Friday, September 4, 2020

TENANGLAH WAHAI HATI


 Renungan Malam


Adakalanya , kekecewaan dan kesedihan diatas beratnya ujian yang menimpa menjadikan kaki longlai untuk meneruskan perjalanan kehidupan.


Pejamkan mata untuk seketika lalu bayangkan bagaimana teguhnya keyakinan Siti Hajar pada Allah swt saat ditinggalkan nabi Allah Ibrahim di padang pasir nan kering lagi kontang . 


Tariklah nafas dalam-dalam lalu ucapkan kepada hati...

"Ini perjalananku. Allah yang meletakkan aku dalam keadaan ini. 

Ini adalah perancangan Allah maka wajarlah aku meneruskan langkah dengan yakin bahawa dipenghujung perjalanan ini ada kebaikan disisiNYA. "

 

Saat hati merintih 

"Mengapa aku tidak mendapat apa yang aku inginkan?"


Ingatlah kalam Allah,


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”  


Al-Baqarah: 216


Tenanglah hati ...

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com