Thursday, October 21, 2021

1001 CERITA SEKEPING GAMBAR

Bismillah Walhamdulillah.

Malam ni edisi menepek gambar. Banyak dah tangguh nak letak gambar. Soo malam ni tepek semua gambar yg ada dalam simpanan. Nanti nk compile buat ebook senang.

                                                            

Kami suka lepak tepi pantai. Sambil tgk sunrise. Best moment ni.

Gambar ni menggamit 1001 perasaan! Kedua2nya ceria!


Ini abi mengidam nak makan nasi arab. 
Sahabat abi, Ust Syed dan Prof Nasir bawa abi makan ke kedai masa ni. Alhamdulillah abi dikelilingi sahabat2 yang baik. Status hero umi ni. Dia jg yg snap gambar ni. Abi siap bawa bantal kecil lagi. Buat alas duduk. Tak selesa apabila duduk. Allah tarik slow2 nikmat kesihatan pada abi. Allah2.

Ceria sgt2 abi masa ni. Sahabat2 abi ini yang banyak membantu di kala susah dan senang abi. 
Siap mereka ada group wasap lagi. "Ukhuwah Fillah' nama group mereka bertiga. 
Bila abi rasa down abi akan bg mesej dalam group ini mohon kata2 smgt dan doa dari mereka. Allah2. Memandang wasap group2 abi terasa bagaikan abi masih ada di dunia ini.

 Alhamdulillah selera sgt makan walau hanya sikit yang abi jamah. Sekurangnya abi dapat apa yg diidamkan sebelum Allah tarik nikmat selera makan abi. Allah2.


Allah2..status Kak Jannah. Memang abi dah tak larat mana untuk duduk. 
Abi lebih banyak berbaring masa ni. Abi memang rajin mengaji.


Nampak tak umi ss dr henset abi nim. Hehehe..Group 'Quran Kena Ngaji Sokmo'.
Umi kena tegur dek abi sebab lama xupdate. Sentap rasa. Sampai ke sekarang umi rasakan sentap jika xmengaji dalam masa sehari. Allah2 besar sungguh tarbiyah dariMu Ya Allah. Semoga pahala berjalan terus kepada abi. Allahumma ameeen!



Ni edisi makcik bawang. Membawang di Wad 3 Selatan. Makcik tudung hitam tu suaminya Pok Mat, yang umi cerita sblm ni sihat segar bugar sampai kena marah dgn misi sebab jalan sokmo. Dapat perkhabaran bln 4 hari tu, Pok Mat lebih disayangi Allah. Makcik yg tudung coklat tu, suaminya yang meninggal pada hari raya. Pelbagai kisah suka duka yg umi dapat masa berada di wad ini.

Ini bantal dan toto hasil pinjaman dari mak mertua Chu Eda. Masa kali pertama datang hari tu.

 Ni kali kedua dan seterusnya. Umi dah bawa toto sendiri. inilah tempat tidur umi menemani abi di wad 3 Selatan, HUSM.

Trauma sokmo nak mencarik line ni. ( apalah istilah kedoktoran ni )

Ubat2 an berderret2 nak kena makan.

Abi kena masuk oksigen masa ni.
 ( nak kena carik sebab dan bahasa dalam istilah kedoktoran masa nak update nak tulis dlm ebook nnt )

Selera minum kopi. Umi xberapa suka kopi. Tapi hampir setiap hari umi buatkan kopi utk abi.

Tekanan darah diperiksa. Biasanya pada permulaan kena masuk darah dulu.

Alhamdulillah..sentiasa bersemangat utk teruskan rawatan.

Di wad sini beraircond memang sejuk.

Abi dah kurang makan makanan keras. Nasi impit ni boleh makan sikit2.
Abi makan limpa goreng yang diberi oleh Prof Nasir. Untuk tambah darah abi.

Penampakan bengkak di leher. Tertidur masa nak makan ubat. hehe

Buku ini umi baca masa duk kat wad. Semoga umi mampu dan layak menjadi bidadari syurga abi dunia dan akhirat. Allahumma ameen! Layakkah umi ni? Persoalan yg senantiasa bermain di fikiran, sambil 1001 perasaan berbaur2 menyelinap masuk terus ke kalbu. Bantu kami Ya Allah!

