Tuesday, January 1, 2013

Qoryah Somma'

Bismillah Walhamdulillah...

 Jam 7.40 pagi.7 degree.Syita' yang amat sejuk!
Sobah dah dipasang.

1 Januari 2013.
SELAMAT TAHUN BARU.

Ok,kali ini ummi ingin letakkan gambar2 rehlah ke Somma'.
Lagi sekali ummi C&P hasil tulisan ammu Iqbal.Mohon share yer..

Bercerita mengenai ammu Rasydan dan ammu Iqbal..memang anak2 suka sangat ke rumah mereka berdua ni.Ammu Rasydan tinggal atas kami,ammu Iqbal tinggal bawah kami.Hampir setiap hari mereka ke rumah mereka berdua untuk mengaji,sambil2 buat bising.Hai..kesian kat ammu2 nak layan karenah dan kenakalan mereka semua.Sabar yer ammu..

Apa2pun sekalung penghargaan ucapan terimakasih kami ucapkan kerana sudi mengajar mereka mengaji..dan yang paling penting mengajar mereka untuk lebih matang dan belajar untuk bergaul dengan orang yang lebih dewasa.Hayakumullah...

Alhamdulillah..ammu2 ini telah menceriakan hidup anak2 ummi yang kebosanan di musim sejuk ini..hatta semua musim mereka pergi rumah ammu2 ini. Alhamdulillah dikurniakan jiran seperti mereka ini.

Jannah ada jer minta tolong siapkan kerja rumahnya.Siap ammu beri hadiah 'rumput berkepala' lagi..Tiap2 hari anak2 ummi tengok perkembangan hasil tanaman rumput ini.Nanti ummi letakkan gambarnya yer..

Semoga Allah limpahkan kebahagiaan dan kemudahan untuk ammu2 ini di dunia mahupun dia akhirat kelak..amin!

Album gambar ada di sini.
Kredit to ammu Iqbal~tukang ambil gambar.
Ammu Rasydan tukang ambil video..


Menunggu coaster datang..
Sedap mansaf ni..anak2 suka sangat.
Faqeh dengan ammu Salman.
Subhanallah..berlatar belakangkan pohon anggur yang 'dimatikan' sementara.


IMG_5758 IMG_5763 IMG_5747 IMG_5661 IMG_5844 IMG_5824 IMG_5809
 Subhanallah.. Masya Allah...gambar yang paling ummi suka..
Selamat tinggal Somma'..moga ummi berpeluang untuk menjejak kaki ke sana..

Umi C&P dari ammu Keebahafiz Net.


Seharian di kampung Samma'
28 Disember 2012
 Jumaat

Hari ini seperti siri yang lepas, kami meneruskan perjalanan rehlah ilmu bersama dengan calon phd dari universiti yarmouk bersama dua anak kecilnya.

Perjalanan kami bermula seawal 10.30 pagi lagi, kami berkumpul dihadapan masjid yarmouk.

Bas mini yang ditempah datang agak lewat sedikit, namun ia tidak merencatkan perjalan kami.

Di dalam bas, kami sempat berkenalan dengan syabab arab yang bernama "lais". Sangat peramah orangnya. Oleh sebab waktu azan jumaat bakal berkumandang, perjalanan kami terus menghala ke masjid samma' , aku lupa nak tanya apa nama masjid tu.

Kami sampai sekitar jam 11.45 a.m, disambut beberapa rakan arab yang lain. Turun je bas, nampak seorang pemuda sedang membajak tanah dengan keldai(kat malaysia guna kerbau), satu kepelikkan bagi kami....huhu..

Waktu solat jumaat dekat kampung samma' sekitar jam 12.35 p.m . Macam biasala, lau nak solat, mesti kene ada wudhu kan?... monoloh sendirian dalam diri "kalau la ada hukum air sembahyang kebal, kire takyah amek wudhu selama seminggu...,tergelak sendirian". Aku bukannya apa, sejuk kot skrg nie, suhu bawah 18*C skrg nie, boleh jadi beku nie.

