Wednesday, December 26, 2012

Aktiviti Quilling Anak2.

Bismillah Walhamdulillah.. 

Minggu ini merupakan minggu terakhir anak2 sekolah.
Minggu peperiksaan.
Sekolah bercuti selama sebula.
Cuti musim sejuk!

Kali ini ummi ingin bercerita tentang quilling lagi... 
 Alhamdulillah projek untuk anak2 ummi ini berlangsung 
selama 2 hari.
Sudah lama rasanya tidak membuat aktiviti bersama2 anak.
Allahu Akbar... 

Kami buat 4 musim menggunakan quilling. 

 1-Musim panas~Faqeh yang buat.
 ada aiskrim
ada bulan dan matahari.
Ada motosikal,basikal dan kereta rekaannya...
Katanya di Malaysia seronok sebab tiap2 hari boleh main basikal.
Ummi kata sekarang musim banjir,ruman Wan Cendering banjir.
dia tak percaya..^__^ 

2-Musim bunga~Jannah yang buat.
dia reka 2 orang.satu perempuan satu lelaki.
perancangannya nak buat ramai lagi,
tapi tak larat dah nak gulung2 kertas katanya.
bunga2 penuh dia letak dan susun.
tepi2nya dia susun daun.
anak dara ni kreatif dan tersusun kerjanya.

3-Musim sejuk~Faqeh lagi.
letak 2 orang salji katanya..
ada salji warna putih guna kapas.
ada rintik2 air hujan warna biru.

4-Musim gugur~Faqeh dan Faseh.
Daun2 ni Faseh kutip masa main roller blade dulu.
Alhamdulillah guna juga akhirnya..
sudah hampir2 dibuang oleh abi sebenarnya..
 Faqeh tukang tulis.

Alhamdulillah....
selesai aktiviti main2 quilling dengan anak2.
    

Inilah hasilnya..alhamdulillah.
Motor yang direka Kak Jannah~siap ada love lagi ..lepas ummi amik gambar,motor ini telah selamat 'dimakan' oleh si Faheem. ^_^
Motorbike rekaan Faqeh.
Inilah pereka design motor..

bergambar dengan hasil aktiviti minggu ini.
Musim bunga kak Jannah.
Musim panas Faqeh.
Musim sejuk Faseh.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com