Friday, November 13, 2015

Pasca ERPOC

13.11.2015....

Bismillah Walhamdulillah.
10.00 pagi...
Lokasi..teratak bahagia kami di Seberang Takir.
Semua tenaga anak-anak dikerah untuk mengemas rumah.
Kak Jannah- kemas dan mop ruang tamu
Abang Faqeh- kemas dan mop dapur.
Abang Faseh- jemur baju
Abang Faheem - main sambil kacau adik Jazwah.
Abi ke Merang untuk menguruskan kem di sana.


Minyak & buah zaitun jeruk yang dikirim ummuqusoi,juga maramiyya.Semuanya dari Jordan

Alhamdulillah sudah 5 hari berlalu.Terasa badan agak segar sikit.Berpantang seperti orang bersalin.Kerja-kerja berat masih tidak boleh dilakukan.Itu yang kerahan tenaga dari askar-askar ummi diperlukan.Beruntung ada anak yang ramai..alhamdulillah.

Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan...
Petikan nasyid nada murni..apa ayang tiada dan sudah berlalu tidak perlu dirisaukan..apa yang ada kita syukukri.

Iya..Allah tarik seorang baby ummi,namun ummi sebenarnya masih ada 5 orang anak yang perlu disyukuri..perlu didik..diasuh menjadi anak yang dapat membahagiakan kami dunia akhirat,amin!

Allah..Allah...


Semakin besar dan agung Allah di hatimu..semakin kecil semua perkara lain.


Abi...
Terimakasih banyak untuk segala pengorbanan yang dilakukan.Semoga dengan kesakitan yang sikit ini memberi 1001 motivasi untuk kita lebih dekat kepadaNya.

Abi....
Ummi bersyukur kerana abi cukup memahami ummi.Terasa amat beruntung kerana dikurniakan suami sehebat dan setabah abang.

Baby syurga ummi...
Bersyukur ummi kerana Allah benarkan sayang berada di dalam rahim ummi selama 5 bulan.Satu kenangan terindah sebenarnya.Ummi sanggup menahan sakit ini demimu sayang.Insya Allah ..walau kita tidak dapat bersama di dunia ini..harapan ummi kita akan bersama di akhirat kelak.

Baby syurga ummi..
Maafkan ummi sayang,mungkin disebabkan kecuaian ummi kamu tidak dapat melihat dunia ini.Namun, ummi yakin dan percaya bahawa ini adalah yang terbaik untuk kamu dan juga ummi. Ummi amat sayangkan kamu.Abang dan kakak yang lain amat menunggu kehadiran adiknya ini,namun Allah lebih sayangkan kamu dik.


Anak-anak ummi yang amat disayangi...
Terimakasih kerana memahami ummi.Kamu telah memberi penawar kepada kesedihan ummi.Memandang wajah mulus kalian..menghilangkan segala kesakitan yang ummi tanggung.


Di Cherating Suria Resort.


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah di atas segala apa yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga...

Ini kata-kata penguat semangat ummi untuk meneruskan kehidupan...

" Ombak itu tidak besar..
Hanya perahumu yang kecil...

Jangan hanya diminta diringankan ujian,
Tapi pintalah dikuatkan IMAN".

Allah..Allah..Allah...

Ya Allah kuatkan iman kami dengan segala apa yang berlaku ini.
Bahagiakan kami dunia akhirat..amin.





No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com