Masuk masjid aku sempat jugak membelek2 sikit buku "fiqh aiman" yang akan exam 10 jan 2013 nie, jalan, jalan jugak, buku jangan tinggal, yeahh...sementara menunggu masuk waktu la katekan.

khatib khutbah pada hari ini agak lantang sedikit, agak semangat dan macam biasa, khatib akan berkhutbah, bukannya baca khutbah..hehehe...tangan kosong, xdek kertas...Berkhutbah menceritakan tentang arah tuju manusia di hari kiamat kelak, mencari nabi2 supaya mereka meminta ampun untuk mereka, dipendekkan cerita, mereka jumpa nabi muhammmad SAW.

Selepas jumaat, kami dijemput kerumah lais, dan berkenalan antara kami semua, kemudian kami dijemput makan tengahari, menu tengahari ini, macam biasa, "mansaf" makanan tersohor jordan. Macam biasa sekali lagi, kami takkan habis nasi tu, sebab banyak sangat, tapi hari ini aku ada peningkatan dalam memakan mansaf....huhuh...

Selepas makan, kami diberikan Syai(teh tetapi dicampur dengan bahan lain) panas bagi menghilangkan kesejukan. Sambil minum, kami dibahagikan kepada empat kumpalan, dan setiap kumpulan akan ada 2-3 pemuda atau pakcik2 arab. Imam masjid juga meyertai kami, dan dia yang lead. Beliau meletakkan syarat, sesiapa yang bersembang dalam bahasa melayu, walaupun satu perkataan, akan didenda 0.10 qursy (lebih kurang 0.50sen). Peraturan tetap peraturan...haha...nie yang best nie

Ada la antra kami yang terkeluar perkataan melayu tu, nak wat camna kan, melayu dan kita dah sebati. Antara topik yang kami sembang ialah, perbezaan dari sudut pakaian malaysia dan jordan, yang keduanya dari sdut makanan, dan juga dari sudut gelaran. Bagi orang arab, kalau kita panggil seseorg itu dengan gelaran lebih baik dan lebih menghormati berbanding dengan kita panggil nama mereka terus, sebab bagi mereka satu keaiban, contohnya kita panggi "abu khalid" yang bermaksud bapa kepada khalid, namun hakikatnya, gelaran seperti ini tidak semestinya untuk orang yang dah mempunyai anak ataupun yang sudah berkahwin, lelaki yang masih single pun boleh memakai gelaran ini. Dengan alasan nabi saw pernah gelar kepada seorang budak kecil dengan panggilan "abu" dengan tujuan "kematangan" dan kemegahan.

Selepas solat asar, kami dibawa ke satu tempat yang bersempadanan dengan palestin(sekarang dah jadi milik israel) dan syria, dari arah situ akan kelihatan sempadan negara2 tersebut, yang paling seronoknya, akan nampak "sungai tigris"(ada sebut dalam hadis) yang menjadi perebutan antara syria dan isreal, dari arah situ juga adanya bukit Golan. Gambar dibawah adlah tempat tersebut. Kwasan itu dikatakan sangat subur, sebab itu ianya menjadi perebutan antara negara2 tersebut. Tempat itu sangat cantik, kelihatan berpuluh keluarga arab sedang berkelah menikmati pemandangan yang indah itu. "very beutiful" Kalaulah pelakon hindustan tau tempat tu, kompom di "Shooting" video kawasan tu...

selepas, itu, kami meneruskan perjalan kerumah salah seorang pensyarah university kat amman, sekadar mengambil beberapa nasihat, selepas maghrib dia menjemput kami untuk makan malam, namun kami menolak kerana kesempitan waktu, namun berjanji akan datang balik dalam masa terdekat nanti, dengan mendengar sedikit ceramah dan makan tengahari, insyaAllah, raut wajahnya agak kesal kerana tidak dapat menyediakan makanan untuk kami. "InsyaAllah, kita aturkan pertemuan lain", kata ust kami.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan pulang ke irbid, kami tiba di irbid pukul 7.00 p.m. Kami ditugaskan untuk membuat satu karangan dalam bahasa arab tentang perjalan kami pada hari ini.

Sampai disini sahaja perkongsian aku pada hari ini, 
terima kasih semua
 

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com