Bismillah Walhamdulillah..
Jam 11.00 mlm skrg..kita tengok siap pukul brp entri setersnya.
DCF Siri ke6 versi blog.
Jannah vc dgn umi td. Adik Jumaanah tidur dah mghrib td, skrg terbangun..apalah sebab musababnya..biasanya dia terbangun sebab nak buang air besar. hehe..sian Kak Jannah uruskan adik2.
Petang tadi ke madrasah untuk ambil barang2.Madrasah dia ditutup.Kelas online je berjalan skrg. Tahun depan perlu mencari madrasah lain. Kak Jannah ke sana dengan Mak Adah dan Ayah Chik dan bala tenteranya.hehe. Siap beli KFC lg Kak Jannah. Ada balance 3 lagi kupon td.
Jazlah dan Faheem dah add brg kat bakul shopee..mlm ni kita beli 1010 sales..huhu
Oklah...umi sambung entri seterusnya... ( haraplah tak tertidur awal mlm ni, tp dah menguap banyak kali ni..kepala pun nampak macam ada bintang2 )
CHEMO KITARAN KEDUA.
26.4 umat Islam start berpuasa. Alhamdulillah Allah izinkan lagi kami bernafas di dunia yang sementara ini. Syukur di atas peluang nikmat merasai berpuasa bersama abi lagi pada tahun ini.
Hari pertama berpuasa kami berdua sudah berada di HUSM untuk kimo kitaran yang kedua. Kali ini, minta bantuan Ayah Chik untuk hantar umi dan abi ke sana.Umi belum berasa kuat untuk drive kereta sejauh itu. Alhmdulillah Allah mudahkan urusan untuk ke sana.
2nd cycle ni alhmdulillah abi nampak lebih bersemangat. Cuma kepekatan darah abi agak tidak stabil. Memang akan kena masuk darah dulu sebelum start chemo.
29.4.2020 - Alhamdulillah genap usia umi 39 tahun.huhu.Tahun dpn start dah angka 4 umur umi. Dah makin tua umi. Alhamdulillah umi sambut dengan hati yg bahagia bersama org tersayang di HUSM. Chemo abi baru je bermula. Alhamdulillah dapat kiriman hadiah dari adik umi Mak Teh dan juga kiriman dari Kak Zie. Thnx a lot all of you. Umi kejauhan dari keluarga dan sahabat handai. Umi di sini menemani abi utk proses kesembuhan abi. Umi sanggup gadaikan apa sahaja untuk proses kesembuhan abi.
Chemo kali ini umi nak bercerita mengenai seorang pakcik namanya Muhmmad. Kami panggil dia Pok Mat. Org Chendering Terengganu. Bekas pekerja Felda. Isteri dia amat2 baik dan peramah. Namanya Kak Ha. Amat2 baik dan istiqomah membaca alquran setiap pagi. Bekas seorang guru. Semua catatan tentang rawatan suaminya dicatat dalam buku.
Suaminya kanser darah. Darah sentiasa tidak stabil. ( apalah istilahnya..nantilah carik bahasa2 kedoktoran ni.- mugo kita ni peg dadah bukannya doktor..hehe). Pok Mat ini orangnya amat cergas dan sihat sgt2. Sentiasa kena marah dek misi sebab xlekat kat katil.hehe. Pernah je duk sebelah katil dia. Peramah dan suka bergurau Pok Mat ni. Jadi penghibur kami yg kejauhan dari keluarga ni.
Suka berurusan dengan Mok Ha ni. Banyak nasihat2 org tua yg diberikan kpd umi. Nasihat supaya bersabar dengan segala ujian yg Allah berikan. Berkampung di bulan Ramadhan amat sayu perasaannya. Teringat suasana berpuasa di Jordan dahulu, juga berjauhan dengan keluarga, namun ada Ummu Qusoi pengganti ibu ayah kami di sana. Sama juga di sini..ada Mok Ha dan Pok Mat. Mereka amat2 baik terhadap umi dan abi.
Suasana ramadhan di sini amat2 membahagiakan dan menenangkan. Abi memang tidak boleh berpuasa. Namun sembahyang abi memang abi xtinggal. Kalau tertinggal pn abi akan qodha'. umi akan catat bilangan yang abi tinggal.
Umi akan solat di sebelah abi jika waktu malam. Teraweh di sebelah katil abi. Syahdu nian tengah malam bangun. Solat di samping orang yg tersayang. Air mata jangan kiralah sentiasa menitis berdoa untuk kesembuhan suami tersayang.
Alhamdulillah sepanjang kitaran kedua ini abi dapat menghadapinya dengan baik. Cuma apabila ubat chemo dimasukkan abi lebih banyak tidur. Biarlah abi banyak berehat. Kesakitan dari bengkak abi sudah hilang, alhmdulillah.
