Wednesday, October 13, 2021

MEREDEKA!

 Bismillah Walhamdulillah

Jam 11.00 mlm. ( 12 Okt 2021 )

Macam dah ngantuk.Tapi tebengkan sekejap. Tadi duk bz mesej dgn bos umi, meeting dengan pihak HQ pagi esok. Bahan2 ada di ofis, umi perlu masuk ofis esok. Pengarah pun kata blh masuk dengan SOP yg ketat. Alhamdulillah.

Yeay! Blh bawa kete sambil tgk miami beach! Aircond pun baru minta suami Kak Zie, Pok Lan untuk masukkan aircond sekali pakej basuh kereta. Dah hampir sebulan rasa kurang aircondnya. Dua2 kereta pulak tuh. Umi kuarantin seminggu, memang tak bergeraklah seminggu dua2 kereta.

Umi nak sambung.......


Hakikatnya sekarang 11.18 mlm , 13 Okt 2021.

Huhu..lama entri di peram.. Alhamdulillah tadi dah g ofis. Pengarah suruh masuk walau tak cukup eddahnya lagi kuarantin ni. Tapi sebab semalm dah test negetif resultnya dan ada kerja segera kena selesai di ofis, maka umi masuk ke ofis pada hari ini.

Feel keluar bilik tirai kamar rindu memang best! Dapat cium si kecik Jumaanah, duk gomol dia dalam buai dalam bilik Kak Jannah..Puas hati dapat cium pipi dia. Dapat peluk cium anak2 yg lain tuh. Alhamdulillah atas nikmat ini.

Dia punya feel dapat drive kereta kat miami beach.. Allah2... sedut nafas pjg2...bukak tingkap..slow bawa kereta..mmg amat2 heaven! 

Tgk pokok2 bunga dah berbunga..berbunga hati memandang!

"Umi ingat lagi tak jalan nak g ofis umi?' Tanya Faheem ketika umi bawa dia membeli sarapan di pasar. Hehe..umi tergelak je dgn soalan nakal dari dia. Haish lah Faheem ni.

'Nanti kalu umi sesat, umi call Faheem tanya camana umi nak sampai ofis ye?'

Umi smp awal hari ni kat ofis. Alhamdulillah. Officemate umi ramai yg tegur.

"Uit..seminggu xjumpa..makin putih arr xkena cahaya matahari"

"Eh Izma..seminggu xjumpa muka makin berseri2 nim' 

" haha..cuti pra perkahwinan nim"

Officemate umi yg baik dengan umi Pn Rohana juga bercuti dan kami kena masuk ofis sama2 hari ini. Ada meeting dengan pihak HQ. Slide pembentangan semua dengan kami. Memang kelam kabut pagi tadi kat ofis. 

Bos2 besar smua duk keliling kami, duduk di meja umi. Satu umi pasang laptop, satu lagi pasang dekstop. Ada 2 skrin. satu untuk share slide, satu lagi untuk kamera dan suara. Makan pagi pun xsempat tadi. Pihak HQ menegur slide pembentangan kami. Makan pagi sekali dengan lunch pada jam 12.30. 

Maksudnya makanan yg dibawa pagi tadi, dimakan untuk tengahari. Sudahnya pukul 4 ptg, perut umi dah berkeroncong, selamat membaham maggie kari dengan Pn Rohana.huhu. Memang gaya hidup xsihat sungguh mcm ni. Haish lah..nak kena carik masa kabat Bukit Besar ke Bukit Maras ke ni.

Balik memang lewat sokmo. Surat utk MB perlu disegerakan pada hari ini. Tarikh mesyuarat bersama MB hr Isnin ni. Segala mak nenek dokumen banyak perlu diedit. Huhu..Datang awal ofis pun, balik still lambat gak.hehe.

Suami Kak Zie, Pok Lan tolong uruskan kereta umi. Aircond kereta telah direfill san kereta dibasuh. angin tayar pun telah diisi. Perempuan ni hanya tahu bawa kereta je. Yang lain dia kurang ambil tahu. Tapi umi rajin basuh kereta..hehe Alhamdulillah ramai orang keliling memudahkan urusan umi.


Next entri umi sambung Diari Cancer Fighter ye ( takut tertidur.. )

Umi nak tepek gambar siang tadi..


Alhamdulillah dah berbunga bunga kertas umi. hehe..nak kena trim mollek pokok bunga ni. membesar bagaikan juara ni. Di celah2 pokok tu umi tanam bayam brazil. Nak kena upah tukang kebun trim pokok nim. Tukang siram ramai dah kerahan tenaga askarnya. Tukang trim pokok nak kena carik!


Feeeeeel drive kereta area nim memang mengasyikkan! Buka tingkap, bawa 40km/s memang syioook sgt2! Macam bertahun tak kuar rumah. Huhu. Padahal seminggu je pun berkurung. Seksa tau!

Sampai kat Draw Bridge ni feel dia lain lak. Tadi tepi pantai, yg ni feel mcm ada kat overseas gittu!
Biar org dh blh rentas negeri, umi rentas ke hatimu sudah! hahaha

Ni gmbr time balik. Cantik view awannya!

Ok..undur diri utk entri ini.
Next entri pula.






No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com