Sunday, October 10, 2021

DIARI CANCER FIGTER SIRI 5

 Bismillah Walhamdulillah

Jam 10.57 pm, 9 Oktober 2021.

Tengah bersemangat nak sambung penulisan sambungan Diary Cancer Fighter nim.

Walau hakikatnya semalam tertidur di meja. Entri ni tertangguh utk semalaman. Kita tgk bila siap entri ni. Dah siap entri ni baru umi akan update di ebook pula. Sini macam platform untuk menulis di ebook nanti. 

Tepek gambar pembakar semangat sekeping jap.


1001 kisah di sebalik gambar ni. Hehe.. 
Pokok betik yang sentiasa berbuah dengan lebat. 
Buahnya sedap dan manis. 
Umi sejenis yang takut memanjat. Abi tukang pegang kat bawah, 
sambil brth buah mana yang sesuai utk dipetik. 
Sweet kan abi? Umi menurut perintah.

Ok...Sekarang utk EBOOK siri3 pula. 

Kita start semula ye. 

Last catatan Siri 4 di sini. 

Last catatan 

FEB 2020

Abi balik dari menunaikan umrah dan keluar 40hr di Kelantan dan Thailand.

 Kesihatan abi agak merosot sedikit.


MAC 2020.

15.3.2020

Mak dan anak2 ada sampai dari Chendering Kuantan. Datang ziarah kami sekeluarga di sini.

Umi masih ingat suasana tersebut, selepas makan tengahari bersama2, abi duduk berehat di atas sofa. Tetiba abi terketar2 dan macam terkena sawan. Allah2..panik sungguh suasana tersebut.

Mak Ayu call ambulan. Namun ambulan xsampai2. Akhirnya Pak Andak mendukung abi masuk ke kereta. Terus dibawa ke kecemasan HSNZ. Umi pula terkesima..terus pecut kereta yang berbeza ke sana juga. Ambulans baru sampai dalam taman kami.

Sesampainya di sana, abi dimasukkan ke bahagian kecemasan. Kawan2 abi ada yg datang. Yang umi ingat masa ni kawan baik abi, Pok Jad menunggu sehingga abi dimasukkan ke wad biasa. Umi, Mak Ayu dan Mak Alang juga menunggu dengan penuh sabar.

Alhamdulillah abi warded selama 2 hari sahaja. Anak2 umi dijaga oleh adik beradik abi. Umi menguruskan makan minum abi di wad. 

( duk menunggu sahabat2 abi ada yang simpan gambar utk diletakkan di sini). Umi ada sekeping gambar je. Ini pun jumpa dalam henset abi. Abi sejenis yang suka ambik gambar umi ketika makan di hospital atau umi tertidur keletihan di hospital. 


Nim ha..gambr ni abi yg amik.Kuat betul umi makan. 
Sedap pula makanan hospital nim. Abi makan sikit je. 
Yang kasi habis, umi lah. Itu yg abi ambik gambar umi ni. semangat makan xingt dunia abi kata.hehe. Tak pakai sudu dah, baham tangan lallu boh! baru jelira. hehe

Alhamdulillah dah dapat gambar ni. 
Abi bersama Ust Hasanuldin dan Pok Jad.
Terimakaseh datang ziarah kami.

Alhamdulillah 17.3.2020 abi discaj. 

Surat untuk direfer ke HUSM juga sudah diperolehi. 

Bulan depan kami akan ke HUSM.


APRIL 2020

Kami berbelah bahagi untuk ajak siapa menemani abi dan umi ke HUSM. Umi sejenis yang takut nak bawa kereta jauh2. Dengan keadaan abi tak menentu kesihatannya.  

Dengan PKP lagi. Allahu.

Setelah berbincang dengan Mak Ayu, dia bersetuju untuk membawa kami ke sana. Mak Ayu datang dari Kuantan bersama Kak Ha. Kak Ha drive. Kebetulan kampung Kak Ha juga di Terengganu, maka peluang diambil untuk rentas negeri balik ke kampung. 

