Friday, September 4, 2020

REDHA


 Renungan Malam


Bila Allah ambil apa yang kita sayang dan belajar menerima kenyataan walaupun pedih. 


Itulah REDHA.


Adakalanya perjalanan hidup ini mendung di siang hari, malam pula gelap gelita segala kesenangan mati. 

Ceriakanlah hati di waktu siang yang mendung dengan redha dengan penuh kesyukuran & kesabaran. 

Terangilah malam gelap gelita kesenangan mati itu di hidupkan dengan tahajud pada ilahi.


Cinta dan kasih sayang manusia hanya setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang ALLAH. 

Sekiranya kamu kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu. 

Selagi selautan itu masih engkau miliki. Cinta Allah cinta hakiki. 


Setiap yang hadir bukan sia-sia dan setiap yang pergi bukan tanpa hikmah. 

Walau dalam mana luka yang tinggal, pasti itu yang terbaik. 

Setiap inci yang telah Allah rencanakan sempurna tanpa cela. 


Tidak mengapa, airmatamu jatuh saat berduka. 

Namun, jangan biarkan bibirmu dan hatimu merungut tanda tiada redha.


Walau sesukar manapun laluan hidupmu, 

Walau seteruk manapun penderitaanmu, 

Walau seburuk manapun hari-hari yang kamu lalui, 

Walau terlalu berat sekali kesedihan dan kekecewaan yang kamu alami..


INGAT ni, semua itu adalah sementara. 

Teruskan melangkah.. jangan berhenti. 

Syurga Allah itu mahal. 

Laluan untuk ke Syurga sememangnya dipenuhi dengan cabaran dan rintangan. 


"ittaqullah, wayua'llimukumullah

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com