Monday, November 16, 2020

REDHA

 





Redha itu tersangat susah. Menitis air mata pun adakalanya belum mampu menjadi redha. Redha itu bila tiada rasa walau sedikitpun dalam hati, rasa sakit dari ujian Allah.


Redha itu tersangat mahal. Hanya hati yang benar-benar mengerti di sebalik derita ada bahagia dan menerima ujian dengan rasa bersyukur itu lah Redha.


Perlahan-lahan didik hati ikhlas menerima ketentuan. 


Allah faham kita lebih dari kita faham diri sendiri. 

Dia tahu kita mampu atas semua ujian yang Dia beri. 


Ada kekuatan di sebalik kekecewaan. 

Ada keindahan di sebalik kesulitan.

Ada kemuliaan di setiap ujian.


Begitulah aturan Allah.



Allahu..hendak meredhakan kepergian orang yang tersayang 

amat perit

amat pedih

amat pilu


Tidak  tergambar perasaan ketika hati hendak meredhakan sebuah kepergian ke alam yang abadi.

Semua pasti akan merasakan saat tersebut.

Benarlah cukuplah kematian itu sebagai peringatan


Apabila orang terdekat dijemput Ilahi, terasa kematian itu dekat dengan kita.


Hattakan pernah terfikir agar diri ini juga dijemput Ilalhi agar dapat berjumpa dengan orang yang tersayang, namun fikirkan amanah dan tanggungjawab yang ada di dunia ini. 

Amalan yang ingin dibawa juga perlu ditambah untuk menjadikan Syurga sebagai tempat pertemuan abadi.


Caption gambar..


Ketika petang2 main roller blade dalam Jamiah Yarmouk. 

Ada kat sini gambarnya. masa ni musim syita'.

Riadah di musim bunga ada di sini. 

Allahu ada video abi berlumba roller blade dengan Jannah di sini rupanya. 

Allahu..rindukan sungguh suasana di bumi anbiya' tersebut.


Ok..umi undur diri.

Semua dah selamat beradu.

Umi mencari idea menyiapkan projek umi.

Payah rupanya mencari idea.

Ya Allah permudahkan aku Ya Allah.


Jazlah duk tanya takdepun surat dia kepada abi.

Dia dah baca entri sebelum ni dengan adik2 yang lain di skrin tv.

Umi kata nantilah umi siapkan.

Hok Jazlah spesel sikit..^_^

Lepas isyak td Faqeh dan Jazlah keluar dengan Pok Jad beli hadiah ke Jazlah. 

Terimakaseh banyak Pok Jad gembirakan hati Jazlah. 

Moga Allah sahaja mampu membalasnya. Amen!


Ok..umi nak sambung projek umi.

Doakan umi.


16 November 2020 bersamaan 30 Rabiul Awal 1442.

Hari terakhir bulan mulia bulan kelahiran Rasulullah..

Hari ke 88 abi bertemu Pencipta.


Bayty Jannaty..

Chonang Jaya, Ganung

Hari panas hari ni.

Membasuh langsir setelah 5 tahun.

Semua hero membantu. ^__^



No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com