Wednesday, April 6, 2011

Treatment Mata dan Gigi.

Bismillah Walhamdulillah...

6 April 2011.

Hari Rabu yang sejuk juga.Kak Jannah bangun awal seperti biasa.Faqeh agak lewat bangunnya.Kak Jannah ke sekolah seperti biasa.Faqeh akan ke JUST untuk sambung treatment.

PAda mulanya menangis2 dia tak nak pergi.Namun setelah dipujuk dengan lembut + kasar, akhirnya lembut juga hatinya untuk pergi bersamu Ammu depan rumah kami nih.


aksi Faqeh sebelum ke JUST.

Panjat dengan kasut sambil pakai cermin mata ummi.




Faqeh ke JUST bersama ammu.Abi,ummi dan Faseh ke balad.Mencari doktor pakar sakit mata.
Alhamdulillah..kami berjumpa doktor pakar mata.Disahkan abi menghidap Pterygium.Sejenis selaput kemerahan yang berada pada mata putih.Apabila menghadap laptop dan berada di luar terkena cahaya matahari dan angin,akan terasa pedihnya..Ujian untuk abi disaat2 belajar ini.

Insya Allah..lama2 nanti akan hilang doktor tuh kata.Disarankan abi memakai cermin mata.Banyak nasihat yang diberikan oleh doktor tersebut.Memang dia seorang yang pakar dan baik hati.Dia amat memuji kesantunan dan kesopanan orang2 Malaysia nih.

Kos untuk konsultasinya sahaja 20 JD = RM100.Tapi,alhamdulillah..puas hati.Dan ke kedai cermin mata untuk membeli cermin mata sunglasses.Alhamdulillah..setelah hampir 45 minit memilih,akhirnya abi memilih jenama rayban yang beharga 25 JD.



Dr Mahmud Salam..orang pertama yang lakukan pembedahan mata di Jordan.
Mendapat anugerah dari King Jordan.


Subhanallah..disediakan Al Quran untuk pesakit membaca.

Antara kejayaan yang dicapai oleh Ust Dr (Prof) Mahmud Salam.

Abi menerangkan kesakitan yang dialami kepada dr.


Inilah pterygium..seolah2 selaput merah di bahagian mata putih.



diperiksa dengan rapi dan diberi nasihat oleh seorang pakar.



sempat lagi faseh posing.

di kedai cermin mata.

mana satu pilihan hati nih..

suasana di pasar...banyak buah2 dan sayur2 yang segar.

Dalam masa yang sama,Faqeh sudah siap treatment giginya.Ummi minta akhowat sebelah bangunan tolong jagakan dulu faqeh nih.Terimakasih Azimah dan Saadah.

Kami membeli barangan dapur secepat mungkin.Sekejap lagi Kak Jannah pula balik dari sekolah.

1.25 thari.
Alhamdulillah..sampai depan imarah kami.Terus pergi menjemput Faqeh.Nampak jer muka ummi terus ditunjuknya gigi dia yang disalut dengan besi tuh.
Sakit juga katanya.Dia menangis jugak tadi..tapi sekejap jerlah..


'gigi besi' Faqeh.Faqeh yang bathol!-hero.


nama treatment ini ialah stainless steel crown.
Ummi mencari maklumat mengenai rawatan ini melalui internet dan bertanyakan adik2 dentist ni.

Pemakaian crown ini adalah untuk melindungi gigi Faqeh dari kerosakan yang lebih teruk.

"Tak boleh cabut terus ker gigi yang berlubang tuh?"
Tak boleh cabut sekrang,kerana apabila dicabut,akan menyebabkan kerosakan pada tisu gigi tersebut.

"Tak boleh tampal jer ker gigi yang berlubang tuh?"
Gigi Faqeh berlubang di tepi bukannya di permukaan gigi.Apabila berlubang di tepi, maka terpaksa dipasang crown ini untuk menjamin giginya tahan lama dan sihat.

"Sampai bila kena pakai menda alah nih?"
Insya Allah apabila gig tersebut bergoyang,maka crown ini juga akan tercabut bersama.Mungkin umurnya 9-11 tahun nanti gigi tersebut akan tercabut,insya Allah..

"Tak sakit ker pakai menda nih?"
Mula2 memang sakit dan tidak selesa sebenarnya..Dan memang Faqeh sendiri beberapa kali akan mengadap ke cermin untuk melihat gigi besinya.Sehinggakan tidak berselera untuk makan.Namun,menurut adik2 dentist nih, perkara itu normal..dan akan hilang dalam masa seminggu dua ini.

Ya Allah..bantulah anak ummi ini..Sembuhkan dia seperti sedia kala..amin!




 
Petang.

Masih sejuk lagi..Siaran tv tidak dapat.Anak2 kebosanan.Faqeh tak makan nasi lagi sekarang.Katanya gigi dia sakit lagi.Kesian pulak dengar...Harapnya sekejap jer sakitnya tuh..amin!

OKlah ummi nak solat asar sekejap.Lepas tuh nak masak lauk nasi sikit.

ok,nnt ummi upload gambarnya...
wassalam..

ok..ummi sambung semula.Tadi abi ke jamiah dengan memakai cermin mata.Alhamdulillah,dia selesa dengan pemakaian cermin mata tersebut.Ini untuk mengelakkan cahaya matahari masuk terus ke mata dan habuk2 serta angin yang kuat.Alhamdulillah..harapnya semua akan kembali normal seperti biasa..amin!.

Ya Allah..pulihkan seperti biasa mata suamiku ini..amin!




Malam.

Faqeh merengek2 katanya gigi dia sakit.Makan nasipun hanya sekali sahaja hari ini.Petang tadi makan nestum sahaja.Mungkin masih trauma dengan kesakitan giginya.Insya Allah 2,3 hari lagi nanti akan oklah giginya ..amin!

Semua tidur awal pada malam ini.Mengantuk dan letih yang teramat sangat.
Selamat Malam...

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com