Tuesday, September 28, 2021

R.I.N.D.U

Bismillah walhamdulillah..
Antara gambar2 abi yang umi jumpa...
Umi tepek di sini sebagai kenangan.
Rindu Jordan!
Rindu Mesir!





Ini Ummu Qusoi, sohibah syuqqoh ( pemilik bangunan ) kami dulu.
Allahu Akbar..rindu sungguh dgn Ummu Qusoi ni. 
Memacam cerita suka duka bersama dengan Ummu Qusoi ni.
Yang paling tak lupa, 
adalah Faqeh jatuh dari tingkat 3.
Disambut malaikat, 
jatuh atas riba Ummu Qusoi ni.
Cerita tentang Faqeh 'jamalman' ada di sini .
 Juga di sini. Last di sini.















 Antara gambar2 abi yang umi jumpa dalam group telegram abi. 
Umi xpernah tahu adanya gambar2 ini. 
Abi ada tunjuk kepada umi gambar2 ini, umi xperasan.
Allah2 gambar ketika abi ke Jordan dan Mesir. 
Tempat2 ini telah kami lawati ketika kami berada di Jordan dan Mesir.
Rinduuuuu Urdun! Rindu Ardhul Kinanah!
Catatan di Mesir ada di sini.

Bismillah Walhamdulillah!

Tak semua rindu boleh diluah!
Iya..adakalanya terpaksa dihadam dan ditelan sebegitu sahaja.
Ada rindu yang terpaksa dibiarkan berlalu.
Tak boleh diluah kerana terpisah dek masa
Terpisah oleh keadaan yang tidak mengizinkan
Rindu kepada yang tiada
Rindu kepada yang tidak diizinkan
Semuanya menyakitkan dan menikam kalbu nurani.

Tak semua cemburu perlu diberitahu..
Cemburu pada ketenangan berada di sampingNya
Cemburu pada kebahagiaan..
Cemburu pada kegembiraan...

Tak semua sayang perlu ditunjuk..
Amat menyakitkan apabila segalanya 
perlu ditelan dan dihadam seorang diri

LEBIH BAIK MENJADI RAHSIA 
DENGAN ALLAH.

Adukan segalanya kepada Yang Maha Menciptakan kita semua.
Dia Yang Maha Pengasih 
Dia Yang Maha Penyayang
Dia Yang Menciptakan segala2nya

Sakit, pedih. gembira, bahagia
Dialah Yang Menciptakan!

Maka kepada Penciptalah kita perlu kembali.
Innalillahi wainna ialaihi ro jiuun
Tika sedih dan ujian
Alhamdulillah
tika gembira
Segalanya dipulangkan kembali kepadaNYA.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com