Thursday, October 14, 2021

DIARI CANCER FIGHTER SIRI 7

 BIsmillah Walhamdulillah.

7 pg skrg, bersiap2 nak bersilat bagai. Umi taip sini sikit.

Tengok Nota Discaj abi ni, ada CT scan pada 1.6.2020- nnt umi carik gambar. Nak ingat.


Ni gambar masa CT Scam id HSNZ. Umi pergi dengan Faqeh.

Abi yang ambik gambar. Sedap makanan kat Wad 3 Selatan HUSM ni. Makanan diletakkan dalam pinggan dan siap ada penutupnya. Layanan atendan yang bagi makanan juga amat2 mesra. Alhamdulillah. 



Ni hari pertama abi ambik gambar chemo kitaran ke4. Alhamdulillah amat2 ceria muka abi masa ni.

Abi berselera makan nestum dan oat. Alhamdulillah dapat tahan sikit perut abi.

ini di wad HUSM untuk mabil darah.


Ini selipar umi dan abi. Warna hijau karpet umi untuk umi tidur. Warna biru pula adalah tong untuk buang air kecil. Abi sudah tak larat untuk ke bilik air berulang kali.

Alhamdulillah. Mudah urusan umi bila menggunakan troli ni. Beli kat shopee. Mudahkan urusan umi sebenarnya. Beg beroda dan hanya tarik troli ini sahaja. Kena bijak dan cekap uruskan logistik. Uruskan abi dengan berkerusi roda. Memula sampai, umi naikkan abi dahhulu ke wad, then barang2 ni simpan di bawah dahulu. Then dah setelkan abi, umi turun ke bawah ambil troli dan beg ini. Alhamdulillah sekali harung je blh umi uruskan. 




CHEMO KITARAN KE EMPAT.

9.6.2020 - Umi dan abi ke HUSM. Kali ini umi lebih yakin untuk drive kereta secara bersendirian. Sampai bila nak harapkan orang kan? So umi drive kereta sendiri, sampai di HUSM, ayah mertua Chu Eda ambilkan kereta kami untuk dibawa balik ke rumahnya. Alhamdulillah dikelilingi oleh orang2 yang baik terhadap kami. Memudahkan urusan kami. Ye lah seminggu lebih nak berkampung di HUSM. Keselamatan kereta juga perlu difikirkan.

Kimo kali ini abi kurang bermaya. Banyak rehat dan tidur sahaja. Memang tidak ke tandas langsung dah. Semua urusan dilakukan di katil sahaja. Abi ambil wudhuk di katil sahaja. Nak berjalan agak lemah. 

Ada je episod abi ingin buang air besar, umi heret alat dia ke katil abi. Allah2 xboleh ingat suasana tersebut. Namun alhamdulillah umi dapat lalui dengan baik dan cuba untuk memudahkan urusan abi. Umi hanya mampu lap2 sahaja badan abi. Abi jarang berpeluh, sebab duduk dalam aircond di HUSM ini. Tapi ubat chemo memang panas. Panas di dalam.

Kali ini umi ingin bercerita tentang seorang anak muda ni, nama dia Faisharul. Ditemani sokmo aleh adiknya, xingt dah nama dia. Setiap kali datang mesti bawa bekal makanan. Ditergur dia, sentiasa ramah. Bekal makan disediakan oleh neneknya. Mak ayah duduk jauh. Tinggal dengan nenek di Kelantan. Amat kuat semangat anak muda ni. Sentiasa berzikir dimulutnya. Kanser darah. Pelbagai episod kesakitan yang dialami oleh dia. Dari ada rambut, akhirnya gugur satu persatu. Akhirnya ambil keputusan untuk botakkan kepala.

"Dah takdir saya kak dapat ujian sakit sebegini, syukur masih dapat hidup boleh moohon ampun dengan Allah banyak2. Ujian ni sikit je kak"

Allah2 terkesan sungguh dengan kata2 semangat adik ni. Walau perbelanjaan di HUSM ini tidak mampu dibiayai, dia masih boleh tersenyum. Dia perlu menjalanai lebih kurang 8 cycle chemo. Setiap kali umi sampai di wad, dia mesti dah ada di dalam wad.

 Datang kali ini, bayaran untuk chemo yang lepas belum habis dibayar. Namun yang umi kagum, tak pernah keluar keluhan dibibirnya. Kedua adik beradik ini amat positif sentiasa tersenyum. Si abang yang sakit terlantar akan sentiasa memasang zikir2 yang menenangkan di hensetnya. Buat masa sekarang, umi tidak dapat perkhabran apa2 tentang dia. Moga Allah permudahkan urusan mereka.

Ada je beberapa nama insan yang kita kenali di wad ini, telah kembali ke rahmatullah. Segar2 elok masa buat chemo, tetiba dapat perkhabaran, telah pergi meninggalkan kita. Allah2..luluh hati mendengarnya. Namun dalam masa yang sama, kagum dan cemburu dengan mereka yang diuji sebegini. 

Sudah semestinya Allah telah ampunkan dosa2 mereka jika mereka sabar dengan ujian yg Allah berikan. Kesakitan yang sementara di dunia untuk menghapus kesusahan di akhirat. dan yang pastinya dunia ini hanya sementara, akhirat kekal abadi.

Habis chemo kali ni pada 16.6.2020. Alhamdulillah. Umi drive balik dengan selamatnya.


Umi masih ingat kata2 abi ketika kami santai di Pantai Teluk Ketapang.

'Abi sanggup tahan kesakitan ini, demi mereka yang abi sayangi. Mungkin dalam keluarga kita, abilah yang paling Allah kata abi yang mampu untuk tahan dengan  kesakitan ini. Mungkin jika orang lain yang sakit, mereka tidak mampu. Maka, untuk orang2 yang tersayang, abi sanggup hadap sakit ini.."

Alllah2..xdapat nak teruskan dah coretan ini..kabur pemandangan...

"Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran.


Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka." (Hadis Riwayat Muslim)


Oklah dah 7 lebih, umi mohon permisi dulu.

( Gambar2 nnt malam ni carik! )

K, bai!

Siram pokok2

Bagi ikan makan

Silat dapur sikit

G pasar, cari brg2 dapur

then, pecut g ofis.

Rehearsel meeting lg pg ni.

Bai!

Jumaanah tidur dengan umi semalam.

Best dapat peluk dan bau dia!

Alhamdulillah!


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com