Bismillah Walhamdulillah..
5.10.2015..jam 6.27 p.m..lokasi di katil 20E,
wad 1EF Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Ummi sampai di sini, azan asar berkumandang.
Misi minta ummi menyalin pakaian hospital.
Perasaan berdebar memang ada.Batuk ummi jg masih kuat.
Ini merupakan kali kedua ummi admit wad.
Ummi dikejutkan pada jam 11.30 malam untuk dimasukkan branula di tangan dan juga diambil sampel darah.
Allahu Akbar..ketika itu ummi terdengar suara raungan halus menusuk kalbu,rupanya seorang muallaf telah diambil nyawa oleh Allah pada saat ini..
Keranda besi hospital lulu betul-betul di sebelah ummi.Innalillah..DaripadaNya kita datang,kepadaNya kita akan kembali.
Esoknya kawan-kawan pejabat ummi datang menziarahi ummi.Alhamdulillah,semoga ukhuwah antara kami berkekalan hingga syurgawi.Terimakasih atas makanan sunnahnya.
Ummi dimasukkan ubat cervegem untuk memaksa kandungan ummi keluar secara normal,namun setelah 4 biji masih belum ada tanda-tanda "kandungan" ummi untuk keluar.Akhirnya ummi didiscaj sekali lagi.
Apabila di hospital, pelbagai cerita penyakit manusia boleh kita dengar sambil mengambil iktibar daripada cerita tersebut.
Allah sudah berfirman bahawa hanya manusia yang mempunyai akal akan mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Ummi mengambil peluang mengisi masa lapang di hospital dengan menambah ilmu dan pengetahuan.
Semoga Allah mudahkan urusan ummi..amin!
No comments:
Post a Comment