Wednesday, March 30, 2011

Gigi kami bersih!

29 Mac 2011..iaitu semalam.

Hari Selasa yang dah kurang sikit sejuknya.
Anak2 tidak ke sekolah hari ini.Rancangnya malam semala,mereka ke sekolah dahulu paginya,kemudian,abi ambil awal.
Tapi abi ada kerja lain pula,jadi..tukar rancangan mereka tidak ke sekolah hari ini.
Kenapa tak pergi sekolah?
..Sebenanrya ada temujuanji dengan adik2 dentist nak cek gigi Kak Jannah dan Abang Faqeh.
Gigi Kak Jannah dah bergoyang sebatang,Faqeh pulak ada lubang kat giginya.

Di sini,alhamdulillah..pelajarnya ada pelbagai bidang.Di Universiti Yarmourk..bidang agama.Di Jordan University of Science Technology (JUST) ada medic dan dentist.Jadinya ada masalah gigi,boleh terus refer kat adik2 dentist nih.Untuk menyiapkan tugasan mereka,mereka memerlukan pesakit..dan pesakit memerlukan rawatan dari mereka.
Rawatan pula adalah percuma.

Alhamdulillah..saling memerlukan antara satu sama lain.
Dengan sebab itulah anak2 ummi ke JUST pada hari ini...

12.30 Tengahari.
Acik Nik dan Acik Mun datang ke rumah kami.Ummi hidangkan mee goreng untuk mereka berdua.Mereka akan bawa anak2 ummi ke JUST.Ummi dah tak larat nak bawa mereka berdua tanpa kehadiran abi.Abi ada kelas.Terimakasih adik2,moga Allah sahaja mampu membalas jasa baik kalian.

Malam semalam Kak Jannah dah cakap.."Jannah tak nak cabut gigi..sakit".


FB Acik Nik..

Mereka berdua pergi dengan gembiranya ...dijanjikan aiskrim balik dari klinik nanti.

tersenyum lebar bersama acik Syida..

sempat lagi menjeling ....

nganga luas2 yer Jannah..dr nak periksa gigi nih..

'belon' dari sarung tangan untuk budak2 nih..^__^

Faqeh dgn kawan baru dan acik Mira..

Jannah muka sedih..baru lepas cabut gigi..bersama kawan baru..


6.00 petang.
Anak2 ummi balik dengan wajah yang ceria.Alhamdulillah..
Kak Jannah dah cabut gigi.Abang Faqeh dah tampal giginya.
Macam2 acik beli kat budak2 nih..aiskrim,air asir dan syawarma.
Alhamdulillah..semua urusan dipermudahkan Allah.
Macam2 cerita yang keluar dari mulut mereka berdua.
Faseh sekadar mendengar sambil makan aiskrim dan syawarma.
Nanti dah besar sikit,kita buat treatment untuk Faseh pulak yer..

sedap makan nih..

syawarma kegemaran kak jannah..

Malam.
Abi balik,terus jer anak2 bercerita.
Kak Jannah tersengih memaparkan giginya yang hilang sebatang.
"Lepas ni Kak Jannah kena berus gigi elok2 tau"

Anak2 tidur awal malam ini.Keletihan di siang hari.
Ummi pun tidur awal.Sungguh penat rasanya.
Selamat malam semuanya...

p/s: ni dah 5.30 pagi 30.3.11 sebenarnya.
Menulis sementara anak2 tak bangun lagi.Abi tak balik dari masjid lagi.
Kejap lagi nak buat sarapan.
Gambar nanti ummi upload yer..
Alhamdulillah..dah upload..


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com