Friday, September 4, 2020

BERSANGKA BAIK

 



Renungan Malam


Wahai jiwa yang lelah, aku tidak pernah tahu sedalam apa peluru yang singgah menikammu hingga ada rintik hujan yang turun di alur pipimu.


Tapi ketahuilah bahawa Tuhanmu tidak pernah kejam bilamana Dia menahan sebahagian dari doa doamu.


Ada waktu sebahagian dari keinginanmu tidak berjalan seperti yang engkau mahu. 

Samada Tuhanmu sedang menyelamatkanmu dari sesuatu atau barangkali Dia ada sesuatu yang jauh lebih untukmu.


Justeru selalulah bersangka baik dengan-Nya. Percayalah di depan sana, engkau akan temui untaian hikmahnya.


Caption gambar

Hensem kan abi?

Muka gembira sebenarnya masa ni.

Abi baru sudah ke udara di Yarmoukfm.

Tahun akhir sebelum kami balik ke Malaysia.

Kisah abi ada di sini.

Ya Allah rahmati abi di sana.

Temukan kami di syurgaMu.












No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com