Wednesday, April 6, 2011

Ukhuwah Itu Indah..

Bismillah Walhamdulillah..

5 April 2011.

Hari Selasa yang agak sejuk juga.Ummi dah berpakaian 3 lapis semula setelah 2,3 hari lepas pakai selapis jer.Anak2 juga diminta memakai pakaian tebal ke sekolah.Alhamdulillah hari ini mereka ke sekolah seperti biasa.Namun,Faqeh pada mulanya agak payah untuk bangun.Mengantuk lagi katanya.Setelah dipujuk,alhamdulillah..bangun juga...

Apabila sejuk2 begini, badan ummi cepat terasa lenguh dan letih.Sudahnya banyak berehat setelah mengemas dan membuat apa2 yang patut.Memang sungguh mencabar sebenarnya mengalami perubahan cuaca nih.Yerlah sekejap sejuk,sekejap panas.Badan jadi cepat letih.Nak menyesesuaikan diri dengan perubahan tersebut memakan masa juga sebenarnya.Namun,alhamdulillah..ummi kena kuat sebenarnya...

Hari ini hujan renyai2 lagi.Suasana agak sejuk lagi.sobah dipasang lagi untuk menghilangkan sejuk.

Petang.

Ummi buat kek marble sikit.Anak2 cepat lapar sekarang.Maklumlah suasana sejuk2 nih.Cepat jer laparnya..Dikirim kepada kak Abida sikit,sambil dipulangkan tupperware yang diisi dengan adunan domut Jumaat lepas.Gebu sungguh adunannya.Anak2 ummipun suka makan.Terimakasih kak..

Malam.

Abi balik dalam keadaan basah.Hujan agak lebat di luar sana.
Ummi pula dalam proses menguplod gambar ke dalam FB.

Alhamdulillah..sungguh bersyukur kami berada di sini.Ukhuwah yang terjalin di sini sungguh indah.Tiada keluarga sebenar di sini,namun mendapat keluarga yang lebih besar dan mesra di sini.Berada di perantauan ..memang terasa indah dan kuat ukhuwah antara kami.
Ya Allah..eratkanlah hubungan ukhuwah antara kami semua..amin!

Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah keranaNya semata..

Anak2 diminta tidur awal malam ini.
Esok Faqeh ke JUST untuk treatment giginya.
Abi dan ummi akan ke klinik mata untuk cek mata abi.
Insya Allah..esok akan diupdate ceritanya.

Selamat malam..

alhamdulillah..anak2 suka sangat makan..

percubaan kali kedua sebenarnya menggunakan cheese nih..

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com