Renungan Malam
"Ketika Allah mengambil sesuatu yang baik dari hidupmu, bersyukurlah, kerana Allah telah mempersiapkan sesuatu yang jauh lebih baik buat dirimu ..."
Rahmat Allah itu sangatlah luas.
Selagi kita diberikan nafas, kita selalu berhak untuk bahagia.
Masa silam telah berlalu. Kita sentiasa boleh mula kembali.
Kita sentiasa ada peluang untuk muhasabah dan memikirkan kembali setiap tindakan kita, dan teruskan membuat perkara tepat selagi berpeluang.
Kita mungkin menemui orang yang salah dan terluka kerana itu, tapi kadangkala pilihan salah tersebutlah yang akan membawa kita ke tempat yang betul
Melepaskan pergi apa yang kita sayang memang sangat menyakitkan.
Betapa pilunya hati pasti akan membuatkan kita menangis.
Namun bertabahlah..
Proses bangkit semula kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita.
Kita akan belajar daripadanya.
"Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.”
– Surah Al-Hadid: 23
Allah memberi nafas hari ini untuk kita mensyukuri dan mengorak langkah ke syurga.
Bukan untuk menghitung dosa-dosa semalam .
Raikanlah kehidupan.
Kerana Allah. Untuk Allah.
No comments:
Post a Comment