Bismillah walhamdulillah
Alhmdulillah masih bernafas di dunia yang sementara ini mencari bekal utk alam yang kekal abadi.
Dunia ini hanya sementara..akhirat itu yang kekal abadi.
Allahu..tiada idea untuk menulis sebenarnya.Mood ke laut.
Tengok kepada tajuk...
Allahu.. sudah 60 hari berlalu...
60 hari abi berada di alam barzakh..
60 hari abi bahagia di alam sana.
60 hari umi sentiasa merindukan abi.
60 hari anak2 sentiasa merindukan belaian seorang ayah.
60 hari anak2 membesar tanpa abi di sisi kami.
60 hari berlalu tanpa sedikitpun umi xingtkan abi.
Ingat abi..sedekahkan alfatihah.
Apa saja amal kebaikan niat hadiahkan kepada abi.
Ya Allah bantulah kami semua dalam melawan kerinduan ini.
Rindu kepada manusia tidakkan kekal.
Rindu kepadaMU itu yang kekal abadi.
Allahu Akbar..apa yang nak dinukilkan kali ini...
Diari Cancer abi masih tiada kekuatan untuk terus menulis,melihat gambar2 abi pasti meruntun jiwa dan perasaan.
Bukan tidak redha dengan apa yang telah Allah rezekikan kepada abi dan umi..cuma umi belum ada banyak kekuatan utk menepek gambar2 keadaan fizikal abi di sini.
Namun sedara mara dan sahabat2 yang datang menziarahi abi pasti tahu bagaimana keadaan dan fizikal abi.
Ok gambar di atas homescreen tepon umi sebenarnya. Abi yang tulis tuh masa memula kawen dulu. Tarikh abi tulis 17.2.2003.
Mengimbau kenangan kisah percintaan kami.
Allahu membaca nukilan umi dulu.. ada umi letakkan di hujung nukilan umi.
Penutup.
Ummi nukilkan kisahnya di sini,supaya suatu hari nanti,
anak2 ummi dapat baca kisah2 kami di sini.
anak2 ummi dapat baca kisah2 kami di sini.
Wallahu a'lam..adakah waktunya akan tiba?
Adakah ummi atau abi masih ada lagi ketika
anak2 ummi membaca blog ini?
anak2 ummi membaca blog ini?
Atau waktu itu kiamat sudah menjelma?
Allah,Allah,Allah!
Kenapa umi nukilkan semuanya pada malam ini.. Jawapannya ada di dalam artikel ini.
Ada umi kongsikan di dalam blog umi sebelum ini. Kat sini umi letakkan point2 penting.
Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami
Artikel di ambil dari laman wab JAKIM.
Hukum `Iddah dan Berkabung
i. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
ii. Hukum berkabung menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang kematian suami.
Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.
Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.
Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.
Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami
Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:
a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja.
d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan.
e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.
Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:
i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;
ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;
iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan
iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.
ii. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.
iii. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.
ni abi bagi kat umi. Tarikh kat situ 17.2.2003.
Gambar abi masa ni belajar di UIA.
Umi pula belajar di UiTM Dungun.
Sehari selepas majlis menyambut menantu di rumah abi.
Masa majlis menyambut menantu ni ingat lagi Kak Nor menangis
tengok pengantin lelaki ke hulu ke hilir hidangkan makanan.
Tak duduk diam abi masa tu.
Majlis sekali dengan adik abi Yah dan Rizal.
Gambar tak pasti ada ke tak ambik. ^__^
Kata2 abi disitu
" Sayangku!
Abang sentiasa mendoakan agar kita dipertemukan di Syurga nanti...
Penuhilah harianmu dgn ketaqwaan pd Allah... "
Tarikh di gambar tuh 18.12.2001. Pertama kali abi datang ke rumah umi.
Masa ni abi belajar di UPM.
Datang seorang diri dengan hadiah sehelai tudung warna putih. Cantik!
Kata2 di bawah bersama tandatangan abi.
Insan ini X menjanjikan intan dan permata ttp hanya sedikit iman
yang X seberapa untuk hari yang kekal selamanya.
Suamimu!!! 5.1.2003.
Kami diakad nikahkan pada 3.1.2003.
Alhmdulillah Allah permudahkan perjalanan menuju gerbang perkahwinan kami.
Hehe.. pertama kali dapat email dari abi pada 15.8.2001.
Zaman hotmail dan lovemail.
Umi simpan lagi email nim.. Tengok pada dawai stapler tuh dah berkarat.
Tapi kenangan ini masih segar diingatan umi.
Dapat email, baca cepat2 kat library UiTM masa tuh. Dah baca siap print lagi. Simpan baca sokmo.
Mujur xde sport check macam kat sek men dulu. Kalu tak mesti kantoi dengan pengawas sekolah. ^__^
Penghubung kami dulu email je. Telefon abi xdan nak tengok mana sibuk berpesatuan masa nim!
Pok Jad mesti tahu bagaimana bz tak bz nya seorang yang bernama "Pak Arab" nim.
Haaa.. sape dia Pak Arab nim.. kena tanya Pok Jad mcamana dapat nama nim.
Umi juga dulu bz berpesatuan. Sama2 bz kira oklah kan. ^__^
Oklah umi undur diri dulu.
Imbau kenangan memang mengasyikkan.
Banyak hikmah Allah perintahkan 'Iddah dan berkabung ni.
Moga ada ganjaran pahala untuk umi dalam mentaati perintah Allah ini.
Tok Abah dan Tok Ma masih ada di sini.
Syauqi pun! Teman baik dan gaduh Jumaanah.
Khamis ni meraka dah nak balik.
Tok Abah ada app di Kuantan.
Moga Allah mudahkan urusan Tok Abah
Beri kesihatan yang berpanjangan kpd kedua mereka
Rahmati dan sayangi mereka berdua sebagaimana
mereka menjaga aku ketika kecilku. Amin!
Ok.. umi undur diri. Maaf salah silap.
Umi lock entri ni jam 11.26 pm.
Hakikatnya sekarang jam 1.30 pg.
Sambil chat dengan Mak Ayu dan Mak Adah.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.
18 Oktober 2020 bersamaan 1 Rabiul Awal 1442.
Ahlan ya Rabiul Awal..bulan kelahiran Rasulullah.
60 hari sudah abi tinggalkan kenangan untuk kami semua.
Ya Allah pertemukan kami semua di SyurgaMu..Amin!
No comments:
Post a Comment