Sunday, October 17, 2021

NUKILAN PAGI UMI.

 Bismillah Walhamdulillah.


Ok nak sambung Diari rawatan abi.

Pukul 11.30 mlm..

Macam dah ngantuk ( hakikatnya sekarang pukul 7.37 pagi dah , 

bila masa hentah umi melompat atas katil. hehe )

Bangun pg td, bunyi katak bersahut2an. Meriah sungguh. Mentang2 air longkang rumah kami tersumbat, berpesta korang ye! Haish nak kena carik jalan ni camana nak clearkan longkang ni, Rumah jiran sebelah elok je kering..rumah kami penuh air. Balik keje nnt umi fikirkan.

Ok tadi solat subuh berjemaah. Lepas subuh baca ma'thurat, 2 org perajurit terkorban. Syahid di medan perang. Pilot dikejut time nak baca doa rabitah. Selepas habis baca doa, kembali syahid. Haishlah anak jantan umi ni! Baca Surah Ar Rohman dan Al Waqiah, anak dara je yg ada.

Si Jazlah dari semalam dah asyik menangis je. 

'Kurang kasih sayang ni ' Kak Jannah kabo. 

Dengan Abg Faseh memang berlaga angin sokmo.

Umi suruh dia ngaji Quran satu ms. Nak tak nak je bukak mulut. Haish..rasa nak bukok luas2 mulut tuh! Drama air mata sungguh pg ni Hurul Jazlah. Satu ms makan masa 15 minit. Lepas maghrib semalam tak sempat semak, umi yg syahid di medan perang dule.Hehe.

Pagi semalam dapat bervc dgn abg Faqeh. Alhamdulillah, lepas kerinduan dapat berborak dengan hero umi sorang ni. Semoga baik2 sahaja di sana. Umi sentiasa doakan yang terbaik utk Faqeh insha Allah.

Kena tukar tajuk dah entri ni..tadi buat tajuk diari rawatan abi.

Oklah umi undur diri..

Nak siram pokok2

Bagi ikan makan

G pasar cari barang basah

Then pecut g ofis

Hari ni rehearsel lagi mtg

Selagi xhabis mtg dgn HQ dan MB ni, selagi tu xaman!

K, Bai..

Status Kak Jannah

Nostalgia indah


Nukilan Jazlah. 
Boleh buat ebook juga pesengam Jazlah nim.
Wahhi menulis.
Membaca nukilan2 Jazlah..meruntun kalbu sebenarnya. 
Maafkan umi sayang!



Baik2..ada masa kita g ziarah kubur abi ye.
Kerinduan seorang anak.. Lagi rindu seorang isteri..


Anak Jantan umi, hero umi!
Semoga baik2 sahaja di sana. 
Umi sentisa sayang dan doakan yang terbaik utk Muhammad Faqehuddin.


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com