Friday, September 4, 2020

SEDIH

 

Renungan Malam


Usah biarkan rasa sedih menyelubungi hatimu.

Usah biarkan rasa kecewa membelenggu jiwamu.


Bermuram durja terlalu lama bukan hanya akan menjejaskan diri kita, malah ia memberi kesan pada orang yang menyayangi kita.


Untuk apa berterusan kecewa, sedang kita punya Allah, yang sentiasa caring dengan kita setiap masa. 


Andai, kekecewaan dan kesedihan singgah, cepat² cari Allah, ubatilah ia dengan zikrullah.


🏵️Naluri Seorang Isteri🏵️


Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami , dada akan rasa berdegup kencang .

Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami , selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu .


Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami. Ibaratnya , dua hati yang berbeza tapi saling bertaut . Hebat kuasa Allah..


Baik isteri mahupun suami masing² hatinya dalam genggaman Allah. Allah Maha Mengetahui segalanya..dan semuanya berlaku adalah di atas kehendak-NYA.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com