Jam 4.21 pagi.
Jazlah terbangun pagi tadi. Dia tidur bilik tetamu dengan tetamu umi.
Kawan Umi datang dari Kemaman, bersama 3 org anaknya.
Mereka datang untuk meluangkan masa bersama keluarga umi. Hayati ini juga kehilangan arwah suami disebabkan kanser. Dia ada 3 orang anak, salah seorang OKU. Allahu..tabah sungguh dia. Moga Allah beri kekuatan kepada dia. Dia ajak ke Pulau Kapas, umi xberani pergi dalam situasi sebegini. Tunggulah masa yang sesuai.
Jazlah biasa tidur dengan umi. Sebab ada kawan, dia nak tidur dengan kawan. Tapi sejuk sangat katanya, Aircond dipasang.
Umi xboleh nak tidur dah. Melihat blog ini yang dah semakin bersawang. Ebook umi juga belum diupdate lagi. Semangatnya ada..masanya tidak diizinkan.
Kerja2 di ofis juga semakin hari semakin banyak. Setiap hari umi balik keje lewat. Alhamdulillah Kak Jannah ada di rumah. Pepagi biasa umi masak siap2 untuk mereka sebelum umi pergi kerja. Itu yang selalu punch lewat masuk ofis. Umi setelkan dulu apa yang patut di rumah. Masak, membasuh, siram pokok beri ikan makan. Mana yang tak sempat, anak2 akan take over.
Entri sebelum ini juga tidak bersambung2. Moodnya ke laut. Allah2.
Pelbagai perkara terjadi dalam kehidupan akhir2 ini.
" Bumikan segala ikhtiarmu...
Biarkan langit menulis segala perjuanganmu...."
Allah2 kata semangat untuk umi teruskan kehidupan mendatang tanpa abi di sisi.
Insha Allah, anak2 ada untuk kuatkan semangat di kala rebah.
Segala jerit perih hidup ini perlu dilakukan dengan penuh tawadhuk..rahsiakan, bumikan, diamkan, tanggung sendiri tanpa perlu warwarkan kepada org lain. Ikhtiarmu, jerit perih mu, sakitmu..sedihmu..perlu dirahsiakan..perlu disimpan sebaik mungkin.
Biarkan langit menulis dan mengetahui segala perjuangan yg telah kau lakukan. Xperlu harapkan bumi memahami dan mengetahui.. cukuplah langit Yang Maha Kuasa Maha Mengetahui.
Kenapa perlu lemah jika kita ada Yang Maha Kuasa?
Kenapa perlu resah sedangkan kita ada Yang Maha Merancang ?
Kenapa perlu rasa berdosa sedangkan kita ada Yang Maha Pengampun?
Kenapa perlu rasa kurang kasih sayang sedangkan kita ada Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang?
Oklah umi mohon undur diri.
Esok ke pasar cari bahan2 utk di grill dan steamboat.
Moga Allah permudahkan urusan kami dunia akhirat.
Bai!
Bayt Chonang, Seberang Takir.
No comments:
Post a Comment