Saturday, April 18, 2015

Berbahagialah di alam sana

Bismillah Walhamdulillah...

Allah..Allah..

Menerima perkhabaran anak kepada kawan kami yang dulu bersama tinggal di Jordan telah kembali ke rahmatullah..Usia anak tersebut sebaya dengan anak sulung ummi.

Allah..terasa dekatnya kematian melanda diri kita semua.Tidak kira usia ,jika ajalnya sudah Allah tetapkan..maka tidak akan bergnjak walau sedikit.

Allah..sungguh tabah si ibu dan bapa yang diuji dengan kehilangan nyawa anak mereka.Sungguh mereka akan berbahagia di akhirat kelak.

Tabahkan hati keluarga mereka Ya Allah.Moga kekuatan dan ketabahan yang ada pada ibubapa ini akan mengalir dan memberi 1001 inspirasi kepada kami yang hidup ini untuk mengambil iktibar di atas suratan yang Allah takdirkan.


Semoga kami juga akan tabah untuk menghadapi ujian di dalam kehidupan ini.

Di sini ummi C&P kata2 motivasi dari sang ibu yang bertarikh 16 April 2015 untuk tatapan bersama..

Assalamualaikum kawan2. 
Ikut doktor anak saya makin tenat skrg. 
Paling tenat kat icu skrg jika diikutkan. Dia x sedar skrg sbb intubate (oksigen masuk ikut mulut). 

Smlm bibirnya masih merah. Hari ni bibir dah biru. 

Ikut doktor dia masih bertahan dgn bantuan ubat & mesin. 

Saya masih cuba positif pujuk hati pandang masa depan. Jika Allah lebih sayangkannya saya redha. Sekurang2nya saya sudah tidak perlu memikirkan nasibnya di akhirat. Dah terlepas dari azab kubur, azab api neraka. W'pun x dpt makanan dan harapan yg diidamkan di dunia, insya-Allah Allah akan gantikan dengan nikmat yg lebih2 enak di sana nnt. 

Saya x mau langsung teringatkan mmori bersama dgnnya. Buat masa skrg x mau langsung fikirkan masa blkg. Sbb saya rasa lemah. 

Saya hanya fikir kenikmatan yg akan dia dapat jika Allah menjemputnya ke sana. Itulah kekuatan utk saya skrg nak hadapi ujian ini. 

Saya mohon kesempatan pada mlm jumaat ini utk kawan2 hadiahkan bacaan yasin utknya. Muhammad Atif b. Mohamad Marzuqi.


Allah..Allah..Allah..


Dan ummi membalasnya dengan nukilan ini..

🌸Ujian itu rahmat🌸


Ujian di hati umpama hujan di bumi.Melembutkan Dan menyuburkan.


🌸Melembutkan...Dari ujian ianya menyedarkan kita ini adalah hamba ALLAH. Yang perlu berlapang dada dan hati terbuka serta serahkan sepenuhnya kepada ALLAH Yang Maha Mengetahui menentukan yang terbaik buat kita. Berlemah lembutlah dengan ALLAH Yang Maha Lembut & hamba ALLAH yang lemah.


🌸Menyuburkan...Dari ujian ianya membuka hijab dosa kita dan membebaskan hati dan diri kita dari berharap pada makhluk. Dan membuka hati kita berharap hanya pada ALLAH. 

🍥Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. 
Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. 
Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa ALLAH mentakdirkan semua ini menimpa kita. 
Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin ALLAH mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya. 

Wallahualam.
https://flic.kr/p/dAVfmn


Urdun

* Di sini ada gambar arwah ketika berada di Jordan.Ketika kami ke Muzium Kanak2 di sana

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com