Bismillah Walhamdulillah.
sambung yg sebelum ni....InshaaAllah. Moga Allah permudahkan!
Ini kami dalam perjalanan ke Kuantan.
MASUK WAD HTAA, KUANTAN.
Akhirnya abi dimasukkan ke wad setelah berlaku episod fitting yang berulang kali. Mak ayu yang bawa kali ini ke wad. Tengok tarikd discaj note, admit 26.7.2020. Discaj esoknya. 2pagi rasanya baru naik ke wad biasa. Sampai je di hospital memang banyak pertanyaan oleh dr2 di sana.Menceritakan keseluruhan proses rawatan abi. Mujurlah Mak Ayu staff nurse di sini ( kena ingat semula detik2 ni mak ayu, recall semula..nnt umi edit semula )
RAYA HAJI
31 Julai 2020 raya haji. Kami beraya sekadarnya di Chendering. Abi teringin makan sup tulang yang dimasak oleh Kak Lah. Alhamdulillah abi hirup sup tersebut. Juga teringin makan lempeng nyior. Ditunaikan oleh adik beradik abi. Alhamdulillah.
Abi kekurangan air dalam badan, mak ayu masukkan air. Urat di lengan abi memang payah dah nak di cari. Akhirnya ambil urat di kaki abi. Alhamdulillah.
LAGI SEKALI MASUK WAD.
Secara tepatnya tarikh. 2.8.2020 mak Ayu call ambulans setelah habis ikhtiar yang kami lakukan. Ini merupakan kali kedua abi masuk wad di HTAA. Ambulans datang ambil memandangkan keadaan abi tidak membenarkan kami membawa menggunakan kenderaan biasa. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Selama 3 hari berkampung di HTAA kali ini.
Sahabat2 abi dari Terengganu, Ust Syed, Prof Nasir dan Hj Ismail ada datang ziarah di sini.
Alhamdulillah, Abi discaj pada 5.8.2020. Tarikh utk ke HUSM utk radioterapi juga sudah ada iaitu pada 9.8.2020. Namun dengan keadaan fizikal abi yang tidak stabil, rasanya kami berehat dulu di Terengganu sebelum ke HUSM.
CEK GIGI DI IIUM MEDICAL CENTRE
6.8.2020 Buat rawatan di IIUM Medical Centre. Alhamdulillah Allah mudahkan.
Sebelum ni kami ada buat rawatan di klinik Dr Imran.
BALIK TERENGGANU.
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami balik ke Terengganu.Kami tidak singgah ke mana2. terus sampai di rumah. Alhamdulillah.
Mengikut perancangannya kami akan bertolak ke HUSM dalam masa yang terdekat. Namun atas nasihat sahabat2 abi, mereka minta tangguh dulu memndangkan keadaan fizikla abi tidak membenarkan untuk rawatan radioterapi.
Segala persiapan untuk ke sana telah umi buat. Tempah rumah sewa di sana.
Umi akan bawa anak2 juga ke sana.
PASANG WAYAR SUSU.
Sahabat abi, Prof Nasir dan isteri dan juga Dr pakar dari HSNZ datang ke rumah untuk pasang wayar susu ( apa hentah dalam bahasa formalnya-nnt carik!) . Alhmdulillah Allah permudahkan.
Mereka ambil keputusan atas nasihat mereka2 yang pakar, agar tunggu keadaan abi stabil, baru pergi ke HUSM. Hampir setiap hari abi bertanyakan bila akan ke HUSM untuk rawatan radioterapi. Allah2..luluh hati umi setiap kali pertanyaan diajukan kepada umi.
Bagaimanalah bahasa terbaik utk umi garapkan bagi menenangkan buah hati kesayangan umi ini.. Allah2..memang semangatnya untuk terus berjuang tidakkan pernah padam. Insha Allah terus berfikiran positif beritahu abi. Tidak pernah putus asa, yg ada TERUS ASA! Abi memang KUAT!
2 MINGGU ZIARAH BERTALI ARUS.
Allah2.. sahabat2 abi datang ziarah memang bertali arus. Tidak putus2. Semua ingin bersua muka dengan abi. walau abi sudah tidak boleh bercakap. Hanya mampu bertemu mata.
Mungkinkah kali terakhir bagi mereka?
Ziarah yang bertali arus tidak kira siang dan malam umi dan keluarga terima dengan tenang dan syukur. Rezeki mereka yang datang ziarah beri kekuatan dan ketabahan pada umi sekeluarga. Alhamdulillah ma dan abah sentiasa berada di sisi umi menemani umi sekeluarga. Memang bergilir2 umi dan ma abah menjaga dan melayan tetamu2 yang hadir.
1001 perasaan berbaur tatkala bercerita tentang segala2nya mengenai abi. Namun umi cuba kuatkan hati, tidak pernah menitiskan airmata di hadapan orang mahupun di depan abi sendiri. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang bermain dalam pemikiran umi. Cuba untuk terlihat tabah, berpura2 kuat dan positif abi akan sembuh. Namun tidak menafikan akan keuzuran dan masa yang singkat abi di dunia ini.
Berpura2 terlihat tabah dan kuat adalah satu perasaan yang amat2 menyiksakan. Hingga saat entri ini ditulis, air mata masih mengalir laju, selaju keyboard ini ditekan. baru sekarang umi boleh menitiskan air mata dengan penuh kesyukuran atas apa yang Allah rezekikan dan Allah hadirkan ujian utk umi sekeluarga.
No comments:
Post a Comment