Wednesday, November 11, 2020

WARKAH UNTUK ABI (SIRI 2)

 


Warkah Untuk Abi  Siri 1- ada di sini.

Bismillah Walhamdulillah

Kehadapan abi sayang..

Jam sekarang 10.30 mlm, 11 November 2020. - esok harijadi Jazlah. Nnt umi buat entri khas tentang harilahir dia.

Jumaanah ada setia di sisi umi. Sambil menggentel kain pelikat abi. Tak lepas kain tu dia gentel abi tahu.
Yang lain selamat beradu. Kak Jannah ada duk berkurung dalam bilik dia. Seharian tak keluar rumah. Setiap dua jam adik2 akan jenguk ke bilik Kak Jannah tanyakan dah berapa juzuk dia hafaz.

Abi yang dirindui sokmo... Faqeh dah start iklankan serba sedikit baju2 abi kepada saudara mara dan sahabat2 abi. Umi niatkan semoga pahala mereka yang pakai pakaian abi, pahala akan mengalir kepada abi Insha Allah. Anak2 abi semua ada berkumpul di rumah sekarang. Alhamdulillah pasti ada hikmah di sebalik pandemik covid ni.


Abi sayang, kali ini umi nak bercerita tentang Faseh dan Faheem anak jantan abi dua orang ni.

CERITA FASEH

Abi..anak abi yang sorang ni makin berkatang dah badan dia. Pengganti Faqeh jadi imam jika Faqeh solat di surau. Faseh boleh diharap menolong umi di dapur. Bukan dia seorang yang boleh diharap, semua anak jantan umi, umi kerahkan mereka bantu umi di dapur.
Tengahari tadi umi memasak, Faseh tukang kemas barang2 dalam peti, Faqeh tukang kemas meja dan sapu di dapur. Manakala yang hero kecik tuh, si Faheem tolong basuh pinggan.

Abi..Faseh dah hafal 4 juzuk sekarang. Bacaan dan tajwidnya dah makin kemas, cuma perlu diperbaiki lagi. Yelah umur baru 13 tahun kan. Insha Allah banyak lagi masa boleh diperbaiki. Abi kena yakin dengan kebolehan yang ada pada anak abi ni. Sekarang ni pagi2 Ust Nordin akan call Faseh untuk tasmi' bacaan. Tapi kan abi sebelum tasmi' sempat lagi Faseh main game PUBG, game Free Fire kat henset umi sebab bila nak vc dengan ust baru umi bagi tepon umi. Kalu x, memang xdapatlah. ^__^

Abi..semalam umi potong kuku adik Jumaanah, Jazlah dan Faheem. Umi cek kuku Faseh..aish geram heh dia ada simpan kuku panjang sikit pada ibu jari belah kanan. Tak tahu apa fungsinya. Umi tunggu sampai habis dia kerat kuku. Last sekali dia potong kuku yang dia simpan tu. Dah siap potongkan abi..buat2 sedih dan ambik balik kuku yang dipotong tu dia letak balik kat ibu jari dia. Haishhh geraaam je tengok! ^__^. Tak perlah sekurangnya dia dah potong kuku tuh. 

Abi..sekarang ni Faseh rajin lagi ngusik Jazlah sekali sekala. Geram dengan perangai Jazlah ada juga. Kain sembahyang selalu bersepah, kain tuala lepas mandi malas nak gantung, baju lepas pakai letak kat lantai je.. Geram Faseh dekat Jazlah. Sokmo nak kena pesan. Abang Faqeh pun selalu pesan kepada dia. Insha Allah lama2 nanti oklah kot si Jazlah ni.

Adik Jumaanah pun dah makin manja dengan kita abi. Masa mula2 kita balik hari tu, Jumaanah sokmo duduk dengan kita sambil duk gesel badan dia. Mungkin dia rindukan abi kot. Selama ni kan dia duk dengan umi je. Kita suka main dengan Jumaanah. Comel sgt dia sekarang abi. Sokmo tak lepas kain pelikat abi. 

Oklah abi..abi doakan Faseh ye..Umi doa sokmo ke Faseh supaya mudah nak menghafaz.





CERITA FAHEEM

Abi sayang! Ni anak Jordan kesayangan abi nim. Sekejap je dah besar Faheem ni. Umur Faheem sekarang dah 9 tahun. Maksudnya dah 10 tahun kenangan kita sekeluarga mengembara di bumi Jordan. Allahu Akbar rindunya pada bumi anbiya' dataran syam itu. Insha Allah Faheem dah besar nanti, Faheem sambung belajar di sana. Panjang umur boleh jumpa Ummu Qusoi, Abu Qusoi, Ammu Majdi dan Ammu Zou'bi, Insha Allah.

Abi..Faheem akan jadi imam masa abg Faqeh dan abg Faseh xbalik lagi. Kena betulkan bacaan sikit lagi. Abi..kitakan sokmo tertambah sujud, tapikan abi kekadang je abi. Kita mari dok ingat abi. Pastu Jumaanah pasang kuat cerita dia.. " baby finger..baby finger.. where are uuuu..here i am"... haaaaa kadang tu memang tak khusyuk Faheem nak jadi imam. Geram je ke Jumaanah. Tapi sekarang bila dia tengok kami solat jemaah, dia akan slowkan cerita dia. Alhamdulillah baguslah.

