Bismillah
Walhamdulillah..
Catatan
Perjalanan Musafir Kembara Ardhul Kinanah.
24
Januari 2013~Hari Selasa.
Persiapan
di saat terakhir untuk kami bertolak pada jam 2pagi nanti.
Ammu
Majdi-kawan abi datang ke rumah ,bersarapan bersama abi dan anak2.Sambil ammu
membaiki ipad anak2 yang rosak.Tengaharinya anak2 mengikut ammu Majdi ke rumah
kakaknya.Faheem ikut bersama.Sampai lepas isyak baru mereka balik.Sempat lagi
bermain di Arabella Mall.Allahu Akbar.Bersama ammu di saat2 akhir sebelum
bertolak.Jadi semakin rapat pula anak2 bersama ammu Majdi.
Alhamdulillah…jam
2 pagi kami dihantar ke Mathor oleh ammu Majdi.Alhamdulillah segaal2nya
berjalan lancer.Bertemu Ust Nasir dan keluarga di Mathor.
Hari
Pertama.
Memasuki
badan perut kapal terbang yang tidak sebesar mana…dimulai dengan doa safar di
papan skrin..menadah tangan memohon keberkatan dan keselamatan..Allahu
Akbar…memberi 1001 ketenangan di dalam memulakan pengembaraan ini.
Alhamdulillah
kami tiba di bumi Nabi Musa jam 6.30 pagi.Bersolat subuh di
Mathor.Alhamdulilllah segalanya berjlan lancar.
Allahu
Akbar..akhirnya kami sekeluarga dapat juga menjejakkan kaki ke bumi penuh
keberkatan ini..Ya Allah semoga permusafiran ini mendapat keredhaanMu..amin.
Kami
dijemput oleh Ust Muaz.Sebelum sampai di penginapan kami singgah di rumah anak
negeri Selangor untuk membeli sarapan pagi.Pelbagai masakan asia
disediakan…nasi kerabu,laksam,sup tulang..macam2 ada.Di sini setiap negeri
pasti ada rumah anak negeri dan ada kedai makanan setiap negeri tersebut.Satu
bangunan akan disewa dan dijadikan rumah anak negeri.Amat berbeza dengan
keadaan pelajar di Jordan.Mungkin di Mesir ini kos sara hidupnya rendah dan
Universiti Al Azhar itu sendiri sudah lama dihuni oleh pelajar asia berbanding
di Jordan.
Alhamdulillah
penginapan kami di Dar-Rahim.Pada mulanya penginapan kami di tempat lain,namun
ada sedikit salah faham,akhirnya kami menginap di sini.Bersyukur dengan apa
yang Allah tentukan..pasti ada hikmahnya…Rumah penginapan kami ada 3
bilik,namun kami hanya menyewa 2 bilik sahaja.Berkongsi dapur ruang tamu dan
juga tandas bersama keluarga ust Nasir.Alhamdulillah seronok,dapat makan dan
borak sama2…
Rumah
penginapan kami ini cantik dan eksklusif.Dikhaskan untuk pegawai
sebenarnya.Alhamdulillah amat2 selesa.TV dan ruang tamu yang luas amat2 memberi
keselesaan kepada anak2 untuk bermain dan berlari2.
Cuma
kekurangannya kami tidak dapat memasak di sini.Hm…mungkin Allah nak bagi ummi
berehat dari memasak….Sekarang di sini semuanya makanan dibeli di kedai.Memang
seronok dan bahagia!!!Sudahlah makanannya sedap2 di sini..Alhamdulillah ala
kulli hal.
Paginya
anak2 masih keletihan ..tidur setelah semalaman tidak tidur.Kami memulakan
kembara selepas zohor.Alhamdulillah kami pergi ke Masjid Imam Ja’far~seoarang ulamak
dari Lubanan berkulit gelap.Di sini ada bilik khas yang mana ditempatkan semua
peninggalan Iam Ja’far ini.Jubah,minyak atar ..tasbih..ada dikhaskan di dalam
satu bilik berkaca.Allahu Akbar..minyak wanginya semerbak menusuk hidung.
Seterusnya
kami ke Makam Hassan Albanna..di sini dinamakan makam 1000 wali2 Allah..memang
melalui kawasan makam2 yang berpagar batu…jalan tanah liat yang berdebu…Allahu
Akbar..di sinilah para wali2 Allah dikebumikan.Setiap makam pasti ada penjaganya.Malah semua keturunan wali tersebut pastinya akan di tanam di dalam kawasan berpagar
yang sama.
Seterusnya
kami bersolat asar di Masji Ibnu Athoillah Al Assakandariah.Dari luar masji d
yang serba sederhana…kami disambut dengan harumah semerbak kasturi..ketika
duduk untuk menanggalkan kasut…haruman menerpa2 menusuk hidung…Allahu
Akbar….wanginya….semerbak kasturi…meremang bulu roma dibuatnya…
Kami
bersolat asar .Setelah itu ke Dhoreh Ibnu Athoillah Al Assakandariah,penulis
kitab sufi yang tersohor-Kitab Hikam…memasuki makam tersebut memberi 1001
perasaan yang tidak dapat digambarkan.Allahu Akbar…akhirnya sampai juga kami ke
sini..Alhamdulillah Allah beri keizinan tersebut.Ya Allah..semoga keberkatan
yang ada pada para waliMu meresap masuk kedalam diri kami yang hina dina ini…
Semoga kealiman mereka para kekasihMu ini ada tempiasnya kepada diri kami dan anak2 kami.Semoga jejak2 para waliMu dijejaki oleh kami semua,amin.
Malam.
Kami
singgah makan di Restaurant Al-Borg-makanan seafood di sini memang
sedap.Alhamdulillah dapat melepaskan keliuran yang bertahun tidak dapat makan
di Jordan.Layanan yang diberikan memang kelas pertama di sini.Anak2 pula seronok
bermain permaianan yang disediakan.memang banyak daya tarikan di sini.Sekali
makan mesti hendak pergi lagi.tapi bila kami memikirkan ongkosnya…huish..memang
tak tersanggup lagi.kami makan 2 buah keluarga termasuk seorang pemandu
pelancong (pelajar Malaysia) …hendak tahu bayarannya…843 junaih atau di dalam
RM422…memang berbaloi bayaran tersebut.Makanan ada yang tiadak larat
dihabiskan..dibungkus..dan dapat dibuat sarapan keesokan harinya
pula.Alhamdulillah balik ke rumah penginapan dalam keletihan dan kekenyangan..
..Alhamdulillah siap catatan hari pertama..
inipun sebenarnya ditaip di bumi Mesir..
Ummi C&P dan letak gambar jer...
huish nak mengarang untuk hari2 seterusnya..
Banyak komitmen lain nak dibuat..
..sayu dan sebak melanda...
..melihat rak kitab2 abi dan anak2 kosong...
sudah selamat dimasukkan ke dalam kotak kargo...
..masa untuk meninggalkan bumi Jordan sudah tidak lama..
Alllahu..Allahu .....mudahkan urusan kami..
Moga masa yang berbaki ini dapat kami isi dengan sebaik mungkin...aminya robb..
No comments:
Post a Comment