Monday, September 14, 2015

Ujian Allah

Bismillah walhamdulillah..

14.9.2015, hari Isnin, jam 11.00 pg, lokasi di teratak bahagia kami di Terengganu.

Last entry ummi bertarikh bln 4, maksudnya sudah hampir 5 bulan tidak diupdate.

Allahu Akbar..terlalu banyak perkara yang terjadi sejak akhir2 ini.

Ummi tak tahu hendak mulakan dari mana.

Hari ini ummi berada di rumah, dapat mc selama 5 hari dari hospital.

Kenapa dr bg mc kat ummi?

Hm..setiap kesakitan ada hikmahnya..Allah sahaja Yang Maha Mengetahui ..

Mari sini ummi ceritakan kronologi yang berlaku.

Ketika Hari Raya Puasa..ummi disengat tebuan..Allah..sakitnya hanya Allah Yang Tahu. Ummi pergi HSNZ, Kuantan, bahagian kecemasan.Dr tanya ummi..mengandung tak?sebab nak bagi ubat kena ada spesifikasinya. Urin dicek ..dan akhirnya ummi positif mengandung.

Maka...start daripada situlah bermulalah episod alahan yang teruk pada kandungan kali ini.Allah..
Tiada berselera makan, tiada semangat untuk bekerja, tiada semangat untuk  membersihkan rumah dan terlalu sensitif dengan bau2an, hatta bau abi!

Pada kandungan ummi berusia 12 minggu, ummi terjatuh di hadapan tangga..licin.Allah..pergi cek di klinik,namun alhamdulillah tiada apa2.

Pada kandungan ummi 13 minggu,iaitu hari semalam..ummi pergi ke klinik kesihatan untuk cek kandungan seperti biasa.Apabila dr scan..."Allahu Akbar,puan banyak bersabar. Kami tidak dapat melihat apa2 dalam kandungan puan ini.Saya akan refer kes puan kepada hospital"

Maka bermulalah episod air mata mencurah2 ketika ini.Bermacam2 perkara bermain di dalam fikiran ummi. Abi memberi sokongan yang sewajarnya kepada ummi.

Setelah berjumpa dr pakar sakit puan,ummi disahkan keguguran.Tiada degupan jantung pada janin. Ketika ditunjukkan janin yang telah tiada nyawa itu,menitis air mata ummi. Segalanya telah lengkap. kepala...tangan..kaki..semuanya telah ada....hanya degupan jantung sahaja yang tiada.Allah telah tarik nyawamu anakku di dalam kandungan lagi. Bersemadilah dengan aman wahai anak ummi.

Engkau dipinjamkan hanya 13 minggu berada di dalam rahim ummi.Sungguh indah sebenanrnya ketika ummi mengandungkanmu..walaupun alahan yang amat teruk..sehingga mc dan el sentiasa ummi lakukan.

Allah lebih menyayangi dirimu sayang.Moga Allah berikan kekuatan kepada ummi untuk menghadapi situasi ini.Moga kita berjumpa disyurga Allah nanti ye anak ummi.

Namun setelah berjumpa dr pakar, ummi dinasihatkan pulang berehat di rumah memandangkan ummi batuk dan proses mencuci rahim tidak dapat dilakukan. 2 minggu lg dr suruh datang semula,iaitu selepas raya haji.

So, ummi dinasihatkan berehat. Fikirkan perkara yang positif, insya Allah segalanya akan baik sahaja. Ok, nanti ummi sambung lagi di entry yang lain.

ini kegemaran ummi ketika ummi tidak berselera makan


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com