Abi..ada juga kekadang tu kita jadi imam solat asar kan abi..kita g baca kuat Fatihah. Kita dok ingat. Pastu ada gak time solat Maghrib kita baca slow. Ngarrut kalli kita abi.. Memula je lah gitu abi. Lepas tu lama2 oklah. Payah juga ye abi nak jadi imam ni. Kita tengok abi, abg Faqeh abg Faseh senang je jadi imam. Ye arr diaorang dah besar kan.

Abi..abi tahu dok Faheem dah kurang sikit penakutnya. Dulu Faheem takut sangat. Sekarang sebelum abg Faqeh balik memang Faheem yang akan kunci pintu rumah. Kalu takut nak kunci malam, Faheem kunci dari petang lagi. Kalu kunci malam, kita suruh umi teman kat pintu rumah sambil tengok kita. Dah siap kunci, kita akan berlari laju2 ke umi sebab takut. Tapi sebenarnya takde apap2 pun. Saje nak bermanja dengan umi. ^__^

Abi... semalam kan Jazlah dia main dengan kawan2 dia, Eisha anak Cg Khairul  dan Azza anak Cg Azam sebelah rumah ni. Dia main pondok2 kat ruang tamu rumah kita abi. Dahlah ruang tamu memang tengah letak baju2 abi untuk disedekahkan kepada sahabat2 abi, dia tambahkan lagi barang2 mainan dia. Geram kita tengok. Tapi mujur dia kemas elok2. Mainan masak2lah, mainan jual2lah, mainan anak2 patunglah. Dia selalu main dengan adik Jumaanah. Jumaanah jadi baby dia jadi mok. ^___^

Abi..yang geramnya semalam dia bawa kawan dia..pastukan abi dia bawa masuk sampai ke dapur sebab kawan dia nak minum air. Geram kita! Kawan2 kita tak pernah masuk sampai dapur..kawan kita mari kat rumahpun main kat ruang tamu je pun. Tapi umi kata takper je kawan Jazlah mari sampai dapur sebab perempuan. Perempuan kan selalu kena kemas dapur bila dah besar nanti. Pastu kita jawab lah kat umi, dah kita lelaki kemas juga dapur, tadi kita basuh pinggan. ^__^. Yelah umi kata baguslah Faheem tolong umi sokmo, dapat banyak pahala. Pahala banyak sedekah kat abi. 

Abi... sekarang juga umi buat tabung sedekah. Setiap hari kami adik beradik letak duit dalam tabung tuh. Ada Jazlah hari tu, dia letak duit 4o seng dalam tuh. Umi kata biarlah sedekah dia walau sikitpun janji ikhlas. Tabung tu hari tu abg Faqeh gi sembahyang Jumaat dengan Cg Azam jiran kita ni, umi suruh dia bawa. Dia xingt. Pastu dia letak duit2 tu dalam tabung kat surau kita. Sebelum ni Faheem pernah letak dah dalam tabung masjid semasa Faheem ikut tok abah ayah cik pergi ke Johor. Faheem isi satu2 duit dalam tabung masjid. Sekarang umi guna tabung kita abi... bila umi suruh isi duit, kita kata tuu umi dah guna tabung kita..kira sedekahlah tu sebab dah guna tabung kita. Bijjjok dok kita abi? ^__^

Oklah abi, banyak dah kita cerita kat abi. Nanti kita sambung lagi cerita kita ni kat abi. Kita tak sabar nak jumpa abi..kumpul ramai2 kat Syurga. Ya Allah masukkan kami semua sekeluarga dalam syurga supaya dapat jumpa abi. Ya Allah tolonglah makbulkan Ya Allah. Kami semua riiiiiindukan abi.Bahagiakan dan sejahterakan abi di alam sana. Ameen.





Hakikatnya sekarang dah 15 Nov 2020.
Maksudnya 4 hari dah terperam entri ni.
Di edit2 sambil air mata laju mengalir ketika menulis.
Tak sanggup nak tulis, terus simpan dalam draft.
Dan sekarang perhabiskan juga entri ni.

15 November 2020, 29 RabiulAwal 1442.
Minggu terakhir bulan kelahran Rasulullah S.A.W.
Hari ni hari ke 88 abi bahagia di alam sana.
3, 4 orang sahabat abi bercerita tentang mimpi yang mereka berjumpa dengan abi. 
Abi kelihatn ceria dan bahagia di alam sana. 
Alhamdulillah kami di dunia yang sementara ni tak putus2 doa dan sedekahkan pahala amalan kepada abi di sana.

Oklah umi undur diri..
Ada misi yang umi ingin selesaikan dan targetnya ..
hendak di selesaikan sebelum 27.11.20 bersamaan hari ke 100 abi di sana.
Insha Allah moga Allah permudahkan.

9.00 pagi
Bayty Jannaty.
Bayt Chonang, Ganung!
Alhamdulillah mentari muncul kembali hari ni. ^__^
Ikan koi duk menari2 dalam kolam air terjun. Menenangkan jiwa yg resah.
Bunga2 sedang kembang mekar di laman. Semekar hati umi. ^___^.
Alhamdulillah mencari kebahagiaan di dunia yang sementara ini.
Penguat semangat untuk teruskan kehidupan sementara mencari 
bekal untuk alam yang kekal abadi... Insha ALlah.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com