Sunday, December 30, 2012

Diari Bulan 12.

Bismillah Walhamdulillah.

7.12.2012
Kami beserta keluarga lain mengadakan ziarah ke Mathaf Athfal dan juga Carefour di Amman.Alhamdulillah.

  IMG_5180 
15.12.2012

Abi mempengerusikan program Hak Kita Suara Kita.
Ummi dan Faheem ikut serta program ini.Alhamdulillah..semoga ada manfaatnya unutk warga PERMAI sekalian.

Selepas itu,kami bergegas ke Markaz Hafsa.
Anak2 ada haflah khirij untuk kelas Quran untuk sesi ini.
Jannah dan Faqeh buat persembahan ..nyanyi nasyid melayu lagi.
Tapi sayang ummi abi sampai dah lewat.
Namun,melihatkan wajah ceria anak2 kerana melihat kami berada di Markaz tersebut sudah terubat segala2nya.Alhamdulillah.
Banyak hadiah yang diperolehi anak2.

Kelas Quran ini pada mulanya dihadiri Jannah dan Wafiah sahaja setiap hari Sabtu.Namun sejak 2minggu lepas kami ambil keputusan hantar Faqeh dan Faseh juga unutk ikuti kelas ini.Alhamdulillah..semoga mereka rajin membaca Quran ..amin! 

21.12.2012.

Jannah meredah hujan yang lebat untuk menyertai program KAMI di jamiah.Jannah ingin menjual bookmark di gerai BKMPJ.
Bukan keuntungan yang dicari sebenarnya..ummi inginkan anak2 ummi berdikari untuk mendapatkan sesuatu.

Dalam proses hendak siapkan bookmark tersebut,semua memainkan peranan untuk menyiapkan.
Jannah buat bulat2 untuk dibuatkan bunga,Faqeh pula ditugaskan buat beg kertas.Alhamdulillah semuanya bekerjasama.Dan hasilnya semua akan dapat merasainya...    

Petangnya pula kami sekeluarga ke Amman bagi memenuhi jemputan kawan abi yang baru berpindah ke rumah baru.

22.12.2012.
Jannah dan Faseh dilanda demam.Terkena hujan semalam agaknya.Namun petangnya Jannah dan Faqeh ke jamiah bersama Kak Tasnim untuk membeli makanan di KAMI.
Jannah tak berapa larat lagi sebenarnya namun digagahkan juga.Alhamdulillah...balik,adalah makanan kegemaran yang diperolehi.

25.12.2012.

Cuti umum pada hari ini.Alhamdulillah Allah beri keizinan untuk sertai daurah bersama abi di Soreh.Kami bertolak 2 buah coaster.Kagum melihat AJK Masjid Furqan ini dalam usaha untuk mengimarahkan masjid ini.Kami sampai dijamu dengan halawiyat dan syai.Alhamdulillah.


26.12.2012

Abi ada urusan di Amman hari ini. 
Ummi rancanganya hendak ke rumah Kak Abida untuk 
Liqo' Mutazawwijat,namun ada beberapa perkara tidak dapat dielakkan.Terasa sedih juga..Allah..pasti ada hikmahnya.

Petangnya Ummu Qusoi ajak ke Markaz Hafsa.Alhamdulillah dapat belajar tahsinil Quran.Ya Allah..mudahkan urusan ummi untuk memperbetulkan bacaaan Al Quran ini..amin! 

28.12.2012.

Anak2 lagi sekali mengikut abi ke kampung.
Kali ini Kampung Somma' pula.Alhamdulillah atas peluang untuk anak2 menyertai program abi pada kali ini.

Ummi pula buat Liqo' Mahabbah bersama adik2.
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.
Ya Allah..kau eratkan hati2 kami ini..


   
Ya Allah… 
Engkau mengetahui bahawa 
Hati-hati ini berhimpun kerana mengasihi-Mu 
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu 
Bersatu memikul beban dakwah-Mu 

Hati-hati ini telah mengikat janji setia 
untuk menegak dan mendaulatkan syariah-Mu 
Maka eratkanlah 
Ya Allah 
akan ikatannya
 Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini 

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini 
Akan jalannya yang sebenar 
Penuhkanlah piala hati ini 
Dengan limpahan iman, 
keyakinan dan 
keindahan tawakkal kepada-Mu 

Hidup suburkanlah hati-hati ini 
Dengan makrifat pengetahuan yang sebenar tentang-Mu 
 Jika Engkau mentakdirkan mati 
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini 
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu 
Engkaulah sebaik-baik sandaran
 Dan sebaik-baik penolong 
Ya Allah Perkenankanlah permintaan ini 
Amin…

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com