Renungan Malam
Bercambur baur rasa itu adalah biasa.
Kerana tersimpan di dalam hati itu pelbagai rasa.
Terkadang duka ada juga bahagia.
Begitu juga dengan alam, terkadang tenang, terkadang kelam.
Tapi yakinlah, setiap yang berlaku itu bukanlah sia-sia,
kerana segala takdir itu punyai erti & natijah.
Tenang & bahagia mengajar manusia untuk bersyukur.
Gundah-gulana mengajar pula manusia untuk sabar.
Berdamailah dengan kehidupan dengan mengenalinya.
Kerana dengan mengenalinya maka sejahteralah kehidupan manusia.
Hidup juga akan bertambah baik jika akur akan segala ketentuan.
Sandarkan segalanya pada pencipta kehidupan bagi merasai manisnya perjalanan.
Perjalanan sebagai musafir dunia yang pasti lantainya tidak dibentangkan karpet merah sebaliknya penuh kaca dan duri yang menjadi beban pada mereka yang melalui.
Hanya untuk menuju ke kampung halamannya,
Iaitu SYURGA.
Caption gambar
Kejadian berlaku 28.12.2009. Kami tiba di Jordan pada bln 9.2009.
Allahu..tak dapat nak bayang situasi tersebut.
Gambar tangan Faqeh dan umi tuh.Musim sejuk masa ni.
Faqeh masuk hospital di Jordan masa ni.
Sebab apa? Semuanya ada di sini. Semua episodnya ada di sini
Masa kejadian tersebut memang redha dengan apa yang berlaku.
Dahlah baru smp ke negara org.
Diuji pula dengan kejadian Faqeh Si Jamalman nim.
Masa tu call family Malaysia memang nangis2 dah.
Masa tu umi tidur dgn anak2 di rumah. Abi tidur di hospital dengan Faqeh.
Allah uji sesuai dengan tahap keimanan kita. Nak kena yakin sungguh2
Kena berdamai dengan apa saja yang Allah takdirkan pada kita.
Diuji anak jatuh dr bangunan di Jordan..berdamai dgn takdir
Diuji juga dengan kehilangan org tersayang di saat perhatian dan
kasih sayangnya diperlukan juga perlukan ketenangan..
berdamai dengan takdirNya..
Oklah umi undur diri.
Lama dah tak nukilkan sesuatu di sini.
Kak Jannah dah balik asrama.
Abg faqeh Faseh ada di asrama.
Faheem dan Jazlah smlm baru balik dr Johor, kenduri di sana.
Jumaanah setia meneman umi.
Semalam juga Jannah balik ke asrama.
Petangnya keluar shooping dgn Kak Zie. Memacam diborong.
Malamnya Pok Jad dan Acik Huda hantar balik madrasah. Singgah makan satay dulu.
Semoga Allah balas semua kebaikan kalian dunia akhirat.
Juga jiran baik umi, Acik Nurul.2 hari sekali tanya ada nak buang sampah tak..
Syukur Ya Allah atas segala nikmat kurniaanMu.
Syukuri nikmat dan ujianNya
Dunia ni sementara, Akhirat yang kekal abadi.
2 November 2020 bersamaan 16 Rabiul Awal 1424
75 hari sudah abi...... ( tak tahu nak describe apa )
Hiduplah umi dalam kenangan2 manis utk dikenang sbg penguat semangat!
..maaf tiada mood utk menukil apa2..'keyboard umi masih elok lg' ^___^
bercampur baur perasaan.kejap ok, kejap xok.
11.11 pm
Chonang Jaya, Ganung!
Pagi td hujan kejap.
No comments:
Post a Comment