Bismillah walhamdulillah.
16.10- sekali lagi ummi diadmit kali ke4. Insya Allah batuk ummi semakin hilang. Dr O&G akan melakukan ERPOC dalam masa terdekat.
Dr anasthesia-bius berjumpa ummi.Namun setelah diperiksa, kemerahan dalam tengkok ummi masih ada.Dr tidak berani melakukan bius ke atas ummi memandangkan risiko sekiranya dibius penuh akan menyebabkan saluran pernafasan ummi tersekat,boleh menyebabkan kematian.Allahu Akbar.
Ummi sanggup tunggu lagi untuk tidak melakukan prosedur ini.Akhirnya sekali lagi ummi didiscaj.
22.10 ummi ke klinik O&G untuk TCA.Berjumpa dr pakar di sana. Akhirnya ditetapkan untuk ummi dilakukan prosedur erpoc pada 8.11.2015
6.11.15- ummi admit wad kali ke5.alhamdulillah ummi diminta berpuasa.
8.11.15- abi berpagi-pagi lagi sampai di hospital.Ummi akan memasuki dewan bedah pagi ini.Pelbagai perkara bermain di fikiran ummi.Allah..Allah..
Ummi mengisi masa lapang dengan membuat quilling,setelah 2tahun yang lepas.Ketika berada di Jordan ummi aktif membuat quilling.Allah..terasa bahagia melihat hasil daripada quilling yang kita buat. Menangkan fikiran sebelum ummi masuk ke dewan bedah nanti.
Ummi ditolak masuk ke dewan bedah yang amat sejuk!!!!Alhamdulillah dr yang akan melakukan prosedur erpoc Dr Syahaniza.Dr bius melakukan spinal-bius separuh di belakang ummi. Menitis ummi saat dicucuk ubat.Allah..tidak tertanggung rasa sakit tersakit.
Tiada apa yang bermain difikiran ummi ketika itu,terbayang kematian.Saat dr menekan rahim ummi ,Allahu Akbar, amat2lah sakitnya,hanya Allah Maha Mengetahui. Ketika prosedur berjalan 2 kali ummi ditambah ubat bius memandangkan ummi tumpah darah. Juga 2kali ummi muntah kepeningan.Allah..Allah..
Darah daripada rahim tidak berhenti, dr terpaksa menekan rahim untuk memberhentikan pembedahan. Namun, masih tidak berhenti juga.Setelah 45 minit berlalu, dr bercakap dengan ummi, bahawa ummi bleeding dan akan dipantau..sekiranya masih berlaku pendarahan yang banyak ummi akan diikat rahim atau rahim terpaksa dibuang.Allah..Allah..gelap sebentar dunia...namun ummi yakin Allah akan beri yang terbaik.Ummi dipasang saluran untuk kencing dan juga pendarahan dari rahim, bermaksud ummi ada 2beg yang perlu dipakai.Allah...
Setelah keluar dari dewan bedah, ummi dipantau selama sejam. Pelbagai perkara ummi fikirkan.Namun ummi juga fikirkan perkara yang baik,doa yang baik, insya Allah yang datang akan baik-baik sahaja.
Alhamdulillah akhirnya pendarahan ummi berkurangan dan dibenarkan balik ke wad biasa.
Apabila terpandang sahaja wajah abang sayang..hilang segala sakit..Ummi diletakkan diwad paling berhampiran dengan misi memandangkan ummi tumpah darah.Selama 6 jam terpaksa berbaring tanpa bantal.Allahu Akbar,seksa sungguh..
Sakit pinggang dan lenguh kaki hanya Allah Yang Tahu...perlu diambil darah sekali lagi,branula dipasang dikedua belah tangan.Untuk emergency case jika perlu ditambah darah.Memandangkan ummi banyak kehilangan darah. Sepanjang seharian itu, ummi menangis tidak henti.Abi menenangkan setakat yang termampu.
Malam ummi tidur dalam kesakitan.Suhu badan meningkat,ummi demam.Air sudah masuk botol ke 6 dimasukkan ke dalam badan ummi.
Namun apabila melihat sekeliling kita, ada yang lebih teruk sakit berbanding ummi.Perlu memakai oksigen, batuk tidak berhenti, memakai pampers.Allah..ummi bersyukur dengan sakit yang sedikit ini.Memandangkan sakit yang lain menginsafkan diri ummi.
Keesokan harinya, ummi disorong menggunakan wheel chair oleh misi untuk mandi.Alhamdulillah ..segar badan ummi terasa.Alhamdulillah syukur ada yang membantu.Ummi mandi dalam kepayahan sikit,namun badan terasa segar berbanding semalam.
Dr datang untuk memantau sekali lagi perkembangan ummi.Alhamdulillah kedua beg dibenarkan buang..terasa lega tanpa beg tersebut!
Ummi belum dibenarkan pulang.Dr masih perlu lihat banyak mana darah yang keluar.
Alhamdulillah..keesokan harinya ummi dibenarkan pulang.alhamdulillah..alahamdulillah.
Tiada apa yang boleh kuatkan dan tenangkan hati ummi melainkan dengan yakini sungguh-sungguh firman Allah..
" Setiap kesusahan akan ada bersamanya KESENANGAN"
juga...
"Allah tidak akan uji hambaNya kecuali sesuai dengan kemampuannya"
No comments:
Post a Comment