Friday, September 4, 2020

DIDIK HATI


 Renungan Malam


Andai sesuatu hilang, insya Allah akan hadir sesuatu yang lebih baik. 

Sebagai hamba, kita perlu yakin dan harus menerimanya..


Daun yang telah gugur takkan kembali bercantum pada ranting yang sama, tapi dari ranting yang sama, akan tumbuh daun baru yang lebih hijau dan segar...

Jangan bersedih sehingga terlupa bahawa harus ada yang gugur sebelum tumbuh yang baru...


Begitu juga dengan hati, ada masanya kecewa, ada ketikanya sakit, ada saatnya terluka tapi itulah yang akan membuat kita lebih tabah dan sabar di masa hadapan..


Kadang², kita tak dapat apa yang kita inginkan. 

Lalu, kita salahkan takdir kerana terlalu kecewa. 

Sedangkan, kita tak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita inginkan.


Kerana sekuat apa pun kita mahu sesuatu itu untuk kekal, jika ia mahu pergi ia akan pergi jua. 


Lalu lepaskanlah ia.. kerana takdir bukan sesuatu yang kita boleh kawal... 


Didiklah hati untuk sabar dan menerima ketentuan-Nya. 

Insya Allah, semuanya akan baik dalam ketetapan-Nya.


Saya faham, memang mudah untuk kita melafaz redha. 

Hakikatnya, hati sendiri yang tahu untuk Redha itu tidak semudah ungkapan. 

Nak redha, kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam takdirNya. 


Namun, percayalah, setiap rencana-Nya terselit hikmah yang indah dan Rahmah.


Caption gambar.

Ni umrah terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah Allah izinkan kami ke sana.

Tahun 2013. Catatan sayu hati ada di sini.

Hati perlu dididik.

Ujian kehilangan abi merupakan didikan tarbiyah dari Allah.

Allahu..kuatkan kami ya Allah.






No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com