Alhamdulillah abi selesai kitaran kedua pada 3.5.2020. Selama 8 hari kali ni berkampung di sana. Alhamdulillah ala kulli hal
Ok..next chemo pada 18.5.2020. Kami balik ke Terengganu juga diambil oleh Ayah Chik. Alhamdulillah!
CHEMO KITARAN KETIGA
18.5.2020- kali ini umi buat keputusan untuk drive kereta sendiri, memandangkan kami akan berhari raya di sini. Tidak mahu menyusahkan orang lain dalam mood menyambut lebaran. Maka, dengan segala kudrat dengan keizinan dari Allah, umi mulakan perjalanan merentas negeri bersama abi dengan Bismillah!
Tok Abah dan Tok Ma menjaga anak2 kami di Terengganu. Tok Abahlah tukang cek semua keperluan kereta kami, bermula dari air dan angin tayar. hehe..umi ni jenis pandai bawa kereta je.. Selama ni semua abi yang take over tentang kereta. Kadang abi bercakap pada umi, bagaimanalah jika dia sudah tiada nanti, umi ni pandai tak jaga kereta dia.Hehe.
24.5.2020- Umat Islam menyambut lebaran yang mulia. Alhamdulillah umi dan abi menyambut lebaran di wad HUSM. Ada dalam 8 orang di dalam wad pada musim perayaan ini. Alhamdulillah.
Kali ini umi ingin bercerita tentang seorang pakcik ni nama apa ye..kita letak nama Pok Lan ( Bukan nama sebenar, sebab xingat dah nama..hehe) dia kanser hati kalau xsilap. Sentisa juga di temani oleh isterinya, kak Ani. Pok Lan ni sentiasa di letakkan di katil hadapan sekali. Supaya dekat dengan pemantauan misi dan doktor.
Mulutnya sentiasa berzikir. Setiap malam dia berzikir, kadang dengan suara yg agak keras. Adalah dalam seminggu dia berzikir. Malam raya tersebut, zikirnya sentiasa keluar dari bibirnya, kami satu wad memang akan dengar suaranya.
Umi dan abi bertakbir hari raya menggunakan video dari youtube. Umi pasang letak dekat telinga abi. Kami bertakbir bersama.Air mata kegembiraan mengalir mengenangkan umi sambut lebaran bersama yang tersayang di HUSM.
Cerita mengenai Pok Lan. Pagi hari raya, Allah lebih sayangkan dia. Dia telah dipanggil dan lebih disayangi oleh Pencipta. Dia pergi di hari yang mulia. Allah2. satu wad terdiam sepi menghadapi suasana tersebut. Terlihat isterinya terkedu dan menangis.
Umi ambil peluang mendekati Kak Ani untuk menenangkan dia. Sungguh umi peluk dia dan dapat rsakan apa yg bergelora dalam pemikiran dia. Allah2..terbayang umi pula nanti akan hadapi suasana yang sama. Allah2 Moga Allah ampuni dan rahmati arwah.amen.
Apabila troli untuk membawa jenazah lalu betul2 di sebelah katil kami, 1001 perasaan menerpa2 ke arah umi. Allah2, Engkau ambil nyawanya pada hari raya. Allah2.
Pagi raya kami di sini di sambut dengan sekadarnya. Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. " Dah tiga tahun saya sambut raya kat sini kak" - ada seorang adik ni beritahu. Relax arr kak, akk baru kali pertama sambut di sini.
Alhamdulillah raya kedua abi discaj dan boleh pulang ke Terengganu. Umi drive kereta feel lagu balik kampung. hehe. bahagia sesangat. Pasang lagu2 raya , yang plg umi suka, lagu sepasang kurung nan biru! best sangat lirik dia! Umi pasang sepanjang perjalanan..feel dan meghayati sorang2 sambil ditemani abi.
Abi lebih banyak tidur. Dan sesekali bangun minta air. Alhamdulillah umi sebenarnya boleh drive jauh sebegini dengan adanya abi di sebelah umi. Walau ada juga time sesatnya..hehe. Kita takkkan tahu tahap kemampuan kita sehinggalah kita mencabar diri kita kan.
Alhamdulillah kitaran ketiga ini selama 7 hari. Alhamdulillah... next chemo 9.6.2020. Akan ada kena buat CT Scan pada 1.6.2020 di HSNZ.
Oklah..dah pukul 8 lebih pagi. Semalam umi xtertidur di meja ye. Tapi tertidur di kerusi pula kali ni. Sebab tidur di meja sakit badan.hahah.
Umi nak kena start WFH hari ni. Semalam bermeeting online pagi dan petang. Laporan xsiap2 lagi ni. Semalam kekawan call, tanyakan khabar. Lin siap call lagi tanya nak ajak makan.hehe. teman makan pagi. Sori saing, ambe duk kuarantin lagi..
Ok...nanti umi sambung lagi ye!
duk cari2 selongkar2 gambar2 nak tepek kat sini.
Ok..umi permisi dulu.
Bai!
Siap catatan jam 8.12 pagi.
Jooom WFH lak!
No comments:
Post a Comment