah Kau limpahkan kepada kami sekeluarga.
Moga Kau berkati hidup kami ini,di dunia mahupun di akhirat kelak..amin...


L.A.N.G.K.A.W.I






Saturday, November 15, 2014

Faheem Jeluntungan aka Chicken Pox

BIsmillah Walhamdulillah

Allahu Akbar..pada saat kami diuji dengan sedikit kesakitan kepada anak, hanya Allah tempat pergantunganSemoga ada hikmahnya...

Faheem disahkan terkena campak pada 10.10.2014.Kami ke klinik  untuk ambil ubat.Setelah seminggu biji2 semakin membesar dan makin teruk jadinya.

Seterusnya kami bawa ke kllinik pakar kulit..Allahu Akbar bayaran mencecah RM 350.Pelbagai jenis ubat yang diberi. Mula2 perlu direndam Faheem dalam baldi ..setelah itu disabunkan dan setelah itu disapu ubat.Ubat pula ada dua jenis..satunya untuk jeluntungan dan satu lagi untuk kudis api.SEtelah itu makan ubat.

Alhamdulillah..setelah dua hari berkurangan dan semakin mengecut..

Doktor kata ada dua penyakit..satu jeluntungan yakni chicken pox lah..dia kecik2 jer...yang satu lagi kudis api..macam terkena api..dia akan gelembung dan seterusnya meletup..dan akan nampak isi ..dan memang sakit..

Kesian tengok Faheem..malam memang tak boleh nak tidur...

Alhamdulillah setelah sapu ubat dr tu..berkurangan dan siap ummi bawa Faheem ke Pulau Redang pulak...

Alhamdulillah...di setiap kesusahan pastinya ada kesenangan..
Bersyukur dengan pa yang kita ada..jangan dirisaukan apa yang kita tidak ada...




Sengih orang sakit.

Kesian dia..tidur memang tak lena..panas dan tak selesa..

Faheem dan Furqon ketika di Pulau Redang..Sian Faheem kepaka bercopeng2..
 
 
Alhamdulillah,dah sihat.Cuma ada kesan dia sikit.
 
 

CUTI2 KAMI

Bismillah Walhamdulillah..

Hari ini 15 November 2014, jam sekarang menunjukkan 11.33 pagi.Anak2 tengah menonton tv,abi ada kelas di jamiah.Malam semalam kami tidur di rumah baru kami.Alhamdulillah..dalam proses mengangkut barang.Sudah musim hujan sekarang.

Allahu Akbar..alhamdulillah akhirnya diberi keizinan dan peluang untuk menukilkan sesuatu di sini.

Ummi ingin catitkan tempat2 yang kami lawati sepanjang bulan2 yang lepas

Kami ke Min Zoo Kemaman pada 30.8.2014.Alhamdulillah seronok anak2 tengok pelbagai binatang di sini.




 
 
Pada 5 September 2014,kami ke kolam Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu.
Kami ambik pakej untuk hujung minggu..alhamdulillah anak2 seronok mandi kolam sambil makan.
 
 
 
Pada 2 Oktober 2014 yang lalu kami ke Nilai membeli langsir dan lampu.
 
Di kedai lampu..kat Nilai3
 
 
 
 
 
 
 
ok..itu sahaja catatan untuk kali ini..ummi nak masak dan kemas apa yang patut.
 
 

Thursday, August 21, 2014

Potret Jazwah


Bismillah Walhamdulillah..

Ummi letakkan di sini gambar2 Jazwah bersama adik beradiknya...

Hari pertama Jazwah di dunia ini..Allahu Akbar..

Muka masih bengkak..rambut kat depan memang kurang...cumil...

Ini ketika ummi masih dalam berpantang..ummi masih berstokin tebal.
.Masa ni Kak Jannah dan adik beradik yang lain amat teruja mendapat ahli keluarga baru dalam keluarga kami.


Ini masa umu 4  bulan. Pipi tengah tembam lagi masa ni.

Jari yang mungil...

Betullah orang tua kata..baby mula2 lahir tapak kaki sebesar 2jari sahaja..Allah..nak membesarkan anak2 sehingga dewasa pelbagai cabaran onak duri perlu dihadapi.



Jazwah suka hisap jari sebelum melelapkan mata.Mula2 satu jari..sekarang ada sebelah lagi diletakkan di pipi.

Abi dan Jazwah di tepi pantai.

Kak Jannah dan Jazwah lagi..

Jazwah di pejabat ummi..


 

Tuesday, August 19, 2014

KENDURI

Bismillah Walhamdulillah

Alhamdulillah..diberi kekuatan dan keizinan dariNya..
Jam sekarang 9mlm.Anak2 baru sudah mengaji..
Mereka sudah bersiap sedia untuk tidur..

Faqeh dan Faseh tidur dalam bilik stor.
Minggu lepas kami bersihkan stor tersebut bersama.
Alhamdulillah.

