Sunday, December 30, 2012

Diari Bulan 11.

Bismillah Walhamdulillah.

Jam menunjukkan 11.46 malam.7 degree sekarang.Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menukilkan sesuatu di sini.

Ok,kali ini ummi ingin catatkan apa yang berlaku sepanjang bulan 11.
Jap nak bukak diari.

1.11.2012
Anak2 mula belajar taekwando.Alhamdulillah setelah lama mereka meminta untuk belajar,akhirnya Allah mudahkan urusan untuk menghantar mereka.Kami meminta jasa baik adik2 akhowat datang dan hantar mereka ke sana.Alhamdulillah...semoga Allah sahaja mampu membalas jasa2 mereka.

Hari ini juga bermula kelas immersion untuk syabab2.Kelas ini dihadiri oleh syabab tahun 1 bahasa arab.Mereka hadir kelas di rumah kami dan abi akan ajar mereka untuk bertutur dan menulis dalam bahasa arab dengan baik.Ummi akan sediakan makanan untuk mereka. 

Kelas ini dibuat bagi menyiapkan tesis abi.Sayabab ini dilatih untuk mahir menulis dan membaca dalam bahasa arab.Semoga Allah mudahkan urusan kami semua,amin!



9.11.2012

Majlis Ramah Mesra SELAMA Jordan diadakan di rumah Ust Tajul dan juga Ust Sufian. 
SELAMA adalah persatuan untuk pelajar Master dan PHd di sini.
Alhamdulillah, majlis ini disertai oleh pelajar2 dari mantiqah lain juga. Semoga ukhuwah ini berkekalan ..amin!
 
Menunya nasi kambing.Sedap!


Alhamdulilah solat maghrib berjemaah versi kanak2...

10.11.2012

Esoknya abi ada Seminar Penulisan Ilmiyah.Seminar ini bertujuan mendedahkan pelajar2 untuk menulis tesis dengan cara yang betul.Alhamdulillah seminar ini berlangsung di Irbid.

Cenderahati untuk penceramah.

Tidak banyak sangat perkara menarik yang berlaku sepanjang bulan ini,kerana abi buat kelas hampir setiap hari.
Dan ummi ditugaskan untuk menyediakan makanan untuk syabab.
Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan untuk abi menyiapkan tesisnya ..amin!

30.11.2012.

Anak2 mengikut abi ke kampung Syajarah.Rehlah ini untuk memberi pendedahan kepada syabab2 program abi agar mahir bertutur bahasa arab.Alhamdulillah anak2 ummi mengambil peluang untuk menyertai rehlah ini sekali.Rugi tidak mengambil peluang keemasan ini.


Ummi pula diberi keizinan oleh Allah untuk mengikuti kelas pengajian ilmu tasawuf untuk akhowat di PUSKOM.
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.

Ambil poster untuk syabab.Untuk akhowat 30.11.2012.

Alhamdulillah..adik faheem sempat diusap kepalanya dan dibacakan doa oleh Syeikh Solah.Semoga ada keberkatannya oleh ulama' besar ini..amin!

Allahu Akbar...mendengar mutiara2 ilmu beharga dari Ustaz Zaini.
Kuliah2 beliau yang terdahulu boleh didapati di blog beliau di sini. 
Alhamdulilah hampir semua kuliah sudah ummi download.

Walaupun kuliah ini dirakam setahun yang lepas,
namun mutiara2 ilmu itu tetap segar dan banyak kalam2 hikmah yang boleh diperolehi.
Sambil2 masak kat dapur boleh pasang mp3 cermah beliau.Alhamdulillah!


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com