Monday, November 2, 2020

DIDIK HATI

 



Renungan Malam


PERLAHAN LAHAN DIDIK HATI UNTUK KUAT


Cinta dan kasih sayang manusia hanya setitis, jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang ALLAH. 

Sekiranya kau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu.. 

Selagi selautan itu masih engkau miliki. 

Cinta ALLAH cinta hakiki. 


Setiap yang hadir bukan sia-sia dan setiap yang pergi bukan tanpa hikmah. 

Walau dalam mana luka yang tinggal, pasti itu yang terbaik.


Setiap inci yang telah ALLAH rencanakan sempurna tanpa cela. 

Tidak mengapa, airmatamu jatuh saat berduka.

 Namun, jangan biarkan bibirmu merungut tanda tiada redha.


Setiap kali ditimpa masalah yang memedihkan jiwa, anggaplah itu sebagai penghapus dosa. 

Kerana Allah itu Maha Penyayang.


DIA tidak mahu kita diseksa di Akhirat.


Apa yang mampu kita buat ialah pujuk hati sendiri, supaya teruskan hidup dengan kuat.


Ujian itu silih berganti, dan bersifat sementara sebelum datang lagi ujian yang lain. 


Sementara menunggunya selesai, bergeraklah walau seinci. 

Teruslah berjalan andai kita sudah tidak larat lagi untuk berlari. 

Teruslah menjadi kuat. 

Walau kadang rasa tak larat. 


La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin. 


Hasbunallah wa ni'mal waqeel.


Caption gambar.

Ni projek quilling Jannah ni. Ada di sini. ceritanya. Semua projek quilling ada di sini.

Dari duduk di Jordan lagi anak2 umi diajar berseni. 

Alhmdulillah sekarang ada je projek frame, projek doodle Kak Jannah.

Memacam ke'kreatifan' yang ada pada dia..Alhmdulillah

Tapi sekarang duk asrama terhad sikit waktunya.

Takpe slow2 Kak Jannah. ^__^


Allahu..perlahan2 nak didik hati. 

Allahu perlukan keazaman yang kuat dan padu sebenarnya.

Teruskan tabah..

Teruskan kuat

Teruskan ampuh

Walau kadang rasa tak larat..

Walau kadang rasa diri rebah

Walau sentiasa berfikir cukupkah amalan untuk dibawa mati

Dapat ke berkumpul ramai2 dalam Syurga Allah?


Pelbagai persoalan timbul. 

Soalan yang tiada jawapan.

Yang ada hanyalah harapan

Seiring dengan pecutan amal ibadah

Agar seiring dengan harapan untuk syurga

Amal kena kuat!

Bekalan kena cukup untuk di bawa ke alam yang kekal.

Dunia ini sementara, akhirat kekal selamanya.


Ya Allah temukan kami semua di SyurgaMu..

Harapan yang tidak pernah padam

Bahkan sentiasa mekar di sanubari.


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com