Wednesday, April 6, 2011

Hujan ..setelah panas!


Bismillah Walhamdulillah..

4 April 2011.

Hari Isnin yang sejuuuuuuuuuk.Hujan turun dgn agak lebat paginya.Anak2 tidak dibenarkan ke sekolah.Bahaya untuk kesihatan.Dan sememangnya ibubapa arab di sini tidak menggalakkan anak2 nya ke sekolah.Anak2 dah bersiap2 sebenarnya..tapi bas datang awal...dan abi menyarankan tidak perlu ke sekolah hari ini.

Suasana memang sejuk sangat.Sobah dipasang semula.Baju2 tebal dipakai semula.Stokin pun dipaksa pakai semula setelah 3 hari tidak memakainya.Nasib baik ummi tak kemas2 lagi baju musim sejuk.Alhamdulillah..pasti ada hikmahnya..

Petang.
Tiada apa2 aktiviti yang menarik dapat budak2 ni buat.Tv tak dapat siaran kerana hujan.Maka keboringanlah budak2 nih.Habis barang2 masak ummi dimain mereka adik beradik.

Malam.
Kak Jannah menghafaz surah Al-A'la..Faqeh pula menghafal surah As-Syams.Faseh baca iqro'.
Malam ni tidur awal...sebab sejuk!Tapi anak2 ummi tidur atas katil masing2.Cuma Faseh jer yang tidur dengan ummi.
Selamat Malam..


Abang Faseh belajar guna kad ..kenal huruf dan gambar..

berposing kejap..tak ikut susunan nih..tp dia baca jer berdasarkan gambar..

hasil kak jannah..suka sangat melukis nih.

ni Faqeh punya imiginasi..sebelah dia tuh kedai buzhoh(aiskrim),minat sangat makan nih..

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com