Saturday, October 24, 2020

PELANGI MENUNGGUMU!

                            


Renungan Malam


Pada saat kamu merasakan terbeban dan tidak punya sesiapa di sisi. Pada saat itulah Allah sedang memerhatikanmu dengan penuh rasa kecintaanNYA.


Akan ada masa semua benda macam tak kena. Bertenanglah, Allah sedang menguji hatimu. Bersabarlah, pasti ada pelangi menunggumu.


Jika sekelumit rasa tidak percaya pada kemampuan diri, maka bertenanglah. Kerana kemampuan datang dari diri yang penuh ketenangan.


Yang tenang sentiasa berserah pada ALLAH. Yang tenang sentiasa syukur. Yang tenang yang selalu berterima kasih pada ALLAH. Hidup ini sangat bahagia bila jiwa tenang. Tenang itu menghadirkan semua yang kita inginkan.


Andai kamu perlu memilih satu daripada dua pilihan, maka ambillah pilihan yang mendekatkan dirimu dengan Tuhan. Seandainya terus pertahankan sabar itu yang lebih baik, maka pilihlah untuk terus bersabar.


Sesungguhnya sabar itu indah. Dan tak pernah rugi orang yang sentiasa bersabar. Bertahanlah. Bertenanglah wahai sahabatku, Allah menyeru kita "Hai jiwa yang tenang.." 

Allahu..mudah sebenarnya  hidup ni. Kita je yang rumitkan, semoga boleh terus tenang, Aamiin


Caption gambar...

Abi bersama Faheem di Mesir masa ni.

Entri ada di sini. Semunya ada 6 entri di sini.

Bahagia dan indah ketika itu.Allahu menziarahi makam2 org soleh ini memberi 1001 perasaan kepada kami sekeluarga. Harumannya menusuk kalbu.

Allahu..sudah 66 hari abi bertemu penciptaNya.

Bahagiakan abi di sana.

...rindu yang tidak berpenghujung...




No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com