Alhamdulillah perjalanan kami dimudahkan. Sekatan jalanraya hampir 10 sepanjang perjalanan kami ke sana. Memacam soalan yang ditanya oleh petugas2 SJR nim. Ye lah musim PKP ni memang pergerakan agak terbatas. Sampaikan rasa macam dah tak larat nak menjawab. Saoalan2nya ada juga yang pelik2. Mak Ayu dan Kak Ha tukang menjawabnya. Padahal petugas kesihatan dah menjawabnya. Allah2.


CHEMO PERTAMA.

Selama 17 hari umi berkampung di HUSM. Baju yang dibawa hanyalah bekal untuk 5 hari sahaja. Mujurlah ada adik abi, Chu Eda di sana. Kampung mertua dia di Kadok, Kelantan. Dekatlah dengan HUSM. Dialah pendobi dan tukang masak kami di sana.Hehe.. baju umi dibasuh setiap hari oleh Chu Eda. 

Makanan yang abi ingin makan, akan dimasak oleh Chu Eda. 

Pandaaai Chu Eda masak.hehe. Simple je pun yg abi nak, telur separuh masak dan cekodok pisang biasanya. Umi pun mari debbor nak buat telur separuh masak sbnrnya, ada beberapa kali percubaan yg gagal.

17 hari berkampung di HUSM merupakan pengalaman yang sungguh2 berharga bagi umi. Allahu barulah kita sedari bahawa ada lagi orang yang lebih susah dan ujiannya amat berat berbanding kita. Bersyukur dengan ujian yang Allah berikan. Allah tidak akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan yang ada pada hambaNya.

Katil di wad ini menempatkan lebih kurang 16 orang pesakit pada satu masa. Berhawa dingin wadnya. Umi kesejukan sokmo memalam. Tikar bagai semua xdibawa. Yelah pertama kali kan. Belum tahu lagi bagaimana suasanya di sini. 

Sebelah katil umi, seoarang anak remaja menjaga ayahnya. Kadang dia bergilir dengan ibunya. Umi berpeluang untuk berborak dengan ibunya. 

Kak Na ( bukan nama sebenar, sebab umi dah xingat namanya..hehe ) Suaminya disahkan kanser tahun lepas. Tidak bekerja selepas itu, kerana bekerja sendiri. Mempunyai 7 orang anak. Dan sekarang Kak Na bekerja di kilang. Mereka tidak mempunyai kewangan yang stabil untuk membayar rawatan di HUSM. Rawatan di sini mencecah puluhan ribu. Memang mereka xmampu membayarnya. Allah2. Minta bantuan dan derma dari pelbagai pihak untuk ringankan bebanan mereka. Tabahnya Kak Na ini.

Bila difikirkan dengan keadaan umi ni, bersyukurlah kerana semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan kerana abi merupakan penjawat awam. Allahu..itupun kekadang umi mari berfikir, ujian ini amat berat untuk dihadapi.Alhamdulillah atas segala nikmat ujianNya.

Banyak suka duka selama 17 hari untuk kitaran kimo yang pertama ini.

Jap nak tepek gambar yg ada dalam simpanan henset abi sebenarnya.


Inilah mesin alat chemonya. Warna putih tu air. Badan abi kekurangan air, jadi perlu dimasukkan air ke dalam badan abi. Warna unggu tu adalah ubat chemo. Maksudnya tangan abi perlu dipasang branula kedua2 belah tangan. Nak mencari urat untuk kali pertama chemo ini mudah lagi. Alhamdulillah.

Pembengkakan di leher abi.Insha Allah dengan chemo ini harapannya akan surut chemo ini. Penampakan bantal  pink Chu Eda. Hehe

Ini adalah saat2 yang amat men'trauma' kan. Ambil darah , sakit!



Request dari abi nak makan syurbah fitr ( muhroom soup ) dari pizza hut. Alhamdulillah hok nim je yg abi selera nak makan. Makanan hospital abi jamah sikit2 je. Selebihnya?hehehe umilah tukang perhabisnya.



Jam sekarang dan pukul 8 lebih. Umi kena start Work From Home dah sekarang. Next entri umi sambung untk 2nd chemo abi. Huhu..banyak siri lagi nak habis ni.


Ok..umi nak buat keje2 ofis sikit. Nanti bos2 marah umi.

 Ada beberapa tugasan yang tertangguh.


Ok..umi undur diri dulu..


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com