Hari ke2,3&4.
24,25 & 26 Januari 2013
~Hari Khamis,Jumaat dan Sabtu.
Album gambar ada di sini.
3 hari ini diperuntukkan untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah atau dalan bahasa arabnya معرض القاهرة الدولى للكتب.
Pesta Buku ini merupakan kali ke44 diadakan.Sebanyak lebih kurang 30lebih buah negara yang terdiri dari negara arab dan negara barat yang menyertainya.
Hari Khamis dari pagi sampai ke petang abi dan Ust Nasir ke Ma'rodh.Kami di rumah berehat2 dan anak2 bermain di dalam rumah.
Keesokannya selepas Zohor kami ke sana bersama anak2.Allahu Akbar...sampai ke malam kami memborong kitab2 dan buku untuk anak2.Memang rambang mata sampaikan terjuling jugaklah mata kami anak beranak melihat buku2 dan segala alat2 permainan untuk anak2.
Alhamdulillah memang berbaloi ke pesta buku ini.Harganya jika dibandingkan di tempat lain memang boleh mencecah separuh harga.Sudahlah banyak koleksi murah pula,memang sungguh berbaloi2 jika dapat ke sini.Alhamdulillah kami diberi peluang oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke sini.
Yang teruja anak2 kamilah.Habis semua buku hendak dibelinya.Abi pula 'bermurah hati'.Hm..apa buku yang anak hendak semua dibeli.Tapi kena fikirkan juga ongkosnya..^__^...
Pada malamnya,kami dijemput ke rumah Anak Negeri Kedah.Kami makan di rumah Ust yang menjaga rumah tersebut.Alhamdulillah rezeki anak2...
Hattakan sampai hari ketiga, abi dan ust nasir pergi lagi ke ma'rodh pada paginya.Petangnya pula kami sekeluarga pergi kali terakhir.Sempat lagi borong kamus dan ensklopedia untuk anak2. Alhamdulillah.
أHari terakhir di Ma'rodh ini kami sempat merasa khusyairi.Sedap sangat.Makaroni yang dimasaka bersama bahan2 lain.Sebenarnya tak tahu bahan apa..tapi memang sedap ada bawang goreng lagi.Anak2 ummi memang suka sangat,hattakan si Faheem juga.
Ok,selamat tinggal Pesta Buku....malamnya kami keletihan,.Tidur awal untuk memulakan pengembaraan seterusnya esok hari.
Jadi,ummi berhenti di sini dulu.Lain kali ummi sambung lagi yer..
No comments:
Post a Comment