Ummi nak bercerita tentang aktiviti kami pada minggu lepas.
 
Kami ke kelantan untuk kenduri ammu Rasydan.Ammu ni duduk sebangunan dengan kami ketika berada di Jordan..
 
 
 
Pada minggu lepas juga kami berjumpa dengan ammu salman...
Ammu Salman amat baik dengan anak2 ummi.
Alhamdulillah...ammu balik untuk kenduri kawin kakaknya..dan hendak dijadikan cerita..rupanya kami ada pertalian kekeluargaan .Allahu Akbar..kenal saudara ketika berada di Jordan.
 
 
 



Alhamdulillah..berjumpa dengan mereka..terubat rindu bumi Urdun..Allah..Allah..Allah..

Friday, August 15, 2014

MENGIMBAU SILAM

Bismillah Walhamdulillah...

Allah..Allah...Allah...

Bersyukurnya ummi kerana diberi peluang masa untuk menukilkan sesuatu di sini.Sungguh rindukan bidang ini untuk menukilkan sesuatu untuk tatapan masa hadapan.

Berpeluh2 sebenarnya ummi nak ingatkan username dan pasword blog ni.Maklumlah dah lama tak sign ini blog ini..

Allahu Akbar, sesudah berbulan tidak menjenguk blog ini..terasa kerinduan membuak2..ditambah apabila blog diskroll ke bawah..melihat foto2 kenangan di Jordan dan juga di Mesir..sambil mendengar halwa telinga menyegarkan dari nasidfm....Allah..sungguh memberi satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan bahasa dan perkataan.

Teringat mula2 ummi berkecimpung dalam bidang blog ini..baru mula kerja pada tahun 2007 kalu tak silap.Dan pada tahun 2009 ummi bercuti tanpa gaji ..duduk di rumah..di Jordan dapat talian internet..hampir setiap hari ummi postkan sesuatu di blog lama ummi.Blog ini.Hehe..kadang rasa macam kelakar pulak..yerlah mula2 dapat talian internet setiap hari..mesti teruja nak tengok sesuatu menggunakan laptop.

Dan sekarang..Allah..banyak sungguh perubahan ..setiap masa dan ketika boleh melayari internet menggunakan telefon pintar.Namun sekarang ummi lebih selesa menggunakan laptop abi..

Ha...nak cerita tentang abi.Dulu masa di Jordan..pastinya cerita abi selalu dinukilkan..yerlah student yang tengah berjuang habis2an untuk menyiapkan tesis PhD.Allah..air mata peluh ..keringat..darah..semuanya keluarkan..



Dan sekarang proses untuk belajar masih belum habis..malah masih berterusan sehingga ke saat ini.Hattakan sekarang ummi masih menemani abi untuk mengulangkaji.

Jam sekarangmenunjukkan 12.36 pagi.Anak2 semua dah tidur.Jazwah bergolek2 sambil hisap ibu jari dan sesekali menggaru2 badannya.Hm..Jazwah allergic kulit dia.Silap ummi juga..minggu lepas ummi balik kampung,teringin sangat nak makan sup kerang.Huish..seperiuk ummi belasah kerang.dan sekarang tanggunglah akibatnya..kesian kat Jazwahkan....

Cerita mengenai Jazwah..alhamdulillah sekarang sudah mencecah umur 8 bulan.Dah pandai mengheret dada ke hadapan.Duduk dalam walker..memang laju dah dia berjalan.Makan bubur dan masih menyusu badan..alhamdulillah.

Saturday, April 19, 2014

Jazwah 5 bulan.

 
 
 


RINDU

Bismillah walhamdulillah. ..

Alhamdulillah diberi kelapangan untuk mencoretkan sesuatu  di sini.
Lama sudah ummi meninggalkan lapangan ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. .

Allahu Akbar. ..
Sekejap saja masa berlalu..
Sungguh kerinduan kepada bumi anbiya itu masih kekal utuh di dalam sanubari ini.

Alhamdulillah ummi masih lagi berhubung dengan ummu qusoi..
Hampir setiap hari pasti adanya tazkirah peringatan drpd beliau.

Apabila memandang dan merenung potret kenangan di sana...
Pastinya ada air hangat yang akan mengalir..

Allah..Allah. .Allah..
Ketika diri dilanda ujian...semangat untuk bangkit menghadapi ujian datang dari rasa keberadaan di bumi itu..

Sungguhku rindui baunya. .wanginya..harumannya..
Pemandangannya...segala2 nya di bumi itu kurindui..

Allah. .Allah. .Allah. ..
Bantulah hambaMu ini dalam menghadapi liku2 kehidupan yanh sungguh mencabar ini...
Berkatilah hidup kami..permudahkanlah urusan kami dunia akhirat. .amin.




About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com