Memandang gambar ini  sayu terasa di sudut hati.

Masih memerlukan oksigen.

Ini rezeki pada hari raya. Ketupat Kelantan manis!

Lontong pada hari raya. Best!

Allah2 gerun memandang keranda ini. Kematian di pagi raya.

Sayu akan terasa kesemua penghuni wad ini jika ada kematian.
Matikan kami semua dalam husnul khotima. Ameen!



Abi akan bersolat atas katil. Alhamdulillah.


Muka yg amat2 ceria jika sudah dibenarkan discaj. Alhamdulillah!

Ajom balik!

Ni kami ke HUSM sekali dgn ma abah teman utk buat topeng utk Radioterapi.

Alhamdulillah selesai buat topeng.

Berhenti makan. Cantik pemandangan  di sini.

Ohh. ada tarikh kat situ. Kehadiran PKM 10.6.2020.
Umi mengajar fasilitator sambilan di UniSZA. Alhamdulillah berkesempatan mengajar secara online walau berada di HUSM. Abi tidur, umi buat kelas dgn student. Alhamdulillah, umi minta juga student umi doakan kemudahan urusan utk umi.

Misi2 di sini bagus2. Lembut2 belaka. Mugo ore Kelate gak!

Umi dibenarkan oleh bos utk WFH - Work From Home @ Work From Hospital. Hehe
Abi tidur, umi buat laporan.

sambil2 buat keje ofis, sambil layan cerita Lelaki Kiriman Tuhan. yay!


Urat2 dah timbul dan mati. Warna hitam tu saluran darah, dan laluan masuk ubat chemo.

Muka amat2 ceria bila dah nak balik. Hanya 3 brg, memudahkan urusan umi.



VC pada hari raya.

Abi yg snap gambar ni.  Masa ni baru sampai di wad.Umi keletihan sgt2 drive kereta. 
Memang xsedar nappe2 doh. Atas kerusi pun jadik tidur! Tidur mati abi kabbo. Hehehe.


Abi duk katil depan masa ni. tgk gambar ni tarikhnya 3.7.2020

3.7.2020 - Yah dan Ayu ada sampai di HUSM. Alhamdulillah

Muka happy dapat balik.

11.7.2020 - ni abah - ayah mertua Chu Eda. Kereta kami tinggal kat rumah mereka. Time balik , abah datang ambik kami di HUSM. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami.

Allah2..layanan terhadap kami memang 1st class. makang durian. Moga Allah membalas segala kebaikan ma dan abah Man ni. Ameen!

yg ni otw balik ke Terengganu. Umi berhenti kat stesen minyak. Memang xleh nak drive dah masa ni. Makang durian banyak sgt nim kot. Memang faverek umi..hehe.

 Apa yg bermain dalam pemikiran abi juga umi tak tahu. Abi snap gambar ni dan letak dalam group kami anak2 . Abi brth dalam tu, kesian kat umi. itu je yg umi ingat.

Best dapat makan aiskrim. Hilang ngantuk!

Selera abi makan. Kedai roti canai gong kapas memang best!

Selera maka di Kedai Ikhwan. Best!


Umi still kena kerja. VC dengan abi tengahari, tanyakan apa makanan abi nak makan. Umi akan g cari.

16.7. 2020 - abi teringin sgt nak makan sup keting kaki lembu. Ke Kuantan kami balik semata2 menunaikan hasrat permintaan abi. Seminggu sebelum itu, Prof Nasir dah masakkan utk abi sup keting ni, Abi makan dengan penuh selera. Alhamdulillah!

Mok VC dgn umi tanyakan keadaan abi.


Tepek kenangan kat sini.

Sambil buat keje ofis.



Oklah dah hampir pukul 12 mlm. hampir 4 jam umi menggodek2 gambar. Puas hati dapat tepek semua gmbr kat sini. biar berterabur pun. nanti umi susun elok2 utk buat ebook.

Jazlah dan Jumaanah dah selamat beradu.
Umi pun dah nampak bintang2 ni.
Mohon permisi dulu!
Bai!

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com