Bismillah Walhamdulillah..
Jam menunjukkan 11.00 mlm, Isnin, 9 November 2020.
Alhmdulillah Allah izinkan umi untuk menukilkan sesuatu di sini.
Allahu Akbar.. Bersyukur di atas kurniaanMu untuk hamba2Mu di dunia ini.
Ke hadapan abi tersayang, umi nukilkan warkah ini untuk khabarkan mengenai suasana kami di sini. Umi harap jika ada pembaca umi yang dijemput Ilahi terlebih dahulu...sampaikan pada abi tentang perkhabaran kami di sini.
PKPB BERMULA
Abi... Start hari ini PKPB bermula. Semua sekolah ditutup. Makanya semua anak2 ada di rumah. Alhamdulillah Allah hadirkan peneman umi di rumah.
Mengimbau semalam, Kak Jannah balik bersama kawan dia. Manakala hero umi 2 orang tu diambil oleh Mak Adah dan Ayah Chik. Alhmdulillah Allah mudahkan urusan.
Abi sayang!
Gembira anak yang tiga orang di rumah berjumpa dengan kakak dan abang dia. Alhamdulillah dapat berkumpul sekali lagi seperti sebelum ini. Semasa abi ada dulu.
Faqeh jadi imam dan tukang buang sampah
Faseh bilal dan tukang baca tazkirah
Kak Jannah tukang kemas rumah.
Semalam juga kami ambil gambar beramai2.. terasa kosong tiada abi bersama.
Namun hidup kena KUAT!!
CERITA JANNAH
Abi.. anak dara abi ni dah makin besar. Dia sekarang tengah mengulang hafazan 30 juzuk Quran setiap hari selama 40 hari dan berpuasa.
Hari ni start dia mengulang hafazan. Memang tak keluar bilik langsung anak dara abi ni. Umi sesekali jenguk dia di bilik..duk berteleku depan Quran sambil ada 3 botol air di hadapan untuk dijadikan air 30juzuk. Dia berpuasa hari ni abi.
Maghrib baru keluar buka puasa sama2. Alhamdulillah syukur anak abi ni mengulang hafazan 30 juzuk setiap hari selama 40 hari. Hari ini merupakan hari ke20 dia mengulang. Pada mulanya apabila dapat tahu PKPB ni..risau juga anak dara kita ni abi. Risau tak boleh nak habiskan 30 juzuk. Tapi alhmdulillah hari ini dia buktikan mampu habiskan 30 juzuk walau agak lewat berbanding di madrasah. Hari ini tamat sebelum isyak. Alhmdulilah, tahniah Kak Jannah. ^___^
Mesti abi bangga dengan Kak Jannah sekarangkan? Semoga pahala bacaan Kak Jannah sampai pahalanya kepada abi. Semoga abi bahagia dengan hadiah2 dari kami semua.
Allahu Akbar, alhmdulillah syukur pada Allah..semuanya dengan izin Allah belaka. Allahu.. 30 juzuk 6666 ayat dalam masa sehari. Umi nak baca sejuzuk sehari Quran pun merangkak2. Walau hakikatnya dapat baca semuka surat amat2 bersyukur. Allahu kerdilnya hambaMu ini.
Jadikan abi, bila Kak Jannah sibuk mengulang hafazan, maka semua urusan dapur umi yang uruskan. Alhamdulillah Allah mudahkan anak2 hero yang lain membantu. Kak Jannah pun terkejutkan tengok dapur kemas dan teratur..umi siap mop lagi dapur malam ni. Maraikan usaha Kak Jannah. Beri keselesaan kepada Kak Jannah. Bagi Kak Jannah rehat dan tumpu hafazan Kak Jannah.
Ok lah abi..sekian mengenai cerita Kak Jannah..nanti umi sambung lg tentang aktiviti bisnes dia..
CERITA FAQEH
Ok abi yang dirindui sokmo..
Ini cerita tentang hero abi. Faqeh dah makin besar dan kuat sekarang. Dah jadi anak teruna. Masih lagi bersin2 waktu pagi. Hari ni sepanjang hari duk bersin sokmo. Kesian dia.
Abi. anak abi yang sorang ni dah makin sedap dan merdu bacannya ketika menjadi imam. Mendayu2 suaranya. Sejuk perut umi. Jam2 abi ada yang dia berkenan memang dia pakai. Kena kecikkan sikit talinya.Jubah2 abi dia xpadan lagi.
Abi sayang..Faqeh dah hafaz 28 juzuk sekarang. Tinggal lagi 2 juzuk untuk dia khatam seterusnya ambil sijil syahadah, Insha Allah. Alhamdulillah setiap hari bersekolah Ustaz Amir akan video call dengan semua pelajar dia untuk sesi hafazan. Alhamdulillah Allah mudahkan. Faqeh guna henset dia dan bervc di dalam bilik atas katil lagi.
Abi.. sekarang ni tengah buat penambahbaikan penambahcomelan laman rumah kita sebenanrnya. Untuk keselesaan anak2 sebenarnya. Jadi petang tadi Faqeh tolong umi tanam serba sedikit pokok2 bunga di laman rumah, sambil adik2 yang lain main roller blade dan main basikal.
Lewat petang Faqeh g buang sampah. Dan seterusnya pergi solat Maghrib berjemaah di surau. Alhmdulillah Ya Allah.
Abi.. jika Faqeh pergi solat subuh di surau, pasti umi iring dia ke pintu dan menyoroti sehingga dia hilang dari pandangan. Dulu pun masa abi sihat, umi buat bergitu juga kepada abi. Sekarang anak abi pula. Semoga dia mewarisi kebaikan2 yang ada pada abi. amin Ya Allah.
Oklah abi..tamatlah cerita tentang Faqeh. Umi mohon undur diri dulu ye abi.
Perlu tidur awal. Kejut anak2 bangun sebelum subuh. Kena samakan rutin seperti di maahad masing2.
Nanti umi sambung lagi cerita lagi 4 orang anak kita. Faseh, Faheem, Jazlah dan Jumaanah.
Faseh - bilal dan tukang baca tazkirah
Faheem - anak Jordan abi ni xgosok gigi sbb berus gigi xde.
Jazlah - anak abi yang manja dan suka menulis.
Jumaanah - si bongsu abi ni. Duk gentel kain pelikat abi sokmo!
9 November 2020
23 Rabiul Awal 1442
hari ni hari ke 82 abi bahagia di alam barzakh
Dunia ni sementara sahaja
Akhirat tempat yang kekal abadi.
Semoga syurga Allah menjadi tempat pertemuan abadi...
Sungguh rindu ini sentiasa mekar dan mewangi...
Harum semerbak kasturi untuk abi tersayang!
Bayty Jannaty
Chonang Jaya, Terengganu
Hari ni hujan pagi.
Sekarangpun rasa sejuk.
Umi pakai jaket yang abi pakai sokmo sekarang ni.
Best pakai jaket ni. ^___^
No comments:
Post a Comment